NELAYAN MELAYU TERUS TERHIMPIT HIDUPNYA
(Walau di bawah pemerintahan ketuanan Melayu)

Pekerjaan kampong dan perwarisan pekerjaan ayah adalah kesinambungan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Taburan demografi kependudukan adalah merupakan hasil dari dasar penjajah dalam memastikan tiada kebangkitan dan kesedaran rakyat. Lalu kita lihat Cina dengan perniagaan dan perlombongan, India memenuhi ladang dan Melayu pula sekadar bertani kecil-kecilan atau menjadi kakitangan kerajaan. British hanya memberi keutamaan untuk maju kepada golongan Melayu bangsawan ataupun kakitangan pentadbirannya walaupun bersepah anak Melayu yang cerdik tetapi dinafikan hak mereka demi perancangan politiknya.

Antara pekerjaan tradisional Melayu yang sememangnya tinggal di pesisiran pantai dan sungai ialah nelayan atau pelaut. Sedari dahulu sehinggalah sekarang ia sudah menjadi pusaka turun-temurun dalam mencari rezeki Allah di laut dan sungai. Mereka berbakti kepada nusa sekaligus mencari sesuap nasi. Mereka yang berjasa ini terhimpit pula kehidupannya. Apatah lagi dengan pergolakan ekonomi semasa dan politik yang berkumpul hanya untuk mendewa-dewakan pemimpin walaupun hakikatnya ia seorang yang haprak.

Tinjau dan susurlah sepanjang pantai dari pantai barat sehingga ke pantai timur, anda pasti akan menyaksikan fenomena yang membingungkan- dikatakan bingung kerana kadar kemajuan nelayan tidak seiring dengan pencapaian fizikal negara yang boleh bermegah dengan KLCC, menara KL dan KLIA. Nelayan terus-terusan tertinggal ke belakang bahkan majoritinya hidup dalam kedhaifan dan di bawah kemiskinan.

Kemajuan kehidupan nelayan dari rumah yang berdindingkan buluh, bemban dan beratapkan nipah begitu perlahan sekali. Begitu juga pemilikan aset mereka yang boleh dikatakan hampir tiada. Mana mungkin tabiat menyimpan disemai sedangkan jumlah ahli keluarga besar dan penangkapan ikan pula ada musim geloranya. Bukan disebabkan tabiat berjoli…

Nelayan memulakan kerja-kerja penangkapan seawal petang bagi yang belayar jauh ataupun seawal pagi bagi nelayan pesisiran pantai. Mereka akan turun secara berkumpulan meninggalkan anak isteri menyabung nyawa meredah lautan berbekalkan pengalaman dan doa restu . Setelah selesai aktiviti penangkapan besoknya barulah berlabuh ke jeti menjual ikan. Biasanya mereka menjual kepada peraih ataupun orang tengah yang memang telah ada ikatan kontrak tanpa kertas. Bagi yang berhutang pula dengan peraih atau towkey tentu saja dimestikan menjual kepada golongan terbabit dengan harga yang ditetapkan oleh mereka.

Kemudiannya mereka akan pulang dan menyerahkan sebahagian pendapatan untuk isteri berbelanja dapur. Manakala mereka berehat seketika memupuk tenaga untuk hari seterusnya. Ada juga yang akan mengambil giliran membaiki pukat atau peralatan yang berkaitan. Dalam masa yang sama mereka akan dikerumuni anak-anak atau kawan rakan untuk bermesra.

Kebanyakan nelayan adalah pekerja untuk seorang taukeh bot mengikut sais dan jenis pukatnya. Ada juga yang bekerja sendiri. Ini biasanya merujuk kepada nelayan pesisiran atau yang menyusur sungai mencari habuan rezekinya. Ada yang memasang pukat sepanjang sungai manakala ada pula yang menangkap ketam menggunakan tangkul(sejenis peralatan nelayan). Pendeknya terlalu sedikit nelayan yang berkemampuan memiliki peralatan sendiri- lantaran harga modal yang tinggi. Yang muda akan berhabisan tenaga manakala yang tua pula mencurah pengalaman seadanya. Begitulah mereka beriring membanting tulang mencari rezeki untuk memanjangkan zuriat.

Pendapatan seharian adakalanya tidak mencukupi untuk perbelanjaan seharian apatah lagi sekiranya keluarganya besar dan banyak pula yang bersekolah. Memang kebanyakannya bagai kais pagi makan pagi. Kadang-kadang bagai cencaru makan petang apabila cuaca buruk. Maka towkey bot lah menjadi tempat mengadu. Duit pendahuluan perolehan diambil buat belanja harian. Bayangkan sekiranya cuaca buruk sepanjang minggu!! Tak berasap lah dapur. Di hujung bulan hanya mendapat gaji atas kertas sahaja…!!!

Kalaulah begini terus-terusan mereka melayari hidup, tentu saja amat susah bagi mereak melonjak keluar dari kelompok miskin dalam takrif pendapatan. Dengan beban harga barang yang mencanak naiknya dan harga jualan yang dikawal orang tengah, tentu saja kemiskinan akan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Persoalannya kenapa dalam sebuah negara  yang diketuai oleh Melayu sanggup membiarkan nasib orang melayu terumbang-ambing? Kenapa dalam setiap 5 tahun dicanang dan dihebah dalam media, kununnya Kerajaan membela nasib Melayu?? Melayu yang mana….??? Pak Ali si nelayan dan Pak kassim petani kah atau hanya Tajudin Ramli dan sekalian KRONI??

Kita ada mendengar berbagai bantuan dan sokongan yang diberikan kepada kelompok ini. Tetapi ianya hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja! Jangan tidak- kata orang tua-tua. Bantuan yang diberikan itu pulak kadang-kadang tidak sampai kepada kumpulan sasarannya. Ia tersangkut kepada ketua JKKK dan kroni bilisnya. Ada kedapatan habis segala anak pinaknya yang dapat, manakala yang marhaen tulin hanya melopong saja.

Jika ada yang mendapat bantuan pun seperti nak tak nak saja. Kadang-kadang diberi bot, enjin tidak ada. Ada yang diberi pukat, botnya tidak ada. Sentiasa saja bantuan itu tidak lengkap. Jika direnung banyak sangat penyelewengan politik Umno yang menjadikan matlamat bantuan tidak sampai ke tangan yang sepatutnya. Kenapa pemimpin bilis menjadi begitu? Tentu saja kerana ia berguru dengan pemimpin atasan mereka. Kenapa JKKK bermaharajalela? …….Kerana Menteri mereka bermaharajagila…!!!

Sekilas pandang memang nampak macam dasar kerajaan mengutamakan nasib orang Melayu. Ternyatanya ia adalah amalan pemimpin dahulu yang sudah pun menjadi bahan sejarah. Namun 20 tahun ke belakang ini jelas terpampang segala perancangan dan dasar adalah retorik semata. Sememangnya kerajaan yang dikepalai Umno suka atau pun lebih senang jika Bangsa Melayu terus melarat dan bergantung nasib kepada pemerintah. Niat serongnya ialah supaya setiap 5 tahun Melayu boleh diguna dan ditunggang demi mempertahankan kekuasaan politik sempit mereka. Jadi mudah untuk mereka menggertak dan bermodalkan RM50 serta sehelai kain pelikat mereka mampu perolehi satu undi!! Perhatikan bahawa amalan MCA pula tidak sebegitu terhadap seteru politiknya. Kenapa?????

Cina atau kaum Tionghua adalah rakyat yang bijak berpolitik. Mungkin disebabkan sejarah kaumnya yang panjang dan berwarna-warni yang diwarisi turun-temurun. Sejarah pergolakan dan politik bangsa Cina di Negara China membentuk siasah politik mereka. Apatah lagi jika penguasa Melayu kebanyakannya murah harga dan maruahnya. LOW MAINTAINANCE…..

Nasib para nelayan kecil Melayu lebih terhimpit dalam keadaan sekarang. Dengan kemudahan awam yang diswastakan dan dasar pendidikan yang diniagakan, mereka sudah terhimpit dan daif. Usah dibicarakan bagi yang anaknya mampu ke menara gading, cukup sekadar yang bersekolah barang 3-4 orang dalam satu-satu masa. Hanya yang pernah melalui kesengsaraan itu saja yang akan faham. Tidak sekali Mahathir dan para kroni, apatah lagi anaknya yang baru ‘jatuh’ dalam perniagaan dengan tunai RM 59 juta di tangan!!???

Ada berbagai agensi yang terbabit dalam menjaga kebajikan nelayan seperti LKIM, namun keberkesanannya boleh kita ragui jika memandang akan taraf hidup dan persekitaran kehidupan nelayan itu sendiri. Semestinya ada kecacatan pada agensi terbabit samada secara tidak disedari ataupun disengajakan oleh individu tertentu.

Semuga kemenangan Barisan Alternatif kelak akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan sekaligus menaikkan taraf hidup mereka yang rata-ratanya telah tertipu oleh halwa telinga dari kerajaan pimpinan Mahathir- si Haprak!!

Teropong LKIM

Jumlah pembaca:orang