IWK  Mendesak  ‘Pelanggan’ Membayar
(IWK Asks   Its “Customers”  To  Pay)

(Sila lihat  komen penterjemah  di  akhir artikel ini)

Indah  Water Konsortium  Sdn. Bhd.   yang  satu ketika dulu  di kendalikan  secara bercelaru oleh  peniaga  bertaraf antarabangsa yang  tidak ada tolok bandingnya, kini  menggaji  agen  tukang  pengutip hutang  untuk  mengutip  apa yang tidak dapat dilakukannya.  IWK  telah  berpindah  tangan   beberapa  kali, setiap  kali   itu  mengugut  para  “pelanggan”   sedangkan  tidak  ada  satu  kontrak pun  yang  wujud  antara  IWK  dengan  mereka yang  diiktirafnya sebagai  pelanggan  itu. Mereka mengugut  untuk  memotong bekalan  air  seandainya  bill  kumbahan  tidak dibayar. Khidmat  sistem saluran  najis  ialah  merupakan perkhidmatan   munisap (Perbandaran/majlis  bandaran)  yang  dibayar  oleh  penghuni rumah melalui  cukai tahunan. Namun, IWK  yang  kini  diambil alih oleh  Ministry of  Finance  Incorporated  (MoF Inc.)  bertegas  ia  mesti  juga  dibayar    walaupun  tidak  ada  sebarang  kontrak  antaranya   dengan  pemilik  rumah  (anda). Seandainya  kerajaan   mengarahkan  anda  membayarnya, seperti  yang  ditegaskan  oleh seorang  pegawai  IWK  kepada saya,  anda  perlu  membayarnya. Saya kata, kalau  saya  memerlukan  talian  telefon,  saya  tandatangani perjanjian  dengan  Telekom  Malaysia. Kalau  saya  perlukan  bekalan  letrik, saya  dapatkan kontrak  dengan  Tenaga  nasional. Oleh itu  kalau  saya  perlukan  khidmat  IWK,  saya  pun  dapatkan  perjanjian   itu.

Iwk  ialah  satu  perkhidmatan   program  penswastaan  yang  gagal  segagalnya,  yang  telah  diserahkan  kepada  seorang  kroni  untuk  membalun  wang  rakyat  tanpa  tahu  cara  mana  menguruskan  syarikat  yang  diswastakan  kepadanya. Inilah projek bidan terjun yang  dilaksanakan  pada  sekitar  1990-an, sebelum  diadakan  pemilu, dan  peniaga  bertaraf  antarabangsa  yang tidak ada  tolok  bandingnya itu  telah  cuba sedaya-upaya  untuk    mendapatkan kerjasama dan sokongan  para  menteri  untuk  membantunya. Dia  gagal  menjual temberangnya. IWK tidak  mampu  menjawab  soalan  asas   sambil  cuba  berlagak  menghabiskan  sumber bekalan  air. Dalam rancangan  terbarunya  ia  telah  menggunakan satu tema dan slogan  terbaru:  “Kami  memerlukan  wang  untuk  meneruskan  tugas   menyediakan  sistem  kumbahan  yang  berkesan.  Ini  adalah tugas  penting  yang  memerlukan banyak  belanja.” Demikian  satu  kenyataan  IWK  yang  disiarkan  semalam.  Sememangnya  demikianlah. Saya pun  memuji  akan  perkhidmatan  itu.  Tetapi  bolehkah  IWM menjelaskan kenapakah  mereka  yang tidak pun  mempunyai sebarang  perjanjian  dengannya  mesti  diperlukan membayar   syarikat itu  menyediakan  khidmatnya?

Apabila  IWK  menggunakan khidmat tukang kutip  hutang, ia  menyatakan  dakwaan  untuk   mendapatkan  RM240 juta    yang dikatakan hutang rakyat yang  belum  terlunas.   Di  Canning  Garden  East,  di  Ipoh, IWK  telah  mengugut   suri rumah, ketika  suami mereka  keluar  bekerja.  Mereka  mengugut  dengan  pelbagai  ancaman  yang  termasuk   melelong  rumah  kediaman  mereka,   seandainya  ‘hutang’  itu  tidak  dibayar  dengan  segera.  Ramai yang  berkeliaran  mencari wang  untuk  membayarnya.  Kalau inilah  caranya  pengutip  hutang  menjalankan  tugas mereka, sudah  tentu  ada  sesuatu  yang  tidak  kena.

Ujian paling mudah  untuk menentukan  seandainya seseorang itu  adalah  seorang  pelanggan  ialah  menyelidik  apakah wujud  satu  perjanjian  dengan  IWK.  Sesiapa  antara  kamu  yang  mempunyai   kontrak itu  sudah tentu perlu  membayarnya.   Mereka yang  tidak mempunyai  kontrak  itu,  tidak perlu  membayarnya.  Lagipun,  kalau  saya   tidak  membayar  bil telefon dan  bil  letrik  saya,   bekalan  utiliti itu dipotong  sehinggalah saya  melunaskan  hutang  yang  tertunggak. IWK  seharusnya  memotong  perkhidmatannya  dan  tidak  menghantar  tukang  kutip  hutang.  Ada satu  kenyataan  yang  menyebut  betapa IWK  bersikap  serius  untuk  mengutip  segala  hutang  yang  tidak  dilunaskan. Ini  satu  berita  baik. Tetapi  bagaimana caranya IWK mahu mengutip apa yang  tidak  pernah   dihutangkan?  Isu  yang  timbul  sekarang ialah  bukan  mengenai  iltizam  IWK  untuk   “menyediakan satu   sistem  saluran  najis  yang boleh  memastikan penduduk  dapat  hidup  dalam  keadaan  selesa”. Yang dipersoalkan  sekarang  ialah  haknya    mengutip  wang  daripada  rakyat  Malaysia  tanpa  sebarang perjanjian. 

Saya  telah  memberitahu  IWK  kesediaan  membayar  apa yang  saya  hutang  dengan  syarat  mereka terlebih dulu  tunjukkan satu  perjanjian  yang  saya  tandatangani  untuk  perkhidmatan  mereka.  Anda tentu  ingat  bagaimana  mereka  mengirimkan saya  tiga  bil dalam  tiga alamat  yang  tidak  pun  saya  kenali. Setiap  bil yang  dikirimkan itu  harga  yang  patut  dibayar   semakin  meninggi.  Di kawasan  kondo dan  rumah pangsa,  IWK  menyatakan  mereka boleh mengutip wang  perkhidmatan daripada sesiapa  juga  yang menghuninya. Sebenarnya  ini ada satu  kesalahan  kerana  IWK  perlu  mewujudkan  perjanjian  berasingan dengan setiap  penghuni  di  situ. Inilah  yang  enggan  diselesaikan  oleh pengurusan IWK.  Kalaulah  perkara ini  dikemukakan  di  mahkamah, seperti beberapa kes  yang  saya  tahu, sudah  tentu  IWK  akan menghadapi  banyak  masalah  lagi.  Peniaga  bertaraf antarabangsa  yang tidak ada  tolok bandingnya itu sudah pun  membalun  segala  wang  yang  ada  dan  melepaskan tahi yang tinggal  ke  tangan  MoF Inc  untuk  menyelesaikan  segala   masalah  yang  ada.

M.G.G.  Pillai

Catatan  Penterjemah:    pada  satu  ketika  dulu  Marhaintua  ada  menyentuh akan  projek  La Colmer  ala  Malaysia  di Janda baik. Inilah projek  meniru  sebuah  pekan  kecil  Peranchis  di bahagian  Timur  Peranchis, kerana  PM  meminati  latar belakang  pekan kecil  itu.  Tugas  meniru  pekan Peranchis itu  diserahkan kepada Vincent Tan.  Dari manakah  dia dapatkan  modal  pembinaan itu??????  Cuba fikirkan.  Kisah ini akan meleret-leret laksana saluran najis  di  negara  ini panjangnya.  -  Penterjemah.

Jumlah pembaca:orang