TERUSKAN PERJUANGAN

Saya yang selalu mengikuti ceramah-ceramah, bukan sahaja di sekitar Negeri Sembilan, tapi juga dinegeri-negeri lain bila berkesempatan, terpanggil untuk menulis diruangan ini (walaupun tak pernah menulis, sekadar membaca) kerana perasaan saya yang begitu marah apabila ceramah yang di adakan di Kg Padang Kamunting, masjid Tanah malam semalam (20/7/01) terpaksa dihentikan apabila pihak Polis meminta pihak penganjur memberhentikannya. Sdr Zahid Mat Arip masih lagi berucap, apabila polis haprak menggunakan pembesar suara menyuruh orang ramai bersurai.

Pihak berkuasa telah mengarahkan polis Melaka dan juga FRU untuk menangkap semua yang hadir sekiranya kami tidak bersurai. Begitu takut sekali Mahathir dengan ceramah-ceramah Keadilan.

Saya dapat maklumat daripada seorang kakak (mungkin orang situ) bahawa ceramah malam sebelumnya, ceramah PAS tidak digangu! Tetapi ceramah Keadilan diganggu.

DiSeremban pula pada 27/7/01 sepatutnya Dr Hatta dan juga Sdr Gobalakrishnan berceramah di Kg Ismail, juga terpaksa dibatalkan. Persoalannya sekarang, bilakah rakyat yang cintakan negara nak bangkit beramai-ramai untuk menentang kezaliman ini? Kenapa tidak kita adakan demokrasi besar-besaran seluruh negara? Kenapa mesti tunggu begitu lama untuk bertindak sehinggakan ceramah-ceramah yg merupakan satu-satunya cara BA menyampaikan maklumat diharamkan?

Bangkitlah beramai-ramai. tunjukkan kepada pemerintah yg zalim ini yg rakyat tak mahukan dia lagi. Rakyat dah bosan dan muak dengan segala kezalimannya!

Seremban, 30/7/01