Pra-edisi MMMM Bab 6 B/C: YAKUZA

Prakata: Siri MMMM Bab 6B dan 6C ‘Mahathir Mesti Berundur Secara Terhormat’ akan menyentuh betapa pembabitan Yakuza, Chinese Triad dan Freemason sudah mempengaruhi pemerintahan Mahathir. Oleh sebab itu, terjemahan mengenai perkara-perkara tersebut disiarkan terlebih dahulu agar pembaca mendapat gambaran latar-belakang penulisan MMMM 6B dan 6C. Terdahulu, terbitan semula artikel Marhaintua 'Ada Gendang, Adalah Tarinya' http://members.tripod.com/e-umno/mar_ts_agat01.html juga mempunyai kaitan yang sama. - Penyelaras

Bahagian 1
(Gambar: Logo Yakuza http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/Ya_logo2.JPG )

YAKUZA
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza.htm)

Ya-ku-za bererti 8-9-3. Ya bermakna 8, ku 9, za 3, Ini adalah nama satu permainan terup Jepun yang menyerupai mainan terup ‘Black Jack’, Oichu-Kabu.

Cuma ada perbezaan antara dua jenis mainan terup ini. Dalam Oichu-Kobu hitungan kad ialah ‘19’ sedangkan dalam Black Jack hitungannya ialah ‘21’ mata. Tetapi, campuran 8, 9 dan 3, ialah 20. Bererti sesiapa mendapat 20 mata akan ‘mati’ dalam mainan ‘Oichu-Kobu’. Inilah puncanya yakuza yang memberi makna hampas masyarakat. Ini tidak bermakan mereka tidak berguna kepada masyarakat mereka, cuma ahli kumpulan itu adalah manusia yang tidak cocok kepada masyarakatnya.

Asal usulnya

Kabuki-mono

Asal-usul ‘yakuza’ boleh disorot pada tahun 1612, apabila lelaki yang dipanggil ‘kabuki-mono’ (orang gila) menarik perhatian penguasa tenpatan. Cara mereka berpakaian, cara potongan rambut dan gelagat mereka, sambil membawa pedang panjang telah menarik minat orang ramai.

Kumpulan kabuki-mono mempunyai perangai jijik mengganggu dan menakutkan orang ramai. Mereka sanggup menikam orang semata-mata untuk berseronok. Mereka ini adalah askar samurai yang menggunakan perkataan yang ganjil yang hanya mereka faham akan maknanya. Kerana itu pada awalannya mereka dikenali sebagai kumpulan samurai yang tidak bertuan (ronin), dan bebrapa kumpulan mereka telah merayau-rayau ke seluruhan Jepun sebagai prompak yang melakukan rompakan di kampung-kampung dan pekan kecil.

Machi-yakko
(Gambar: http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/cermoni.jpg )

Namun demikian, yakuza pada hari ini tidak mahu mereka dikaitkan dengan sejarah kabuki-mono sebagai asal-usul mereka. Mereka lebih rela dikaitkan kepada kumpulan machi-yakko (hamba bandar).

Machi-yakko akhirnya menjadi kumpulan wira rakyat dan menerima pujian daripada rakyat kerana jasa mereka memerangi kumpulan Kabuki-mono. Tetapi, kumpulan Machi-yakko adalah kumpulan kecil yang kurang latihan dan peralatan berbanding Kabuki-mono, kerana itu kumpulan Machi-yakko itu disebuat persis kumpulan Robin Hood di Nottingham yang cuba memerangi Putera John.

Memang terdapat beberapa cerita dongeng mengenai Machi-yokko.

Kumpulan Yakuza yang ada sekarang ini muncul pada pertengahan abad ke-17. Anggotanya ialah kumpulan bakuto (penjudi) dan tekiya (penjaja jalanan). Panggilan ini adalah lambang betapa mereka mempunyai kesetiaan sesama mereka. Mereka saling melindungi terhadap bencana, termasuklah sebarang usaha yang mungkin dicetuskan oleh ahli keluarga mereka sendiri.

Pada asalnya Kbuki-mono adalah kumpulan ‘shogun samurai’ yang dihormati. Tetapi, apabila muncul keamanan untuk waktu yang lama, mereka kehilangan punca pencarian hidup dan merempat sana-sini.

Hampir semua ahli yakuza mempunyai latarbelakang keluarga yang miskin. Kerana itu mereka mencari perlindungan kumpulan yakuza itu, menjadikan mereka satu keluarga yang besar dengan perasaan selamat untuk terus hidup.

Era Perindustrian Jepun
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza3.htm)

Apabila Jepun mulakan perindustriannya, yakuza mula mengamati perjalanan hidup orang Jepun. Mereka mula mendaftarkan para pekerja dalam industri pembinaan dan mereka yang bekerja di limbungan kapal.

Perjudian diketepikan disebabkan tindakan polis yang keras dan ganas terhadap kumpulan samseng bakuto. Sebaliknya kumpulan Tekiya terus membesar kerana kegiatan mereka tidak dianggap haram walaupun dilaksanakan secara gelap.

Inilah yang membuatkan yakuza merobah polisi kegiatan mereka dan berpihak kepada ahli politik tertentu dan pegawai kerajaan. Mereka mula bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan sumbangan tertentu dan untuk mengurangkan usaha polis mengganyang mereka.

(Gambar: http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/industi2.gif )

Pada tahun 1925, Maharajah Jepun masih bertaraf Putera Mahkota. Pada waktu itu diadakan satu pilihanraya untuk mendapatkan pendapat rakyat mengenai fahaman demokrasi. Hasilnya menunjukkan betapa wujudnya parti komunis dan sosialis.

Apabila Putera Mahkota naik menjadi Maharajah, dia telah dikelilingi oleh satu kumpulan anggota tentera yang tidak berapa berminat dengan perjalanan demokrasi.

Kegawatan ekonomi pada 1926, mencetuskan pelbagai kesangsiaan terhadap kegiatan ekonomi dunia barat. Beberpa organisasi gelap telah ditubuhkan untuk mengajar rakyat Jepun hal ehwal peperangan, bahasa asing, teknik pembunuhan (assassin), perasugut dan sebagainya.

Kebangkitan ultra-nasioanalisme itu berterusan sehingga akhir 1930-an. Kumpulan ini telah berjaya membunuh dua orang perdana menteri dan dua orang menteri kewangan dan telah menyerang beberapa pemimpin politik dan industi.

Yakuza terus bergiat dengan menyediakan tenaga samseng dan pengajar untuk kumpulan haram ini. Kumpulan yakuza ini dipanggil ‘unyoke’.


Zaman Penaklukan
(Sumber: http://w1.313.com/~u31302275/yakuza4.htm)

Selepas Perang Dunia Kedua, ketika tentera Amerika menakluk Jepun, mereka melihat kewujudan yakuza sebagai tentangan yang paling berbahaya. Ini menyebabkan mereka menyelidik kegiatan pertubuhan itu. Mereka selesai siasatan pada 1948 dan berpendapat mereka sudah tahu semuanya dengan andaian betapa pertubuhan itu sudah dipadamkan.

Tentera Amerika telah melancarkan program mencatu bekalan makanan. Inilah yang menjadikan kumpulan yakuza menjadi kaya-raya dan semakin berkuasa. Inilah juga yang melahirkan kumpulan yang dipanggil ‘gurentai’ bermakna penyangak jalanan.

Kumpulan gurentai ini giat berniaga dan merompak dengan menumpukan perhatian kepada minuman keras dan barang makan di pasaran gelap. Mereka boleh dibandingkan dengan kumpulan mafia di Amerika dan pemimpin mereka laksana Al Capone.

Kumpulan Yakuza telah dipengaruhi oleh kesamsengan Amerika yang mereka pelajari daripada wayang Amerika, dan mereka mula berpakaian suit hitam dengan kemeja putih dengan kacamata hitam. Rambut pula dipotong pendek.

Yakuza menjadi lebih kasar dan ganas, sambil mengenepikan pedang panjang kegunaan samurai dulu. Mereka menggunakan senjata api sebagai alat perang mereka. Kini, bukan lagi tuanpunya kedai yang menjadi mangsa mereka. Orang biasapun boleh dirompak dan diugut untuk membayar wang lindungan.

Antara 1958 – 1963, keahlian yakuza meningkat sehingga 150% menjadi 184,000 ahli, lebih ramai daripada keseluruhan angkatan tentera Jepun, yang sudahpun dikurangkan kepada 90,00 sahaja.

Terdapat sekitar 5200 geng samseng berasingan Yakuza di seluruh Jepun. Mereka telah melakar kawasan sempadan mereka dan inilah yang mencetuskan peperangan sesama mereka untuk memacak kuasa.

Peperangan antara geng itu telah diselesaikan oleh seorang ketua yang bernama Yoshio Kodama. Inilah yang menjadikan beliau naik mencanak sebagai raja yakuza setara dengan Al Capone.
(Gambar Kodama: http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/kodama.gif )

Organisasi Yakuza
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza5.htm)

Kumpulan yakuza tidak ambil kisah daripada mana seseorang itu datang, apakah negerinya ataupun apakah kelas hidup seseorang sebelum itu. Seseorang itu diterima menjadi ahli bila-bila masa. Yakuza mengambil kira orang yang dianggap hampas masyarakat. Anggota yakuza boleh jadi orang muda yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya, anak-anak muda yang tidak tahan dengan tekanan pelajarannya, pendatang haram daripada Korea, China dan sebagainya.

Ketua mereka yang terdekat adalah dianggap sebagai seorang bapa. Semua rakan sepasukan adalah komrad ataupun adik beradik mereka. Yakuza bukan sahaja menjanjikan persahabatan tetapi juga wang, status dan kuasa. Setiap ahli diberikan kehormatan bahawa dia mempunyai peranan khas dalam pertubuhannya, berbeza dengan aturan status dalam kumpulan samseng di Amerika Syarikat.

Memang tidak ada syarat tertentu untuk menganggotai kumpulan yakuza. Tetapi, apabila menganggotai sesuatu pertubuhan itu, ada peraturan tertentu yang mesti dipatuhi.

Seseorang yakuza mungkin berbangga kerana memainkan peranan sebagai seorang Machi-yako, yang bermakna pembantu orang ramai. Yakjuza telah wujud di Jepun sebelum sebarang mahkamah rakyat diwujudkan. Ini bermakna apabila seseorang rakyat mempunyai masalah dengan anggota masyarakatnya yang tidak dapat diselesaikan oleh ketua suku kaumnya, orang itu boleh merujukkan kepada yakuza tempatan untuk bantuan. Cara masalah itu diselesaikan tentulah bersifat sesuatu yang menakutkan berbanding cara yang mungkin diselesaikan oleh polis tempatan.

****************

Bahagian 2
Struktur Yakuza
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~31302275/yakuza6.htm)
Ada dua jenis yakuza: bersuku-kaum dan juga yakuza bebas

Yakuza Bebas

Mereka ini adalah anggota bawahan sahaja yang tidak membuat jenayah berat. Cuma menjadi anggota kumpulan pengacau sahaja.

Namun mereka tidak bebas bergerak ataupun masuk penjara kerana kumpulan yang bersuku kaum mempunyai kawasan kawalannya sendiri, dan sentiasa memberi maklumat kepada polis kalau-kalau ada jenayah yang mahu dilakukan oleh yakuza bebas itu.

Kalau yakuza bebas itu membuat banyak kutipan wang, dia akan dibunuh ataupun dinyahkan oleh kumpulan yang lebih tersusun itu.
(Gambar: http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/freeman.jpg )

Namun, yakuza bebas ada juga peranan sendiri untuk melakukan sesuatu yang tidak diminati oleh yakuza bersuku kaum itu. Kerja itu selalunya dilakukan dengan bayaran upah yang tertentu. Seorang anggota yakuza bebas kerap juga dijadikan kambing hitam untuk mengaku kerja dan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan yang tersusun. Seorang yakuza bebas yang pintar akhirnya mempunyai kumpulannya yang tersusun yang dipimpinnya sendiri.

Yakuza yang bersuku kaum adalah laksana kumpulan mafia. Mereka tersusun laksana satu keluarga masyarakat Jepun. Ketua kaum digelar Oyabun, dan di bawahnya adalah anak-anaknya (Wakashu) dan adik-beradiknya (Kyodai). Anak-anak itu dan adik-beradik itu bukanlah mempunyai talian darah dengannya, tetapi demikianlah struktur organisasi yakuza itu.

Semua anggota sesuatu suku kaum itu mengikut arahan seorang Oyabun dan dia pula bertanggungjawab melindungi mereka daripada sebarang bahaya. Kuasa Oyabun diangap amat besar kerana semua anggota bawahan mengikuti arahannya walaupun itu bermakna menggadaikan nyawa.


Kepimpinan Yakuza
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza7.html)

Di bawah seorang OYABUN ada beberapa penasihat yang bernama ‘saiko-komon’ yang lengkap dengan satu barisan kakitangan yang menjalankan tugas sebagai peguam, akauntan, setiausaha dan beberapa orang penasihat pula. Saikomono mempunya kumpulan samseng yang tersendiri.
(Gambar: http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/strukt.gif )

Kumpulan biasa yakuza disebut ‘Wakashu’ dan ketua mereka disebut ‘Waka-gashira’. Taraf Wakagashira ialah satu takuk di bawah Oyabun, tetapi dari segi kuasa sahaja, dan bukan dari segi pangkat. Peranan Wakagashira ialah mengawasi segala arahan Oyabun itu dilaksanakan.

Kumpulan Wakashu mempunyai pemimpinnya sendiri yang dianggap ‘anak’ kepada Oyabun. Dengan cara ini setiap kumpulan Oyabun itu adalah satu kumpulan manusia yang hidup laksana satu keluarga besar.

Di kalangan Oyabun pula mereka mempunyai satu persyarikatan bernama Kyodai. Ketua mereka digelar Shatei-gashira yang mempunyai pangkat yang sedikit tinggi daripada Wakagashira dari segi pangkat tetapi dari segi kuasa, mereka adalah sama sahaja. Kyodai inilah yang mempunyai 'anak-anak’ sendiri dan anak ini mempunyai kumpulan bawahan yang dianggap ‘adik’ ataupun (Shatei)

Semua kumpulan mengikut arahan pemimpinnya. Selalunya mereka perlu mendengar arahan seorang Oyabun.


TATTOO
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u313O2275/yakyza8.htm)

Tatu (tattoo) adalah pakaian biasa setiap yakuza yang menganggpnya sebagai hiasan. Selalunya yang mereka lakar di badan itu adalah lambang kumpulan samseng mereka.
(Gambar: http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/guy.jpg )

Sejarah menghiasi badan dengan tatu itu dibuat pada awalnya oleh kumpulan Bakuto. Selalunya mereka lakar satu gelang hitam di lengan sebagai tanda kejahatan yang terlaksana.

Akhirnya tatu menjadi satu lambang kekuatan diri kerana ia memerlukan 100 jam hanya untuk melakar pelbagai lukisan di bahagian badan. Lambang lakaran itu adalah satu contoh seseorang itu tidak bersedia mengikut peraturan yang ditetapkan oleh masyarakatnya. Kini, ia dijadikan satu usaha untuk menunjukkan kumpulan yang dianggotai oleh seseorang.


YUBITSUME
(Sumber: (http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza9.htm)

Yubitsume ialah satu perilaku mengerat sebahagian jari untuk dikirimkan kepada Kumicho. Ini adalah satu lambang meminta maaf kerana sesuatu kesilapan. Dan ia juga sebagai satu pengganti agar salah seorang ‘anak’ yang tersilap itu dimaafkan.

Apabila anda telah melakukan sesuatu yang melanggar kehendak seorang Kumicho, anda ambil satu alat tajam seperti pisau dan mengerat hujung jari anda dan membungkusnya dengan kertas dan mengirimnya kepada Kumicho sambil meminta maaf darinya.
(Gambar: http://w1.313.telia.com/~u31302275/ya_bild/avskur.jpg )

Itu sebabnya kita dapat lihat ada anggota yakuza mempunyai jari yang kudung sebahagiannya. Tetapi kalau kesalahan itu berat, tidak ada sebab kumpulan itu tidak membunuh anggota yang dianggap berpaling tadah itu.

Inilah perbuatan yang dimulakan oleh Bakuto. Ketika itu sesiapa yang gagal membayar hutang perjudiannya, dia terpaksa memotong hujung jarinya dan sekaligus mencacatkan usahanya memegang pedang. Ini mencetuskan masalah yang lebih besar lagi kerana perjudian tidak dibenarkan pada waktu dulu di Jepun.

Diterjemahkan oleh SPAR

Hits: