KTK 1001

[Amin Shah adalah kroni yang  langsung tiada gaya atau bakat melainkan menjadi orang menandatangani perjanjian persefahaman sahaja. Beliau tidak mendapat perhatian walaupun oleh media milik kroni sendiri. Kecerdikkannya yang begitu kurang itu menyebabkan dia dikirim untuk mengetuai misi yang pelik-pelik (di luar negara yang memerlukan kepakaran budaya dan bahasa) yang amat ditakuti oleh lain-lain kroni kerana tinggi risikonya. Akibatnya banyak yang berakhir dengan kekeliruan dan lingkup juga walaupun telah dikatakan faham segala-galanya. Ini menyusahkan si mentornya juga akhirnya kerana menjadi gempar dan terserlah juga semua rahsia. - Editor]

Terjemahan: -KTK/2-

Artikel asal http://www.freemalaysia.com/rogues/amin_shah.htm

freeMalaysia

AMIN SHAH: ORANG KITA DI ... TIRANA?
(Amin Shah: Our man in ... Tirana ?)

Berbeda dengan tanggapan umum, Menteri Kewangan yang telah dilantik dua kali dan seorang "kawan lamo" kepada Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, tidaklah mempunyai anak didik perniagaan yang seramai mana. Ia hanya tampak begitu sahaja.

Kerapkali Daim terpaksa menonjolkan beberapa watak karektor yang tidak biasa untuk bertindak sebagai CEO untuk projek usahasamanya yang berbagai bentuk dan ragam itu, terutamanya yang melibatkan perniagaan di luar negara Malaysia di mana pulangannya tidak seterjamin sebagaimana ada di dalam negara. Mengapa perlu mengambil anak-didik yang sederhana sahaja yang memungkinkan beliau kecundang dalam perniagaan yang meragukan? Daim tidak ambil kesah semua itu; dia hanya memerlukan seorang anak-didik yang berkutu untuk itu.

Datuk Amin bin Haji Shah Omar Shah adalah watak karektor itu kerana terbukti memang cetek kepakaran korporatnya yang dilahirkan oleh sistem kapitalis kroni Mahathir. Dialah seorang yang perlu melakukan tugas itu dan mengambil arahan tanpa membantah semua titah dari ketua kumpulan barisan banjingan itu.

Amin Shah tidak mendapat liputan meluas dalam dunia niaga jika kita melihat kepada apa yang terlapur di dalam media tempatan dan serantau. Tiada sesiapa pernah melapurkan betapa beliau seorang yang bersih lagi kemas; jaguh perunding; membina empayarnya daripada sifar; bahawa beliau adalah CEO jenis Jack Welch; atau apakah beliau datang bekerja secara biasa dan berjadual. Mungkin keterampilannya yang begitu selekeh terhadap dunia yang bekerja itu menyebabkan Amin Shah tidak kelihatan lebih serius daripada seorang peniaga atau penjaja pasar malam Sabtu sahaja.

Rakan dan kenalan merasa hairan dan lucu bagaimana beliau dapat meraih begitu banyak kemewahan bila dipanggil Daim. Satu hari beliau mungkin berlegar di kedai kopi di Pulau Pinang tetapi keesokkannya dia boleh muncul di bilik persidangan korporat yang hebat. Cuba bayangkan! Inilah yang berlaku kepada DEB di bawah kendali Dr M.

Mungkinkah kita perlu memujinya?. Tidak seperti anak-didik Daim yang lain, Amin Shah kelihatan tidak gemar bercakap besar mengenai hubungannya yang tidak pernah renggang dengan mentornya itu. Tetapi ini hanya satu kebijaksanaan yang mungkin kebetulan sahaja yang tidak dimiliki oleh beberapa adik-beradiknya. (sebagai contoh, Azhar Shah Omar Shah, salah seorang adiknya).

Untuk mengkaji lebih mendalam mengenai Azhar, sila melayari laman geocities.com dan lakukan satu carian nama. Di sana para pembaca akan menemui satu laman Azhar yang tersendiri lengkap dengan autobigrafi masa mudanya dulu. Ia siap dengan gambar potretnya yang kelihatan seperti seorang yang tembam dan gedempal berbanding dengan abangnya yang tertua itu jika dipandang dengan menyamakan usia mereka.

"Itulah saya, dalam satu senyuman mud baik (sic)" (fM akan memberi beberapa lagi (sic) yang diperlukan di bawah ini. Laras dan tata bahasanya adalah dari dirinya sendiri"

"Saya dilahirkan 33 tahun dulu di Taiping, satu bandar kecil yang aman di Perak dimana di sinilah tercatat hujan yang paling lebat di dalam negara saya." ujar Azhar kepada alam siber.

"Saya dibesarkan dan bersekolah di Pulau Pinang. Tahap pelajaran saya tidaklah setinggi mana, tetapi saya mendapat pengalaman pembinaan sejak awal-awal lagi dengan mengikut jejak ayah saya yang telah pergi itu -- ayah saya adalah seorang kontraktor yang gigih pada ketika itu (lewat 80an).

"Saya dan adik saya, Azlan Shah, sedang membantu abang tertua kami, Datuk Amin Shah, untuk menguruskan bisnes korporatnya. Pengalaman masa silam saya dalam sektor pembinaan dan Azlan telah banyak membantu perniagaan abang tertua kami.

"Saya tinggal di Subang Jaya, bukan kerana saya suka melihat kapal terbang melayang di udara di atas atap bumbung rumah kami, tetapi kerana Subang Jaya mempunyai semua kemudahan asas seperti pasar besar, kompleks beli-belah, klinik awam dan swasta, kedai makan serta pusat hiburan. Pendeknya - semuanya lengkap dan mencukupi.

"Keadaan lalu lintas pula telah banyak berubah dan pulih sejak dibuka lebuh raya ekspres Shah Alam dan laluan lebuh raya Utara Selatan.

"Teman-teman saya selalunya menziarahi saya untuk menghirup secawan kopi yang pekat dan memakan keropok sambil kami berborak dan berjenaka serta berbual mengenai isu semasa.

Azhar memperkenalkan pembaca sibernya kepada dua rakan karibnya, Ismail dan Roslan. Beliau seterusnya memberitahu pembaca bahawa Ismail adalah seorang anggota polis di raja Malaysia yang juga adalah teman wanita yang asyik ditemuinya - "tetapi tentunya bukan dengan gadis yang sama".

Kemudian dia memperkenalkan Roslan, seorang jurutera awam yang juga 'sifu komputer'nya - yang telah membantunya mendirikan laman itu. Azhar juga mempamerkan satu iklan perniagaan sampingan (selepas waktu kerja) Roslan kepada pembaca:

"Selain daripada terlibat dalam sektor pembinaan, Roslan juga memberi nasihat dan menulis wasiat untuk rakan-rakannya yang tidak mempunyai masa untuk menemui peguam"

Amin Shah mungkin bukan penjaga semua adik-beradiknya, tetapi beliau masih mengekalkan jawatan senior eksekutif itu yang juga bermakna Daim memegangnya juga. Amin Shah adalah 'jack' dalam semua perniagaan yang tidak memiliki apa-apa kepakaran, dan selalunya mudah sesat di sepanjang jalan.

Media Malaysia kerap merujuk beliau sebagai Mr MOU .. yakni Mr Memorandum Persefahaman. Tahun terdekat ini beliau telah menandatangani banyak MOU di luar negara, dan ada beberapa yang telah memberi hasil pulangan. Tetapi apakah jenis bunga-api yang dapat kita jangkakan dari pelaburan (yang sewel) seperti berikut ini:

      1.  Business Focus Resources (Guinea)       2.  Guizhou Huahang Automotive Manufacturing Co. Ltd.       3.  Guizhou Huatian Automotive Parts & Accessories Manufacturing Co.  Ltd.       4.  Metropolitan and Allied Bank (Ghana) Ltd.       5.  Ak-keme Hotel       6.  Kyrgzstan Grand Hotel De L'Lunite       7.  Guinea Isla Esteves Hotel       8.  Peru Macchu Picchu Inn Hotel       9.  Peru Monasterio De Abad      10.  Peru Sandton Hilton Hotel      11.  South Africa Sheraton Ambassador Hotel      12.  Ghana Leisure SamaWorld Theme Park Sdn. Bhd.

Lapan tahun lepas, Amin Shah yang berusia 45 tahun itu tidak dapat pun menemui di atas peta kebanyakan negara dimana syarikat'nya' yang kemudiannya diarahkan melabur itu. Dan siapa sangka dia akan menjadi "Orang kita di Tirana", satu bandar yang kerap tercetus pergaduhan di negara yang termiskin di Eropah, Albania.

Pernah satu ketika dulu pada pertengahan tahun 1990an, rakan kongsi Amin Shah mengatakan beliau menghabiskan seminggu setiap bulan di Albania - memantau kepentingannya di syarikat seperti Arab Albanian Islamic Bank dan PSC Albania S.H. p.k. P.

FreeMalaysia hanya dapat meneka beliau melakukan khidmat nasional bagi pihak Dr M untuk membantu masyarakat minoriti muslim di sekitar Yugoslavia atau Balkan yang telah berpecah itu.

Ada satu kisah gempar satu ketika dulu pada tahun 1993 mengenai penswastaan pengkalan tentera laut di Lumut Perak ketika keperluan tentera sedang memuncak. Tentu sebahagian para pembaca masih ingat. Syarikat Business Focus Group milik Amin Shah sedang dalam proses untuk mengambil alih projek pembinaan dan pembekalan kapal-kapal militari yang kebanyakkannya kapal-kapal ronda dengan bantuan sebuah syarikat Australia yang bernama Transfield Corp. Tetapi ia menjadi kelam kabut pada ketika itu kerana Sedap Food & Confectionary Bhd, satu syarikat yang bersangkut paut dengan Daim juga turut terbabit dan dinamakan sebagai satu instrumen untuk mengambil-alih.

Namun begitu kekeliruan itu telah terserlah kemudiannya. Menjelang akhir tahun 1993 adik beradik Shah yang bersinar itu telah menyusup begitu jauh ke dalam Sedap, dengan Azhar dan Azlan turut bersama Amin Shah telah menjadi pengarah. Amin Shah telah pun menjadi pengarah syarikat lain yang di kawal Daim seperti Daibochi Holdings, Daibochi Plastic & Packaging dan Kedah Cement Holdings.

Asas untuk mengambil alih projek pengkalan tentera laut itu telah bermula jauh sebelum tahun 1993 lagi. Mula-mula Menteri Kewangan dan TUDM menubuhkan syarikat usahasama Naval Dockyard Sdn. Bhd. pada tahun 1990, ketika Daim menjadi Menteri Kewangannya. Langkah itu memang diatur untuk mengambil alih kesemua projek membina dan menyelenggara kapal tentera di Lumut.

Pada awal 1991, Amin Shah dan dua adik beradiknya telah menubuhkan syarikat Business Focus Sdn. Bhd. Setahun kemudian dia membeli 100% kepentingan dalam Penang Shipbuilding Corp. Sdn. Bhd (PSC) dengan kos RM29 juta yang dibayar melalui pinjaman bank dengan saham PSC sebagai kolateral. Pada tahun 1993, permainan korporat ini semakin mula menyerlah dengan Business Focus merancang untuk mencantumkan PSC dengan Sedap untuk membolot kontrak membina dan menyelenggara kapal TUDM itu.

Tetapi, seperti yang sering berlaku di dunia Daim, kroni-kroninya lingkup dan tersadai juga walaupun membolot projek yang gergasi itu. Syarikat yang mempunyai hubungan politik itu merayu untuk diselamatkan seperti yang berlaku pada tahu 1994 di mana Perusahaan Sadur Timah Malaysia Bhd., (atau Perstima), telah digunakan untuk mengambil-alih Sedap - lantas menjadikan Amin Shah sebagai seorang tuan besar atau maharajah korporat yang tiada tandingnya. Tetapi rundingan itu tidak berhasil kerana telah disanggah oleh Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim.

Amin Shah berada dipinggiran sahaja selama 2 tahun, dan akhirnya muncul kembali selepas taikun Soh Chee Wen menyesakkan Perstima dengan hutang menggila dari rancangan pengembangannya. Amin cepat-cepat melupuskan aset yang tidak teras di dalam Perstima selepas mengambil alih nya pada Disember 1995. Tetapi pada bulan Mei 1997, Amin ditendang keluar dari syarikat itu selepas sekumpulan pemegang saham lain merampas kuasa di Perstima.

Krisis kewangan Asia kemudiannya berperanan mengkuburkan saki-baki perniagaan yang masih ada. Ia telah menenggelamkan banyak syarikat yang disokong oleh kerajaan di mana Amin Shah amat bergantung harap padanya. Ini memusnahkan rancangannya untuk memulihkan banyak syarikatnya termasuk Khong Guan and Setron. Seperti anak didik Daim yang lain, Amin Shah sudah pun tergelincir sampai kini.

Tetapi freeMalaysia yakin Mr MOU ini akan kembali beraksi tidak berapa lama lagi. Dengan secubit pertolongan dari Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) dan satu dua dos dari dana kerajaan - prospek buat Amin Shah mungkin bersinar kembali.

Apa-apapun akan dilakukan untuk menolong "Orang Kita di Tirana" ini.

-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK2-