SELANGOR DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA HADAPI WABAK DENGGI

4 menemui ajal di dalam tempoh 113 hari Lebih kurang 1400 orang dimasukkan ke hospital

Oleh : Annie Freeda Cruez

Selangor telah diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga untuk wabak denggi apabila penyakit itu telah mengorbankan 4 nyawa di dalam masa 113 hari tahun ini.

Dalam pada itu, sejumlah 1,383 orang telah dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan dan swasta selepas dijangkiti penyakit itu di antara bulan Januari dan kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Khir Toyo berkata Kerajaan Negeri memandang serius pertambahan jumlah kes dan telah mengarahkan semua jabatan-jabatan kerajaan tempatan dan jabatan-jabatan kesihatan daerah untuk segera bertindak mengawal wabak tersebut melalui langkah-langkah yang proaktif sebelum lebih banyak nyawa yang terkorban.

> Beliau memberitahu bahawa kawasan-kawasan yang paling teruk dilanda penyakit tersebut adalah Shah Alam, Subang Jaya, Klang dan Kajang.

Kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam berada di senarai teratas paling banyak dengan 458 kes-kes denggi termasuk 1 kematian, diikuti oleh Majlis Perbandaran Klang dan Daerah Klang dengan 227 kes dan 2 kematian, Majlis Perbandaran Subang Jaya (266), Majlis Perbandaran Selayang (108), Majlis Perbandaran Kajang (100), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (82), Sepang (55), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (40), Kuala Langat (22), Kuala Selangor 12 dengan 1 kematian, Hulu Selangor (11) dan Sabak Bernam (2).

Selain dari memantau indeks aedes, Dr. Mohd. Khir berkata, pegawai-pegawai penguatkuasa telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan di semua kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes seperti tapak-tapak pembinaan, kawasan pelupusan sampah, longkang-longkang yang tersumbat dan kawasan-kawasan perumahan.

“Orang-orang awam juga perlu memainkan peranan yang proaktif di dalam menghalang penyakit tersebut dari merebak. Mereka hendaklah memastikan rumah dan kawasan sekitar rumah sentiasa di dalam keadaan yang bersih,” tambahnya.

Pemilik-pemilik rumah telah digesa untuk memusnahkan semua bekas-bekas kosong, plastik dan apa sahaja yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk-nyamuk aedes.

Bekas-bekas seperti baldi-baldi atau tong-tong mestilah bertutup rapat dan abate digunakan pada air yang disimpan selain dari sentiasa menukar air pada tapak pasu-pasu bunga dan dulang-dulang serta membersihkan palung air pada bumbung rumah.

Dr. Mohd. Khir berkata denggi boleh dikawal hanya dengan kerjasama para penduduk.

Pegawai-pegawai jabatan kesihatan negeri menjelaskan bahawa mereka telahpun memulakan operasi-operasi di seluruh negeri dengan memberi perhatian kepada kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di samping menjalankan gotong-gotong-royong, program-program pendidikan kesihatan dan aktiviti-aktiviti foging (penyemburan asap ubat untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes) di semua kawasan yang dilanda wabak denggi.

Pegawai –pegawai penguatkuasa juga telah diarahkan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang didapati membiak nyamuk-nyamuk aedes.

Kecuaian di dalam memeriksa keadaan-keadaan tempat pembiakan nyamuk  boleh didakwa di bawah Akta Pemusnahan Penyakit Bawaan Serangga 1975 yang membawa kepada denda sebanyak RM1000.00 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya.

Mereka yang bersalah juga boleh didenda tidak melebihi RM50 sehari sehingga kawasan yang berpotensi dimusnahkan. Seseorang yang didapati bersalah juga boleh dikenakan denda segera tidak melebihi RM100 tanpa sebarang amaran.

Terjemahan Bazooka