KENALI SYED HAMID SECARA DEKAT

SYED Hamid Albar yang kalah berkali-kali sebagai Naib Presiden Umno sedang berusaha keras untuk melobi jawatan Setiausaha Agung Umno yang bakal dilepaskan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob dalam masa terdekat ini.

Salah satu usahanya ialah dengan “mengajurkan penerangan” untuk menekan Anwar Ibrahim bagi menyedapkan hati Dr. Mahathir, sekaligus menunjukkan Syed Hamid memang setia kepada pucuk pimpinan.

Selain menulis artikel dalam akhbar, Syed Hamid sedaya upaya akan menjadi seperti Chua Jui Meng, bercakap seolah-olah Anwar Ibrahim mendapat layan istimewa ketika di hospital dan ketika dalam penjara.

Sejak tidak dilantik menjadi Ahli MT, Syed Hamid seperti gila talak. Dia memasang angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dia terasa kerusi Timbalan Perdana Menteri cukup dekat dengannya sebab Pak Lah jadi Timbalan Perdana Menteri selepas menjadi Menteri Luar.

Itulah sebabnya, Syed Hamid memasang angan-angan, siang dan malam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama dari golongan ‘Syed’ dan jalan paling mudah ialah dengan mengampu Dr. Mahathir dan mencari tapak kukuh dalam Umno.

Inilah jenis manusia yang tidak tahu “asal usul” dan lupa nilai-nilai persahabatan. Nasib baiklah Datuk Seri Anwar Ibrahim selamatkan maruahnya dahulu dengan memujuknya supaya tidak bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Ketika itu, kalau dia bertanding dia akan kalah teruk kerana Syed Hamid ini tidak mempunyai asas dalam politik tetapi berlagak alim dan kononnya seorang yang berlatar belakang agama Islam. Hakikat sebenarnya tidak. Mengaji Quran pun belum tentu Qatam dan bacaan-bacaannya cukup “ merimaskan.

Kalau sesiapa tahu sejarah bapanya Syed Jaafar, mereka tentunya tahu siapa Syed Hamid. Bacalah buku tulisan Said Zahari Memoir Politik yang baru diedarkan, kita akan tahu siapa Syed Jaafar Albar.

Syed Hamid janganlah hanya kerana berangan hendakkan kerusi Setiausaha Agung Umno, hingga sanggup menginjak-injak seorang bekas Timbalan Perdana Menteri. Jasa Datuk Seri Anwar cukup besar jika hendak dibandingkan dengan jasa Syed Hamid di dalam memporak-perandakan Umno kerana kegilaannya hendak menjadi Naib Presiden Umno.

Tidak usahlah berangan hendak jadi pemimpin kalau kedekut, mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga sendiri dan berpura-pura alim di depan kawan-kawan. Semua orang tahu siapa kamu sebenarnya walaupun kamu berjaya menipu lebih kurang 80 duta-duta bangang yang kamu panggil dengan arahan Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng atau dalam bahasa mudah Chua JE.

 

Ramlan Jantan