DARI MINDA WEBMASTER

SELAMATKAN MALAYSIA DARI ANGKARA MANUSIA YANG ZALIM!!

Kini barulah rakyat tahu bahawa kita sudah mempunyai seorang PM yang 'sewel'. Bukan maksud saya untuk mempersendakan beliau, tetapi apabila memikirkan kata-kata beliau mutakhir ini. Lihat sajalah, semuanya dituduh ke atas pembangkang. Kununnya Melayu bercakaran, (parti) pembangkang salah. Parti pembangkanglah empunya angkara bila orang Melayu saling pulau memulau. Kenduri pulau, sembahyang berjemaah pulau memulau. Sembahyang imam masing-masing. Imam kerajaan (BN) tak pakai.

Dalam kes perceraian, pembangkang juga dipersalahkan. Apabila perceraian berlaku, kununnya kerana fahaman politik berbeda. Jika nak ungkitkan segala macam masalah sosial hari ini ditujukan ke arah pembangkang. Dalam kes terbaru, sehinggakan banjir kilat pun nak ditujukan dan diwar-warkan ke seluruh dunia bahawa itu pun kesalahan pembangkang juga. Aduh... ceteknya atau sewelkah fikiran Mahathir kini?

Lojiknya tidak ada bila difikir berulang kali semuanya dituduh pembangkang. Jawapan semuanya ini amat ringkas. Bukan pembangkang yang memerintah, maka memang tidak ada salahnya pembangkang. Pembangkang yang rasional bersifat 'membantah' kelemahan dan keburukan serta kebobrokan kepimpinan serta penyelewengan.

Jika dituduh pembangkang 'mencetuskan' huru hara sehingga ditangkap dan ditahan mereka kini sudah berjumlah 10 orang kerana dikatakan akan melancarkan gerakan reformasi dan demonstrasi 'ala militan'. Tangkapan mereka didakwa kununnya akan membenteras kejadian tidak diingini dari membakar gedung, kilang, kediaman serta mengganggu perniagaan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitarnya yang kini dijolok sebagai Medan Reformasi Rakyat. Apakah benar tuduhan itu setelah tiada sebarang bukti dijumpai?

Kununnya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, untuk mengelakkan kemusnahan harta benda dari musnah dalam 'demonstrasi militan' itu, maka ditangkaplah mereka yang dikatakan kepimpinan kepada gerakan itu. Maka kita melihat kepada rasionalnya tindakan pemerintah hari ini, jika 'kemusnahan' dapat dielakkan berpunca dari gerakan militan ini.

Namun perencanaan manusia tidak sama dengan perencanaan Allah. Jika kemusnahan sudah ditakdirkan maka itulah kerana 'kun faya kun'. Maka Allah mengutuskan gerakan lebih dahsyat dari bersifat 'militan' dari yang didakwa oleh PDRM dan PM Mahathir, diktator sewel itu. Limpahan air yang memenuhi sekitar bandar raya Kuala Lumpur secara 'menggila' lebih rakus memusnahkan harta benda rakyat. 

Apakah tidak diutuskan FRU untuk mengawasi kemusnahan harta benda ini? Mengapa tidak gunakan pancutan air beracun untuk menghalang kemusnahan? Mengapa? Mengapa?

Kemudian dilemparkan kesalahan kepada pembangkang. Mana lojiknya? Bukankah segala dasar dan keputusan dibuat oleh BN? Bukannya Dewan Bandaraya KL itu pembangkang yang punya. Atau JPS yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan sungai itu menjalankan arahan pembangkang? Bukan kerja dan keputusan tender dan sebutharga yang diberikan ke atas pencucian longkang di seluruh KL dibuat oleh pembangkang. Juga peruntukan kewangannya bukan datang dari pembangkang. Yang ada di Terengganu itu hak pembangkang pun disapu oleh kerajaan BN? Mana.. Mana silap pembangkang!!???

Dah gila dah... gila dah Mahathir ni!! Memang manusia tidak siuman berperangai sedemikian. RM200 juta untuk Mahligai Air Mata Rakyat mampu didirikan untuk kepentingan seorang manusia yang beraja di hatinya. Walau pun RM2 juta tidak dicurahkan ke atas kepentingan berjuta rakyat dalam maksud kerja mencuci longkang dan menyediakan peparitan yang secukupnya. Jangan mendakwa ada peruntukan itu. Jika ada sudah semestinya longkang dan parit secukupnya disediakan untuk aliran air yang mengganas itu. Namun itu adalah perancangan manusia...

Samada Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu percaya, atau anda mahu percaya bahawa di sebalik kezaliman yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN yang memperkenalkan penindasan ke atas rakyatnya maka Allah mengutuskan para demonstrator militan untuk memberikan amaran kepada Mahathir dan seluruh rakyat Malaysia. Bahawa sesungguhnya kehancuran akan tetap berlaku jika rakyat sekeliannya tidak kembali kepada Islam. Mengerjakan segala titah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Usah manusia mahu mendabik dada. Sebaik mana sekali pun perancangan manusia, maka kita tidak akan dapat menandingi perencanaan Allah s.w.t. 

Belilah kereta berharga RM2juta sebuah untuk menahan kemaraan 'perusuh' jalanan. Tetapi manusia tidak mampu menahan 'rusuhan' dari perusuh yang didatangkan Allah s.w.t. Maka menangislah sekelian rakyat, samada ahli UMNO atau pembangkang yang musnahnya hartabenda mereka dalam banjir kilat. Rusuhan yang datang dari Allah tidak akan memilih bulu. Lenyap harta benda, musnah kesemuanya dan kerugian jika ditafsirkan bernilai berjuta-juta ringgit!!

Muncul pula 'rusuhan' selanjutnya apabila denggi mula melanda KL. Ratusan nya dicatatkan kematiannya dalam tempoh kurang 4 bulan di alaf baru ini. Maka penggunaan FRU atau air beracun tidak akan dapat menahan kemaraan perusuh ini. ISA juga tidak dapat digunakan untuk menahan 'perusuh' yang dihantar oleh Allah untuk menjahanamkan manusia yang durhaka.

Hanya satu-satunya cara untuk menahan kemaraan musibah ini. Tiada duanya tanyalah mana-mana ulama sekali pun iaitu kembalinya kita kepada Allah secara bertaubat dan mengamalkan segenap titah perintah-Nya dan menjauhi serta meninggalkan segala larangan-Nya. Di antara larangan itu ialah jangan melakukan kezaliman ke atas sesama manusia, apatah lagi jika tidak dibuktikan kebenarannya. Ini bererti jangan menggunakan ISA untuk menahan manusia dengan perintah kezaliman. Jangan memenjarakan DSAI tanpa bukti-bukti yang cukup atas kesalahannya. 

Atau manusia jangan cuba mengganggu kerja Allah s.w.t. untuk melaksanakan keadilan ke atas bumi Malaysia dengan menerima pakai dan mengekalkan ISA dan peraturan yang zalim. Sebaliknya menggantikannya dengan hudud dan titah perintah yang datang dari Allah dan rasul-Nya.

Selagi manusia itu tetap durhaka kepada perintah Allah, kemusnahan tetap berlaku. Harta benda tetap akan dijahanamkan meskipun perusuh jalanan ditangkap dan disiksa. Perusuh yang didatangkan dari Allah s.w.t. akan tetap menjahanamkan perancangan manusia yang durhaka kepada Allah. Awas Mahathir!! Ingatlah rakyat Malaysia sekelian. Jika kamu masih berdegil dan melaksanakan kezaliman!!

Polong Cyber