HUSNI PEMBOHONG!!

Dato' Husni Hanadzlah adalah MP bagi kawasan Tambun dalam Parlimen negeri Perak. Pada hari Sabtu lalu sekembalinya beliau mengiringi PM dari Dubai beliau merencana untuk berucap dalam sebuah majlis dinamakan "Perbincangan Masalah Tanah Penduduk".

Apa yang mendukacitakan saya majlis ini dinamakan perbincangan masalah tanah penduduk kerana penduduk kampong saya baru bertukar taraf dari setinggan ke kampong baru. Dan jemputan juga dibuat kepada penduduk terpilih. Juga tidak diberitahu bahawa Husni AP Tambun akan hadir dalam majlis berkenaan. 

Memandangkan hari Sabtu, kerja separuh hari bagi kerajaan dan satu hari penuh di sektor swasta. Saya terpaksa mohon cuti memandangkan kami di sektor swasta tidak diberi kelonggaran untuk menyelesaikan masalah peribadi seperti ini. Jadi kami korbankan gaji RM35.00 hari itu bagi menghadiri satu majlis 'kununnya' untuk menyelesaikan masalah tanah setinggan di kampong saya itu.

Apabila saya sampai majlis sudah pun bermula kira-kira sepuloh minit. Saya dapat mendengar ucapan pengerusi majlis. Yang hadir antaranya ialah Penghulu, Che Man Pemuda UMNO, Jurukur Tanah swasta (nama saya tak pasti) dan wakil Pejabat Tanah Ipoh. Juga mengejutkan saya ialah kehadiran Husni Hanadzlah dalam majlis itu. Hati saya tak berapa sedap, namun atas masalah tanah saya mendiamkan diri untuk mengikuti perbincangan majlis yang mana saya telah diundang.

Selepas pengerusi majlis berucap, Che Man Pemuda UMNo pun berucap. Macam biasalah 'ampusana ampusini'. Puji Husni melambung tinggi mengalahkan main sepak raga. Meluat saya mendengarnya. Lepas tu wakil Pejabat Tanah, Penghulu dan akhirnya tiba giliran Husni. Ha.. biasalah. Walau pun bukan majlis politik Husni memuji melambung-lambung akan kerajaan pilihan rakyat (he.. he.. he..). Sanggup memberikan geran kepada tanah setinggan. Dalam hatiku menjawab, bukannya percuma kena bayar. Bagai nak runtuh bahu aku mencari wang bagi membayarnya.

Bila habis Husni berucap jam sudah mencecah jam 12 lebih. Pengerusi mengambil mikrofon dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran kami. Walau pun kampong kami mempunyai lebih 300 buah keluarga, majlis itu berjaya mengumpulkan kira-kira seramai 70 orang yang diundang bagi menyelesaikan masalah geran tanah. Satu hakmilik pun tidak diperbincangkan melainkan majlis itu bertukar kepada ampu mengampu. Saya sangat menyesal bercuti pada hari tersebut kerana menghadiri majlis tersebut.

Begitulah agenda kaki penipu, pembodek seperti Husni. Tak malu menipu mengadakan satu majlis perbincangan masalah tanah rakyat tetapi semata-mata membodek pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Mahafiraun 'baik' itu. Kalau dah dasar penipu tu... orang tak mahu datang ditipu majlisnya agar penduduk mendengar pembohongannya. Husni membuatkan saya dan beberapa rakan dalam majlis itu semakin meluat kepada UMNo dan politik mereka yang memutar belit rakyat!!

Pelapor