Kenyataan webmaster

RUANGAN BARU UNTUK NETTERS: 'KELENTONG YB' 

Kepada anda para netters saya mengajak anda untuk menulis bersama tentang pembohongan wakil rakyat di mana anda berada. Justeru itu ruangan 'Kelentong YB' dibuka untuk semua para netters mendedahkan pembohongan wakil rakyat samada di peringkat Parlimen (AP) atau dewan undangan negeri (ADUN) atas apa sahaja pembohongan yang berlaku samada sekarang atau janji-janji yang mereka buat sewaktu pilihan raya umum lalu.

Maka saya berjanji akan merahsiakan pengenalan anda dan yang penting di sini sila tuliskan dengan tepat fakta anda itu. Mudah-mudahan ianya menjadi pengajaran kepada yang lain. Ingat tulisan anda diarkibkan di ruangan 'Kelentong YB'. Selamat menulis!

Webmaster