Kisah 'Singa Kertas' dalam Umno

SESIAPA sahaja yang terbaca wawancara dua wartawan bebal dari Mingguan Malaysia, 29hb. April 2001, akan dapat melihat betapa busuk dan jahatnya mereka ketika membuat soalan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Harun Mahmud Hashim.

Usah diambil kira apa yang Syed Hamid bercakap kerana dia tidak nampak apa yang orang di bawah nampak, kerana dia menteri dan dia orang besar, anak kepada bekas pemimpin besar Umno, tetapi cungkil dan gali ilmu dari jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Harun Hashim.

Hari ini Syed Hamid boleh bercakap ikut suka hati dia kerana dia masih menjadi menteri, walaupun apa yang dia cakapkan itu dia tahu tidak betul. Inilah perangai Syed Hamid sebenarnya, mengacah hendak meletakkan jawatan dua tiga kali, kononnya merajuk tetapi hakikat sebenar, anak Singa Umno ini adalah Singa Kertas yang tidak ada perjuangan dalam dirinya.

Kalau ada pun perjuangannya, selama jadi menteri, dia mahu kumpul kekayaan dan sesiapa yang dapat masuk ke rumahnya bersebelahan dengan rumah Annuar Musa, akan tahulah betapa kayanya Syed Hamid Albar ini.

Satu kelemahan pemimpin-pemimpin Umno hari ini, khususnya yang berjawatan menteri, tidak berani berkata benar walaupun kepada perkara yang betul. Mereka takut betul kepada Dr. Mahathir Mohamad yang mereka anggap sebagai penentu hidup mati mereka di dunia ini.

Dalam soal pembedahan yang diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim misalannya, tiada siapa yang mahu berkata benar walaupun mereka tahu Chua Jui Meng berbohong mengenai kebolehan dan kemampuan pakar-pakar di Malaysia. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya tidak pernah mempertikaikan kemampuan dan kebolehan pakar-pakar di Malaysia tetapi hak Datuk Seri Anwar diputar belitkan.

Syed Hamid tidak akan menjadi menteri jika bukan kerana Jaafar Albar bukan kenalan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir memang bersikap demikian, menjemput anak-anak bekas pemimpin menjadi menteri di era kepimpinannya dengan harapan, selepas ketiadaannya nanti, anaknya pula dijemput menjadi menteri.

Dengan sebab itu, bukan kerana kebolehan, kemampuan dan ketrampilan yang menyebabkan Syed Hamid jadi menteri tetapi kerana bapanya Jaafar Albar. Begitu juga Najib Tun Razak dan Hishammuddin Hussein. Mereka ini naik kerana mereka “berbinkan” pemimpin-pemimpin Umno.

Ramai lagi anak pemimpin Umno yang diberikan tempat kerana bagi Dr. Mahathir, hanya anak pemimpin sahaja yang boleh jadi pemimpin. Itulah sebabnya Tajol Rosli jadi MB Perak, Abdullah Ahmad Badawi jadi Timbalan Perdana Menteri dan beberapa nama lagi.

Apalah yang hendak kita harapkan dari seorang menteri bernama Syed Hamid? Pada suatu ketika, dia berlagak seperti seorang pejuang Islam, tetapi dalam ketika yang lain pula, dia menjadi seorang hipokrit yang cukup menjijikkan.

Hari ini, orang-orang Johor menganggap Syed Hamid adalah pemimpin Johor, tetapi tiada siapa tahu dia adalah anak Syed Jaafar Albar yang berasal dari Indonesia dan Syed Hamid pula dilahirkan di Pulau Pinang. Hanya kerana memakai baju Melayu teluk belanga dan menjadi Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor maka ramai menganggap dia adalah anak Johor dan orang Johor…. budak-budak bolehlah ditipu!

 

Ramlan Jantan

Nota webmaster: Singa inilah yang bersifat menyinga dalam UMNO seperti kata penulis. Mereka lebih takutkan Mahathir dari takutkan kepada Tuhan (Allah). Tapi jika diajukan kepada mereka kepada siapakah wajib kita taat? Mereka akan kata 'kepada Allah' sedang hakikatnya mereka mengikut dan akur sahaja kehendak Mahathir meskipun mereka tahu telah membelakangkan Allah. Mereka cuba menipu Allah secara terang-terangan. Inilah perangai ahli UMNO kebanyakannya kini. Bila disamakan mereka dengan manusia fasik dan tidak beriman, lantas mereka menuduh kita suka mengkafirkan sesama manusia. Namun perbuatan mereka sedemikian. Angkuhlah kamu wahai ahli dan pemimpin UMNO. Hidup yang berkekalan bukan di dunia ini. Hidup yang kekal dan abadi ialah di akhirat. Maka tidak hairanlah kamu sanggup mengejar dunia kerana sebenarnya perbuatan kamu menunjukkan kamu tidak percaya adanya kebangkitan setelah mati~ webmaster