BENARKAH PAKLAH & ANGGOTA KESELAMATAN BAKAL MEMBERONTAK?

Meskipun terdapat beberapa ramalan dalam tulisan-tulisan yang kita baca dari laman-laman web pro reformasi yang menyebut tentang Paklah dan anggota keselamatan akan melancarkan satu “coup detat” sekembalinya Mahazalim dari UAE, namun ternyata ramalan-ramalan itu meleset begitu sahaja. Apakah memang ada rancangan untuk menggulingkan kuasa PM tua yang  hampir nyanyok itu, bukan itulah persoalannya. Yang menjadi kenyataannya adalah “pemberontakan” itu tidak berlaku dan PM Mahazalim telah pun pulang dengan selamat ke tanah air.

Apa yang dapat kita buat rumusan di sini, orang Melayu khususnya orang Umno tidak akan melakukan sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan. Orang Melayu di Tanah Melayu bukan berjiwa pemberontak. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini telah acapkali dijajah, dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali pula kepada Inggeris semula, menampakkan bahawa jiwa Melayu di sini bukan jenis jiwa pemberontak. Ini berlainan dengan Indonesia dan Filipina yang hanya di jajah oleh satu bangsa iaitu Belanda dan Sepanyol dan membuktikan bahawa orang Melayu di sana sukar untuk dijajah. Bahkan di Aceh, orang Melayu tidak pernah dijajah, walaupun seluruh Indonesia dijajah oleh Belanda. Demikianlah jiwa orang Aceh, jiwa yang amat dekat kepada Islam, di mana lahirnya ramai ulama-ulama Islam, jiwa mereka akan memberontak jika dijajah walau oleh bangsa sendiri. Sehingga kini pemerintah Indonesia masih gagal mencari formula untuk memadamkan api pemberontakan di jiwa orang-orang Aceh.

Tidak banyak kejadian pemberontakan dalam sejarah Melayu di Malaysia ini. Dalam epik Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, kita hanya melihat Hang Jebat yang memberontak. Itu pun setelah berbagai kejahatan ditimpakan ke atas rakan karib dan teman seperguruannya Hang Tuah, barulah Jebat memberontak terhadap kalangan yang berkuasa. Jebat memberontak membela temannya, di mana akhirnya teman itu sendiri yang memusnahkannya. Tujuan Jebat adalah murni, tetapi teman yang dibelanya lebih sayangkan pihak berkuasa, sekalipun terpaksa membunuh kawan sendiri yang membela dirinya dari tohmahan kalangan istana. Itulah jiwa Melayu. Jiwa Melayu bukan jiwa pemberontak. Sebab itu Paklah dan anggota keselamatan tidak mungkin memberontak.

Paklah mungkin ada perkiraan lain. Jika dia memberontak terhadap Mahazalim, dia sendiri pun akan kecundang. Rakyat marhaen sudah pasti tidak akan menyokongnya. Akhirnya paklah akan kempunan kerusi PM. Bila Paklah melancarkan kudeta terhadap Mahazalim, yang akan menang adalah parti pembangkang, khususnya BA. Dengan perkiraan ini, Paklah tidak mungkin melancarkan kudeta terhadap PM Mahazalim.

Tidak ada yang berjiwa Jebat dalam Umno, sebab yang berjiwa Jebat semuanya sudah berpindah menyokong BA. Mereka masuk BA beramai-ramai. Tinggalah yang berjiwa Hang Tuah, taat membabi buta, sehingga sanggup terjun perigi tahi atas arahan pihak berkuasa. Sekiranya Paklah diminta terjun ke perigi tahi atau melarikan tunang orang oleh PM Mahazalim, nescaya Paklah akan melakukannya. Paklah adalah orang yang taat kepada ketua macam Hang Tuah. Begitulah apa yang ada dalam Umno dulu, kini dan selamanya. Selepas DS Anwar, tiada lagi yang berjiwa Jebat dalam Umno.

Kita tidak mungkin mengharapkan orang Umno menjatuhkan PM Mahazalim dan Umno itu sendiri. Kitalah yang sepatutnya berusaha untuk memusnahkan riwayat PM Mahazalim dan UMNO yang kini sudah tinggal nyawa-nyawa ikan itu. Kita tidak dapat mengharapkan orang Umno melakukan kudeta terhadap ketuanya. Ia adalah bertentangan dengan sejarah Melayu. Orang Melayu dalam Umno bukan berjiwa pemberontak. Semuanya macam kerbau dicucuk hidung. Ikut sahaja perintah ketua. Lagipun semua pimpinan Umno ada fail salah laku yang disimpan oleh PM Mahazalim. Jika mereka menentang fail itu akan dibawa keluar oleh Mahazalim. Sipenentang pun menjadi bisu. Macam Fauzi Abd Rahman sekarang. Mula-mula nampak beriya-iya sangat hendak mendedahkan salah laku Khalil dan sudah menulis surat meletakkan jawatan, tetapi akhirnya sunyi sepi sahaja. Beserah tidak jadi pilihanraya sekali lagi. Inilah senario yang berlaku dalam Umno jika ada yang cuba menentang ketua. Tentangan akan menikam diri sendiri.

Yang menentang Umno ialah orang-orang dari BA. Dan orang BA  harus sentiasa bersedia dari sekarang. Jika tidak kita akan terlepas lagi peluang keemasan untuk menukar kerajaan, sebagaimana peluang itu pernah terlepas ketika PAS dan S46 bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dahulu. Tersilap langkah, kita sendiri yang kecundang. 

AlKundangi,
30.4.2001

Nota webmaster: Benar juga kata penulis bahawa orang Melayu memang bukan jiwa pemberontak. Tetapi sejarah ada mencatatkan pemberontakan yang wujud di kalangan masyarakat Melayu adalah disebabkan 'agama dan adat' telah diperlekehkan oleh penjajah. Inilah yang berlaku ke atas JWW Birch yang mati ditikam di Pasir Salak. Ingat ini bukan satu pemberontakan bersahaja terhadap penjajah. Ia terjadi setelah agama dan adat diperlekehkan. Justeru itu kita melihat penghijrahan rakyat kepada parti pembangkang.

Dalam senario politik hari ini pun pemberontakan tidak dapat dielakkan jika perkara yang sama berulang. Kita tukar penjajah asing dengan penjajah bangsa sendiri. Apakah akan wujud pembunuhan 'ala Birch' ke atas manusia yang seringkali memperlekehkan agama Islam. Dalam unjuran beragama, darah orang yang bersifat sedemikian adalah halal. Justeru itu sekiranya Omar Al-Khattab masih hidup, saya percaya nescaya terpenggallah leher Mahathir dari jasadnya~webmaster