MEMPERINGATI HARI KEZALIMAN MAHATHIR

GELITA 14 -  SATU RENUNGAN

Bahagian Enam

Kejayaan sesuatu demonstrasi rakyat terhadap kerajaan yang memerintah bukan diukur melalui jumlah peserta ataupun kaedah kekerasan yang mereka gunakan. Tidak juga melalui  jumlah insan yang tercedera ataupun terkorban samada secara kemalangan sendiri ataupun di sebabkan pihak kerajaan yang cuba meleraikan mereka. Kejayaan perhimpunan rakyat itu diukur samada mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Inilah ukuran yang pertama. Ke dua, apakah ia berjaya mencetuskan satu impak yang berkesan di atas usaha mereka itu. Ke tiga, reaksi orang luar terhadap apa yang mereka perjuangkan. Ke empat, kebijaksanaan menggunakan struktur sekeliling untuk memanjangkan sesuatu demonstrasi tanpa merosakkan harta benda orang awam. Ke lima, kemampuan mengikut perintah dan arahan ketua untuk bersurai dan menamatkan demonstrasi itu.

Bukannya senang mengatur satu demonstasi rakyat. Ramai orang keliru akan hakikat ini kerana mereka kerap teringatkan cara anak-anak sekolah diajar beratur di sekolah. Atau pun cara kerajaan mengarahkan rakyat berkumpul untuk bersenam robik  beramai-ramai ataupun untuk mengadakan raptai perbarisan rakyat. Berdemonstrasi untuk menyerlahkan rintihan terhadap pemerintahan adalah cerita lain. Risikonya amat tinggi sekali terhadap pihak yang menganjur dan juga yang turut serta. Agenda anjuran pun hanya merupakan satu panduan kasar sahaja. Ia menunjukkan tarikh, tempat dan matlamat agenda demonstrasi itu yang diharapkan dapat difahami oleh para pesertanya untuk mencapai matlamat yang direncanakan. Samada agenda itu dapat diikuti dengan tepat, adalah perkara lain kerana kemungkinan agenda itu disabotaj adalah serba mungkin.

Di Malaysia, walaupun seluruh dunia diberitahu bahawa kerajaan pimpinan seorang Wira Dunia Ketiga mengamalkan demokrasi, demonstrasi rakyat secara aman, terutama sekali yang ditaja oleh  pembangkang, adalah sesuatu yang dianggap berbahaya dan perlu ditindas sebelum terjadi.  Kerana itu, setiap perkumpulan manusia melebihi lima orang perlu mendapatkan lesen daripada pihak polis terlebih dulu. Jika tidak, ia mudah ditakrifkan sebagai kumpulan haram. Walaupun demonstrasi itu merupakan satu usaha rakyat secara aman, ia tidak akan diberikan lesen. Inilah gambaran demokrasi pimpinan seorang diktator tua yang juga menjadi presiden UMNO. Inilah gambaran betapa berkecamuknya undang-undang yang perlu dipatuhi kerana berdemonstrasi secara aman adalah hak rakyat yang dibenarkan oleh perlembagaan negara.

Cetusan Rasa Rakyat

Matlamat demonstasi aman  yang diberi nama GELITA 14 adalah untuk memperingati pemerintahan Mahathir Mohammad yang zalim.  Tetapi pihak kerajaan tidak memperakuinya. Mahathir Mohamad lebih suka mengatakan bahawa itu adalah demonstrasi memperingati ulang tahun Anwar Ibrahim dipenjarakan. Maknanya dikatakan  sama saja, tetapi kepada mata dunia dan para analis, terdapat banyak perbezaannya. 14 hari bulan April 1999 merupakan tarikh Anwar Ibrahim dimasukkan penjara secara rasmi untuk menjalani hukuman. Sebelum itu dia memang sudah lama dipenjarakan di atas tuduhan berlipat ganda yang semuanya direka-reka. Itulah tuduhan yang boleh diberi ikat jamin yang membolehkan Anwar duduk di rumah dan muncul di mahkamah mengikut jadual yang ditetapkan. Tetapi tidak, Anwar perlu dikurung di bilik berjejari besi untuk terus menyiksanya dan juga ahli keluarganya. Anwar telah dikurung setelah rumahnya diserang oleh satu pasukan komando polis yang lengkap bersenjata dan berpakaian 'tutup-muka, tutup-suara'. Mereka masuk mengopak pintu rumah yang tertutup sedangkan di dalam rumah terdapat  ramai manusia. Mereka dikerah menunjukkan kekuatan polis untuk menangkap seorang pemimpin yang ketika itu masih memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti politik yang memerintah negara. Perbuatan itu amat memeranjatkan dunia kerana  sebelum itu Anwar  telah menulis secara berhemah kepada pihak polis itu. Memang, melalui para peguamnya Anwar sudah menulis surat betapa beliau bersedia menghadirkan diri  bila diperlukan.

Ketika Anwar ditangkap, ratusan manusia berada di rumahnya untuk memberikan sokongan moral sambil mahu mengenalinya lebih dekat lagi. Bukan semua yang datang di rumah kediaman persendirian itu yang kenal rapat dengan Anwar. Majoriti mereka adalah rakyat biasa yang tidak pernah bersalaman dengannya sebelum itu. Mereka yang rapat dan akrab dengannya sudah pun lama pergi menghilangkan diri. Mereka sudah pun lupa bahawa kekayaan dan kejayaan  hidup mereka itu adalah dengan bantuan Anwar yang tertindas ketika itu.

Tangkapan Di bawah ISA

Di tahap awal pemenjaraan, Anwar sedang sakit teruk  dibaham oleh seorang ketua polis yang naik minyak. Bayangkan apa yang boleh jadi kepada seorang manusia yang digari tangannya dan disuruh duduk di kerusi untuk menjadi sasaran seorang pakar karate dan judo?  Ketika ditangkap, Anwar dikenakan tuduhan polis biasa yang membolehkan beliau diikat jamin. Tetapi, apabila mukanya hampir lumat, undang-undang ISA telah dijatuhkan ke atasnya. Ini membolehkan pihak polis terus menahannya tanpa membawanya ke pihak pengadilan.  

Di waktu yang sama  Rahim Nor yang menjawat Ketua Polis ketika itu telah menyatakan betapa "Anwar berada dalam keadaan sihat". Ketika itu, si diktator tua pun ikut kata-kata Rahim Nor dan mengulangkan kenyataan polis  laksana satu pita rakaman sahaja. Sedangkan di waktu kenyataan dibuat Anwar masih lagi telanjang bulat di bilik kurungan tanpa ada sebarang bantuan perubatan diberikan. Yang lebih menghibakan, semua bentuk penggambaran dilakukan termasuk mendapatkan segala helai rambut dan bulu yang diperlukan.

Kehilangan Anwar secara mendadak tentunya meresahkan rakyat yang cintakan keamanan.  KERESAHAN itu   datang bukan sahaja dari pelusuk tanahair malahan juga di seluruh dunia. Dunia memang menonton drama yang sedang diarahkan oleh si diktator tua kerana di waktu yang sama seorang penulis ucapan Anwar bernama Dr. Anees Munawar sedang menghadapi tekanan juga kerana disiksa. Beliau akhirnya disuruh mengaku pernah diliwat oleh Anwar. Anees yang mengaku dalam keadaan tertekan, akhirnya menarik balik pengakuan itu dan kini sedang melakukan proses undang-undang untuk membersihkan nama baiknya. Perkara yang sama pernah dilalui juga oleh beberapa orang yang rapat dengan Anwar. Tuduhan utama ialah mereka telah diliwat oleh Anwar. (Cukuplah dulu cerita ini kerana Anwar masih dihadapkan di mahkamah)

Proses mendapatkan bukti untuk menghukum Anwar adalah satu proses yang boleh dijadikan bahan komik komidi seperti 'MAD' dan 'Gila-Gila'. Tilam sebuah kondominium telah diusung sebagai bahan bukti bahawa tilam itu menampung air mani Anwar "ketika melakukan kerja-kerja maksiat". Itulah tuduhan yang mengatakan Anwar berbuat maksiat yang sengaja diada-adakan. Malangnya apabila perkara itu dipertikaikan kondiminium berkenaan belum pun siap dan tilam itu pun belum dibeli. Tidak ada pula yang memberi keterangan betapa tilam itu pun belum dibuat  lagi. Namun, tilam itu diusung setiap hari ke mahkamah. Kalaulah tilam itu boleh berkata-kata tentu terdengar suara "Ciss....betapa bodohnya manusia di Malaysia...!" Tetapi, itulah hakikatnya, proses undang-undang itu terpaksa diubah suai untuk memuaskan nafsu seorang diktator yang sudah sewel. Dia arahkan sahaja pihak tertentu untuk melakukan sesuatu, dan akan berlakulah apa yang dikehendakinya. Jikalau tidak manakan boleh seorang hakim mengatakan 'Tidak relevan, tidak relevan, tidak relevan...?' Semua barang bukti yang menyinggung dan menggugat kes yang ditekankan ke atas Anwar adalah tidak relevan. Cuma dia sahaja yang relevan rupanya. Akhirnya Anwar terjebak kepada proses kehakiman yang sebenarnya tidak relevan itu dan dihukum enam tahun penjara setiap satu tuduhan. Mujur hukuman dilakukan serentak, kalau tidak Anwar terus menjadi mangsa yang sememangnya tidak relevan kepada si diktator tua. Ketika proses mahkamah berjalan, Anwar dicaci dan dituduh pelbagai oleh si diktator tua dalam perjalanannya mengelilingi dunia.  Walaupun hakim pernah mengeluarkan amaran agar perbuatan seperti itu dihentikan, siapakah yang sanggup mendakwanya?

Matlamat Yang Dicapai

Demonstrasi aman rakyat  yang dikenal sebagai Geliga 14 adalah satu manifestasi rakyat terhadap segala bentuk kezaliman Mahathir bin Mohammad. Demonstrasi itu pada awalnya dirancang untuk membolehkan rakyat berkumpul mengiringi Ezam Mohd Nor menghadap Yang di Pertuan Agong dan menyerahkan satu memorandum rakyat. Sebagai orang yang gian menjadi Wira Dunia Ketiga tentu sekali Mahathir tidak merestui urusan rakyat itu. Kerana itu dia cetuskan satu propaganda betapa huru hara akan berlaku. "Mereka akan gunakan bom molotov, parang panjang dan belantan untuk buat huru-hara. Kita perlu bertindak sebelum terlambat."

Memang cantik sungguh propaganda si diktator tua. Bukankah itu juga bentuk propaganda yang digunakan di Sanggang ketika mahukan kaum Cina dan India mengundi BN dulu? Bukankah itu juga bentuk ugutan yang digunakan oleh BN (terutama sekali MCA) untuk menakutkan rakyat di waktu berkempen dulu? Memang, banyak kemenangan BN di pemilu-10 dulu adalah seperti yang berlaku di Sanggang. Kempen menghasut dan mengugut telah digunakan. Rakyat yang takut mudah percaya. Inilah imej rakyat yang cintakan keamanan.

Apabila si diktator tua menggunakan taktik itu dalam ucapannya sebelum berlepas terbang melarikan diri ke Havana, dia fikir taktik itu akan menjadi sekali lagi.  Dia fikir orang di Kuala Lumpur memang mudah dipukau dengan beberapa patah kata-kata menghasut yang digembar-gemburkan di TV dan radio. Dia fikir kalau polis Kuala Lumpur  pertunjukkan kekuatan di Masjid Negara dan di beberapa tempat stategik di kota raya, rakyat marhaen akan kecut perut dan duduk memeram apa yang patut diperam, di rumah.

Demonstrasi rakyat terus berlaku seperti yang dirancangkan. Segala taktik menumpaskan usaha rakyat itu berkecai. Memorandum rakyat itu telah diserahkan dengan selamatnya mengikut yang dirancangkan. Rupa-rupanya taktik mengugut rakyat telah gagal segagal-gagalnya. Beberapa pemimpin ditangkap sebelum itu dan ramai juga rakyat marhaen yang ditahan untuk dijatuhkan hukuman. Matlamat demonstrasi rakyat tercapai dengan jayanya. Yang tertangkap, tertindas dan tercedera adalah satu kemestian dalam perjuangan rakyat yang tidak bersenjata. Pengorbanan mereka adalah lambang kecintaan rakyat terhadap negaranya.

Impak Demonstrasi Aman

Tidak boleh digambarkan dengan beberapa kata-kata betapa dalamnya impak demonstrasi aman Gelita 14 itu. Sejarah bangsa Melayu dan negara Malaysia akan merakamkan betapa demonstrasi aman rakyat kali ini walaupun nampak berbentuk kecil-kecilan di sana-sini, adalah pemangkin satu  gelombang rakyat yang amat besar maknanya. Mungkin untuk tujuan propaganda, pihak kerajaan akan mengatakan rakyat merusuh untuk menggugat keamanan. Apa gunanya berdemonstrasi semata-mata untuk menyerahkan memorandum kepada raja-raja, kata sesetengah pihak. Bukankah kita ada parlimen dan ada wakil rakyat yang boleh menyelesaikan masalah negara? Kata satu pihak lagi. "Apa ada pada parti keadilan sedangkan wakilnya di parlimen hanya wakil minoriti?". Demikian yang ditanya oleh  seorang penulis akhbar upahan.

Untuk memahami impak yang terlaksana, kita perlu menyorot ke belakang sedikit (jangan banyak-banyak, kerana kesuntukan ruang) untuk memahami rintihan rakyat.  Rakyat tidak akan berkumpul secara aman kalau mereka tidak terdesak. Mereka sudah lama hidup tertekan, merasakan mereka semakin terpinggir. Rakyat marhaen sudah menjadi rakyat kelas tiga di negara kelahiran mereka sendiri. Banyak sangat bahan rintihan mereka itu. Bayangkanlah kalau sebuah negara yang kaya raya dengan hasil bumi yang pelbagai masih tidak memberikan ruang kepada rakyat menerima pendidikan percuma, apakah maknanya kekayaan itu? Kekayaan apakah yang mahu dibanggakan kalau anak-anak bersekolah petang pulang ke rumah  selepas burung-burung  menyudahkan mimpi pusingan pertamanya di malam hari?

Sejarah kematangan manusia tidak pernah melewati suku abad. Orang putih kata; 'The prime of life goes around twenty five years of a person's life- time". Kini, si diktator tua sudah menghampiri tiga puluh lima  tahun dalam sejarah politiknya. Sejak dia berjaya memukau sokongan rakyat untuk mengnyahkan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, dia sudah lupa daratan, kini. Dia sudah berjaya memperteguhkan satu sistem pemerintahan yang dikenal oleh sejarah sebagai sistem Mahathirisme. Apakah yang tidak pernah dilakukan untuk memuaskan nafsunya? Apakah yang tidak dibina untuk menjadi satu lambang keegoan dan ketaksubannya untuk membalun harta rakyat? Apakah bentuk kerajaan yang belum pernah dicubanya? Daripada demokrasi hingga ke kronisme, semuanya sudah dipraktikkannya tanpa banyak disedari oleh rakyat marhaen kerana kelicikannya berpolitik. Apakah taktik-taktik penindasan yang tidak pernah dicubanya? Memang panjang ceritanya nanti kalau kita mahu mengungkit semua itu. Semua cerita jijik-jijik belaka. Semuanya cerita betapa rakyat dikelentong terang-terangan. Contoh yang paling baru ialah "betapa Kuala Lumpur akan menjadi huru hara dengan penggunaan bom molotov, belantan dan parang panjang."

Pada satu ketika dulu beberapa pemimpin pembangkang seperti  Dr. Syed Husin Ali, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Abdul Malek Hussain, Lim Kit Siang, Dr. Nasir dan banyak lagi  telah dicekup dan diserkap di bawah Akta ISA berdasarkan tuduhan menghasut rakyat. Mereka merengkuk dalam penjara seperti juga Burhanuddin Hilmi, Boestamam dan banyak lagi yang sudah lama pergi. Demikianlah berbisanya Akta ISA itu yang membolehkan sesiapa sahaja yang disyaki menggugat keharmonian negara ditangkap bila-bila masa dan dikenakan tuduhan untuk dipenjarakan tanpa perbicaraan terbuka.  Anwar Ibrahim pun pernah dipenjarakan pada tahun 1974 di bawah akta yang sama.

Apabila Mahathir Mohamad, Wira Dunia Ketiga  melaungkan di hadapan pemberita (yang kemudiannya ditayangkan pula rakaman ucapannya itu), betapa huru-hara akan meletus di ibukota, dia sebenarnya sudah layak ditangkap di bawah Akta ISA. Tetapi, dia dibiarkan sahaja kerana sistem pemerintahan negara pimpinan Mahathir membolehkannya berkata apa sahaja melewati kuasa sistem perundangan negara.

Wira Dunia Ketiga ini (alangkah jijiknya jolokan ini he..he..he.), telah memberi pesan agar pihak polis bertindak tegas ketika dia berada di rantau orang. Inilah yang dipraktikkannya sejak dia memegang teraju pemerintahan negara. Ada sahaja pergolakan rakyat yang berlaku sepeninggalannya yang perlu ditangani oleh timbalannya.  Yang anihnya setiap kali sesuatu pergolakan rakyat itu akan berlaku dia mampu meninggalkan pesan agar polis bertindak. Dia tidak pernah meninggalkan pesan agar timbalannya mencari jalan tengah dan bermuafakat dengan pihak yang mahu membantah. Apa jenis pemimpin demokrasi ini?

Kata-kata hasutan yang dihamburkan oleh Mahathir sebelum berlepas adalah satu hasutan yang amat menjijikkan. Ia sengaja menakutkan rakyat dan merupakan satu arahan sulit agar polis bertindak ganas dan menumpaskan demonstrasi itu walaupun ia bererti pertumpahan darah.

Reaksi Rakyat Dan Dunia Luar

Taktik menghasut rakyat akan berlakunya huru hara kini memakan tuannya.  Rakyat yang berdemonstrasi secara aman telah mengikut arahan ketuanya tanpa mengganggu ketenteraman dan merosakkan harta awam. Demikian patuhnya rakyat yang berdemonstrasi sehinggakan TV kerajaan terpaksa menayangkan 'filem lama di mana tong sampah dibakar dan tayar buruk berasap' yang lama tersimpan di arkib filem. Orang TV terlupa menunjukkan gambar rakyat dengan parang panjang dan belantan. Begitu juga dengan filem bom molotov dibuang oleh rakyat yang 'berhuru hara' Apa yang jadi seterusnya? Sah, seorang diktator tua yang nyanyok dan yang dikenal juga dengan panggilan Raja Kelentong dan Raja Pendusta, sudah terlepas cakap. Cakap bohong......maknanya. Bukankah ini juga manusianya yang mengatakan bahawa "Reformasi sudah mati...." selepas BN menang di Sanggang dulu? Saya ingin memetik kata-kata seorang reformis muda dari golongan Hawa yang menulis:

...... "Mahathir kata reformasi sudah mati?????"

"Cakap baik-baik sikit Mamak tua....kau takkan menongkat langit. Nanti mati tersungkur macam Marcos - bumi pun tak nak terima. Kami ini  adalah mewakili ribuan anak-anak muda yang bakal melihat sejarah Malaysia akan berubah. Perubahan itu ada di tangan kami. Bukan di tangan kamu seorang. Sejauh mana kamu mampu mengarahkan Polis menjaga kepentingan kamu? Akan tiba masa nanti kamu juga akan mendapat penghinaan yang setimpal dengan perbuatan kamu. Para pemimpin yang hanya ikut arahan Mamak tua ni, ingat, kamu juga akan mati!... Kita akan turun lagi. 46 ditangkap, 46 ribu yang bangkit!"

.............  - dipetik daripada DAHLIA di FGR  16/4/00

Cakap dan tulisan  membakar semangat seperti yang ditulis oleh seorang gadis  seperti ini adalah  jalur-jalur semangat bangsa yang  dianyam secara bertimbal mengikut rentak juang dan getaran semangat manusia yang keluar bersatu.  Kata semangat seperti ini  sekaligus memadamkan apa juga hasutan yang tidak berasas seorang diktator tua. Sekaligus ia mendedahkan Mahathir Mohammad sebenarnya seorang petualang bangsa yang mesti dijatuhkan, disingkirkan dan dilenyapkan nama dan pengaruhnya.


Kebijaksanaan Rakyat Yang Mencabar

Memang Mahathir amat bangga dengan kemenangan di Sanggang. Reformasi sudah mati katanya. Malahan "kemenangan di Sanggang menunjukkan rakyat tidak lagi peduli akan soal remeh temeh seperti kes Anwar di Mahkamah." Alangkah bongkaknya beliau ketika itu Dia lupa siapa yang pegang kuasa veto. Belum pun empat puluh hari ucapan takburnya itu, rakyat sudah mencelekkan matanya. Minda rakyat sudah luas terbuka, apakah reformasi sudah mati? Apakah rakyat lupa akan penderitaan Anwar? Apakah rakyat akan maafkan Mahathir kerana pemerintahannya yang zalim?

Demonstrasi Aman Rakyat 15 April sebenarnya menyerlahkan kebijaksanaan beberapa pihak yang perlu dirakamkan dalam tulisan ini:

a) Kebijaksanaan Penganjur Demonstrasi Aman

Mereka tidak termakan umpan yang dihulurkan oleh seorang pengail politik  tua. Tidak ada bom molotov, tidak ada parang panjang dan tidak ada belantan. Malahan lencana parti politik diharamkan. Begitu juga dengan baju parti politik dan kayu bendera parti. Kaedah  pemimpin menaiki tren daripada pelbagai bandar adalah satu taktik yang sungguh pintar. Ia bukan sahaja menarik semangat seluruh negara bahkan melemahkan tenaga pemantauan pihak polis. Inilah yang amat ditakuti oleh Mahathir kerana dia sudah menjangkakan polis dapat melaksanakan satu gegaran yang berkali ganda daripada apa yang ditunjukkan oleh PDRM  di bawah kepimpinan Rahim Nor dulu. Kita boleh menjangkakan Mahathir melenting kepanasan dan marah yang amat sangat. Di waktu yang sama dia tentu marah kepada para juaknya yang tidak berjaya mengikut perintahnya.

b) Kebijaksanaan Pihak Polis

Saya merakamkan setinggi tahniah kepada pihak polis kerana melakukan apa yang mereka patut lakukan. Walaupun ada suara mengatakan 'the police overreacts.." yang bermaksud pihak polis sedikit 'over', saya tabik pihak polis. Kejayaan polis mengekang para penunjuk perasaan tanpa menggugat harta benda awam dan kehilangan nyawa adalah sesuatu yang mesti dihormati dan dirakamkan dalam lipatan sejarah bangsa.

Dalam setiap demonstrasi, sembilan puluh lima peratus peserta sebenarnya tidak dapat memahami matlamat sebenar  berdemonstrasi. Apatah lagi kalau tunjuk perasaan itu tidak punyai ketua yang sah dan  agenda demonstrasi yang jelas. Sebarang peubahan taktik berdemonstrasi adalah melalui pesanan mulut yang boleh disabotaj oleh elemen musuh. Elemen musuh kepada rakyat yang tunjuk perasaan tidak semestinya pihak polis. Ia mungkin golongan yang bencikan Anwar Ibrahim, semata-mata. Mungkin juga golongan yang bencikan Mahathir tetapi tidak berani untuk menggerakkan agendanya sendiri secara terus terang.

Berdemonstrasi di Malaysia bukannya sama seperti di negara barat. Di barat para peserta tunjuk  perasaan berlatih dulu untuk bersiap sedia bagaimana bersatu menentang serangan polis. Mereka dilatih oleh bekas pelatih pihak polis. Mereka diberikan kata semangat dan ada kalanya mereka diberikan upah yang tinggi sebelum menunjuk perasaan. Di barat, demonstrasi rakyat selalunya didalangi oleh pertubuhan yang besar dan kaya sama tarafnya dengan parti politik yang memerintah.

Menyedari hakikat ini kita nampak betapa pihak polis telah berlagak samseng untuk memuaskan nafsu serakah seorang diktator tua apabila melihat video yang ditunjukkan kepadanya. Dia mahu melihat rupa yang bengis daripada pihak polis ketika berdepan dengan rakyatnya. Inilah budaya banjingan dan budaya 'kaki gedebeh' ala seorang mamak tongkang yang mahu diterapkan dalam pasukan polis negara ini. Dia lupa bahawa setiap anggota polis yang bertugas menghadapi demonstrasi rakyat di negara ini menghadapi dilemma tersendiri disebabkan adanya sanak saudara yang tunjuk perasaan yang mesti dianggap musuh ketika itu. Dia lupa betapa rakyat marhaen tunjuk perasaan bukan kerana bencikan negaranya, tetapi bencikan nama Mahathir Mohammad dan yang empunya diri.

c) Kebijaksanaan rakyat

Rakyat yang berdemonstrasi adalah wakil segenap lapisan warga negara ini. Merekalah doktor pakar yang menyelamatkan nyawa Mahathir ketika dibaiki jantungnya, merekalah pakar perubatan yang bertungkus lumus menyelamatkan Aziz Shamsuddin ketika ditimpa kemalangan yang mengorbankan isterinya.   Merekalah para pakar perubatan yang menyelamatkan ramai raja-raja yang selalu keluar masuk di hospital. Mereka adalah pegawai kastam, immigresen, askar samada yang masih berkhidmat ataupun sudah pencen. Mereka adalah kerja pejabat kerajaan ataupun swasta. Mereka adalah juruteknik kilang yang terletak di merata tempat samada di pusat industri ataupun di tapak bebas cukai. Dengan kata singkat, para demonstrasi itu adalah wakil rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. Dengan kuasa Allah tunjuk perasaan mereka telah berjaya kerana para peserta itu telah menggunakan kebijaksanaan mereka.

Walaupun rakyat terpaksa berlari ke sana dan sini semata-mata mengikut arahan pendek yang disampaikan kepada mereka, golongan yang muda sanggup bermain sorok-sorok  ataupun 'hide-and-seek' dengan pihak polis. Pihak polis pula sudah memahami taktik itu dan ikutkan sahaja skrip yang telah diolah oleh rakyatnya.

Inilah jalur sejarah yang pasti akan ditimbalkan juga. Inilah kebijaksanaan segenap lapisan rakyat yang perlu dirakamkan. Kerana, di waktu segolongan rakyat bertunjuk perasaan menentang polis, berganda lagi banyaknya yang berdoa dalam hati secara sendirian agar kumpulan rakyat itu berjaya. Di waktu yang sama para keluarga polis yang bertugas itu pun mempunyai ahli keluarga yang turut berdoa agar Tuhan memelihara mereka. Inilah hakikat hidup yang tidak difahami oleh Mahathir Mohammad. Dia fikir pihak polis boleh ikut apa yang dia mahukan. Dia fikir semua pegawai kerajaan adalah robot yang sudah diprogramkan. Dia fikir semua pasukan bersenjata di negara ini adalah 'zombies' yang akan mengikut kata-katanya secara membabi-buta.  Dia fikir pihak polis Gerak Am adalah satu pasukan yang mudah melatah dengan sedikit arahan keras laksana babi yang sudah buta apabila diherdik terus bingkas; lari sana dan lari sini untuk mencetuskan huru hara.  Dia terlupa budaya Mahathirisme masih belum berjaya mengecutkan otak daripada kepala rakyatnya.

Kesimpulan Awal: Setiap Yang Bergolak Ada Hadnya

Para penunjuk perasaan  bersurai mengikut arahan. Mereka datang dengan aman dan bersurai dengan aman. Mereka yang datang daripada beratus batu dengan kos yang dikeluarkan dari saku sendiri membawa seribu kenangan. Inilah wira bangsa yang sanggup berkorban diri dan mempertaruhkan nyawa untuk menyedarkan bangsanya. Inilah manusia yang berjiwa baru di Malaysia ini. Jangan dihiraukan apa bangsanya dan jangan difikirkan apa agamanya, dan jangan dipersoalkan apa jantinanya. Rakamkanlah perjuangan mereka itu semua. Catitkanlah tarikh 14 April 2000 sebagai satu tarikh bersejarah di alaf baru di mana semua lapisan rakyat sanggup bersatu mengikut satu agenda yang ditentukan oleh pemimpin muda yang masih belum puas hidup berumah tangga.

Mahathir Mohamad sudah pasti mengadakan mesyuarat khas untuk mendengar taklimat  semua pihak. Tentunya pihak yang tunjuk perasaan tidak akan dipelawa  menghadiri taklimat itu. Di akan bertanya apa sudah jadi dengan Molotov cocktail, parang panjang dan belantan? Dia akan terus bertanya beberapa pihak  mengapa tidak ada    "apanamaa......huru hara   ?"

Kita boleh jangkakan berjela-jela penerangan yang akan diberikan oleh semua pihak. Semuanya akan menuding jari. Setiap satu jari yang dituding ada empat yang  menuding ke diri sendiri. Di kalangan yang menuding itu, tentu ramai yang berkata di dalam hati: "Piraaah, orang tua nyanyok......Huru hara kepala Atok kau.....?" Kalaulah Mahathir dapat mendengar kejian seperti itu tentu dia akan tersentak dan cuba merenung zaman silam dan berkata pula "Tongkang nombor berapa Datuk aku naik dulu dan bila dia sampai... ? Takkan pada 14 April kot.......!" Dia tidak akan berfikiran begitu kerana ada masalah yang lebih penting yang perlu difikirkannya sekarang. Mahathir sudah kesuntukan masa.

Marhaintua@Hotmail.com                                                    16.2.2000