Klon Dr. M

Bahagian 2.


Warisan  Mahathir

Warisan  Mahathir nanti, satu masa apabila yang sedikit  menipu  yang ramai, ketika yang segelintir  itu  mencuri suara ramai, apabila yang segelintir menjajah yang ramai dan apabila  yang  sedikit  itu  akan mengajak  yang  ramai  terjun ke dalam jurang  yang dalam. Semua  itu  akan mengambil masa yang lama untuk diperbetulkan.  Itu  pun kalau ia boleh dibetulkan, tanpa  mencetuskan revolusi rakyat yang kini sentiasa  menghantui pemerintahan   pasca-Suharto  di Indonesia.

Bukannya satu  kerja mudah untuk  menyentak ekonomi Malaysia menjauhi  punting  susu  para  kroni  yang  bermaharajagila selama  Mahathir  berkuasa. Formula kejayaan  perniagaan  mereka  selama ini adalah berdasarkan formula  yang disebut sebagai acuan  sendiri  yang  disogokkan kepada  golongan elit dunia korporat  dan yang telah dikaji  dan  ditiru  oleh generasi pemimpin niaga  yang  menyusul kemudiannya.

Turut  mengancam ialah  kemunculan satu kumpulan rakyat Malaysia yang turut dianggotai oleh anak-anak Mahathir yang  akan  menentang  sebarang  usaha  pembaharuan dalam apa bentuk jua berkaitan  dengan penyusunan   struktur   politico-korporat    masa kini.  Sebarang perubahan, terutama sekali yang berbentuk  pembaharuan  selalunya mengundang  kegelapan kumpulan itu..  Ahli-ahli  kumpulan  ini hanya  perlu  menoleh kepada Indonesia dan wilayah lain  di rantau  ini untuk  melihat  apa yang masih  ada untuk mereka seandainya Dr. M  ataupun akhirnya, seorang wakil peribadinya  tidak lagi wujud  untuk  memberi perlindungan kepada  mereka.

Ketika persekitarannya  semakin tergugat dan mengancam itulah waktunya Dr. M  membuat pilihan  untuk membawa masuk anak-anaknya  ataupun ‘Klon M’  itu.   Pada tahap awalan dia telah memberi  ingatan  agar  mereka berhati-hati, dan perihatin kepada  bahana  keresahan yang akan tercetus  di  kalangan masyarakat  niaga  UMNO, yang  sudah pasti kegusaran akan kehilangan peluang.  Apatah lagi dengan   wujudnya  kebencian di kalangan akar umbi terhadap   dinasti  politico-niaga  itu.  Sekali lagi, Indonesia  menyediakan satu  halaman  ingatan terhadap  cabaran  ini, untuk dikaji dan diteliti  oleh para  kroni  di Malaysia  dan  juga  kumpulan rakyatnya  yang masih tulus  ikhlas  lagi.

Sememangnya,  ada satu ketikanya  apabila anak-anak Mahathir itu dianggap sebagai satu  bahan  ancaman  yang penting  oleh klik kroni yang lama bertahan.  Mereka  itu telah ditafsirkan oleh  golongan yang mencemburui masa depan  mereka itu  sebagai  tamak dan haloba,   kumpulan korporat yang sambil lewa, tidak serius berniaga,  angkuh, terlalu bergantung kepada bapa (Dr. M), lembap, rakus,  didalangi (oleh bapa),  kuat rasuah, punyai keistimewaan,  manja dan sengaja  korup.  (Ramai kroni veteran yang  beranggapan ‘Klon M’ ini masih lagi mempamerkan gelagat  itu semua).

Para pengkritik ‘Klon M’  ini mungkin mempunyai kebenarannya. Tetapi, apakah gelagat itu  tidak boleh dirujukkan kepada  mereka juga?    Tentu  boleh,  secara pasca-krisis, ‘Klon M’ dan para kroni semuanya mempunyai ciri-ciri perwatakan  yang seakan-akan  sama,  boleh dikumpulkan setongkang,  dan terlalu memerlukan  bantuan  untuk diselamatkan oleh regim Mahathir.

Masa berterusan, selagi ekonomi terus berkembang dan kuasa politik Mahathir  terus bertahan,  jaringan kroni  itu  menerima masuk ‘KlonM’ sebagai  ahli persekongkolan  mereka. Mereka memang tidak punyai  banyak  pilihan. Anak-anak yang dulunya  bermain di jalan belakang kini mesti ditonjolkan sebagai pemain baru dalam pasukan mereka.  Tidak siapa  yang berani membantah  kerana takutkan padahnya. Bekas timbalan perdana  menteri Anwar Ibrahim  menyedari perkara ini, dan terpaksa menanggung azab kerananya.

Walau bagaimana   pun, ‘Klon M’ meningkat  naik secara perlahan,  berbeza dengan fenomena  yang dialami  oleh anak-anak Suharto.  Pada tahap awalan aktiviti mereka,  telah  dicongak begitu rapi  untuk  tidak menjejaskan jaringan niaga yang sedia ada hingga mencetuskan  perbezaan bersahaja dengan dinasti besar  yang  wujud  di  negara  jiran,   di  Indonesia.  Malahan,  jenis urus niaga yang mula-mula  diceburi oleh ‘Klon M’ dan  yang mereka mahu kuasai  dianggap   perniagaan  yang   lembap dan   tidak menarik.

Pada  waktu yang sama  di bahagian  akhir  awal 1990-an,  tercetuslah   kesenangan kepada perkampungan kroni di mana hampir semua  yang ditaja  oleh kerajaan  adalah merupakan peluang yang sedia  diperolehi. Hak  penswastaan  kepada   perkhidmatan  awam yang asas seperti jalan raya, penyaluran air, pelupusan sampah, tebus tanah,  jana kuasa, penyiaran awam, telekomunikasi,  pembangunan projek mega,  dan  lain lain lagi. Para kroni, tidak kira yang besar  mahupun  yang  kecil, telah berbaris berbondong-bondong   menampung  ihsan  untuk  mendapatkan  projek  usaha sama perindustrian -  seperti  auto,  empangan, teknologi canggih maklumat, industri aerodinamik,  dan banyak  lagi.

Ada pihak yang berpendapat,  kemunculan lewat  ‘Klon M’ itu ada  bersebabnya. Dr.  M  mahukan  mereka  mempelajari selok-belok dunia perniagaan itu dengan  amalan praktikal dulu.  Namun, fM berpendapat itu bukan sebabnya  yang sebenar.  Besar kemungkinan Daim dan  para kroninya serta jaringan  urusan niaganya  belum bersedia lagi  memberi ruang kepada  anak-anak Mahathir  itu. Penyertaan mereka secara mendadak  sudah tentu  akan menggugat  satu perjanjian  Mahathir-Daim yang sudah lama termeterai. Itulah perjanjiannya di  mana  Dr. M berkuasa dalam dunia  politik dan  Daim mengungguli  dunia niaga.

Peluang niaga masih  memihak kepada  mereka berdua,  kerana  lonjakan ekonomi sejagat  telah mampu  memberi  ruang yang secukupnya kepada kedua-dua keluarga  dan jaringan niaga  mereka. Mereka berjaya  bernafas seiring jalan  dan mampu saling bantu-membantu.  ‘Klon M’  akhirnya dijemput turut serta  sebagai sebahagian  kumpulan  geng  dan menerima jemputan  terbuka  untuk  turut serta dalam majlis makan-sebanyak-mana yang  terdaya  oleh kontrak kerajaan dan kemudahan pelaburan  yang disediakan jua. Semua  ini  adalah santapan duniawi  kepada  mereka yang sanggup  membayar harganya dan mengikut rentak ragam peraturan  yang ditetapkan oleh Dr. M sahaja.

Lagipun, kesanggupan untuk menerima penglibatan bersama ‘Klon M’ itu  membuka peluang lagi untuk mendapatkan penyertaan peluang niaga yang lebih istimewa yang  memang tidak mudah diberikan  kepada sesiapa  sahaja.  Sebagai  anak-anak kepada perdana  menteri tentulah  pembabitan mereka itu memberikan banyak bonus  dalam neraca perakaunan  syarikat  yang  melibatkan  mereka. Siapakah  yang boleh menandingi  taraf  kemuliaan mereka? Siapakah  yang  boleh memberikan  jaminan betapa sesuatu  urusan niaga itu akan  ditunaikan, tidak kira berapa kosnya dan apa  pula hambatannya?

KTK10                                            bersambung…..