KLON  DR. M    

Bahagian 3

Projek Gila Di Terumbu Karang

Kita tidak perlu menggembar-gemburkan  banyak perkara. Tetapi, FM (freeMalaysia)  telah  mencatatkan  betapa  Malaysia dan Indonesia  adalah  dua negara  yang mempunyai banyak  perbezaannya  yang besar.  Namun,  korupsi  dan kronisme  subur mewah  di kedua-dua  negara.  Dr. M dan Suharto telah  sengaja menggalakkan  pertumbuhan budaya  yang  jelek  itu. Betapa  anak-anak  Suharto menjadi lebih kaya  raya dan  lebih  besar  ‘power’nya   daripada  anak-anak Mahathir bukanlah  kerana  anak-anak Dr. M  itu  kurang gelojoh dan haloba, tetapi kerana  kekurangan ruang dan  peluang untuk  membalun  harta  rakyat marhaen dan lebih  banyak  saingan  daripada  para kroni yang perlu mereka tandingi.

Namun  demikian,  sebelum  krisis kewangan menghenyak  Asia, ‘Klon  M’  telah mencengkam  lebih  200 syarikat  dalam bentuk pembabitan mereka dalam   lembaga pengarah  kepada    pelbagai jenis  perniagaan. Terdapat beberapa dozen syarikat  yang  tersenarai  di pasaran saham.

Satu contoh   empayar  korporat  yang tersenarai  membabitkan  Klon Dr. M

Name

Company

Shares Held

% Held

Market Value
(RM)

Mirzan bin Mahathir

Suntech

3,917,651

3.10

5,876,476.50

"

CAPE

8,324,674

21.03

30,301,813.36

"

Artwright

2,196,480

11.00

6,940,876.80

"

MBA

12,680,000

32.03

62,385,600.00

"

Amsteel

369,917,248

29.38

323,677,592.00

"

Choc Prod

237,106,545

68.06

239,477,610.45

"

Lion

36,204,000

19.81

101,009,160.00

"

Lion Land

327,196,662

55.15

307,564,862.28

"

Angkasa

94,363,496

64.00

99,081,670.80

"

ACB

24,813,722

33.21

32,257,838.60

"

Konsortium

89,815,535

50.75

291,002,333.40

"

ACF Hldg

57,066,000

30.93

89,022,960.00

"

Posim

173,097,271

85.25

420,626,368.53

 

 

 

 

 

Mokhzani bin Mahathir

THB Ind

1,224,269

2.30

2,962,730.98

"

GBridge

3,200,000

1.57

4,800,000.00

"

Tongkah

21,001,200

13.18

42,002,400.00

"

Pantai

40,992,000

63.24

348,432,000.00

 

 

 

 

 

Mukhriz bin Mahathir

Reliance Pac

5,177,999

5.28

8,388,358.38

Pacific Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mukhriz bin Mahathir

AJIYA

1,306,286

4.98

3,252,652.14

Para pembaca yang  cuba meneliti suasana persekitaran dunia korporat Malaysia tentu  semakin  sedar akan  kegiatan ‘Klon M’ ini.   Para  pembaca yang masih belum mengetahuinya, kami  paparkan di sini sedikit  gambaran  kekayaan  mereka dengan  memulakan sedikit cerita  mengenai   anak bongsu di antara  anak  lelaki yang bertiga.

Mukhriz

Mukhriz dikira secara  umumnya  sebagai yang  paling  membosankan di kalangan mereka bertiga.  Malahan ada yang mengatakan di yang paling ‘ngok’ sekali. Mungkin juga  persepsi ini   merupakan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Mungkin juga  ia  ada kena mengena dengan  urusan niaga awalannya, dan disebabkan  kekecewaan yang dialaminya  itu dulu yang terus  menghantuinya selalu.

Namun, kadangkala  persepsi  umum itu mungkin juga sesuatu yang  amat bertepatan.

Salah satu  usahasama  pertama  Mukriz adalah  satu peranginan tapak yang memberi penumpuan  kepada sukan  skuba (scuba-diving-resort), yang mungkin tidak mampu  dilakukan oleh orang lain melainkan dia itu adalah anak Mahathir.  Bisnes itu    mungkin mendapat bimbingan  ‘Uncle  Freddi’ Hasim Mohamed  Ali  yang pernah dilantik oleh  Dr. M sebagai  Ketua  Turus Angkatan  Tentera Malaysia, dan  sudah tentu  bersedia membantu menyelesaikan masalah  birokrasi dan hambatan mengenai keselamatan negara.

Tapak peranginan itu terletak di  sebuah  pulau  kenit  di sekitar  terumbu Pulau  Layang-Layang,  di  bahagian selatan  Kepulauan  Spratly yang  menjadi isu hangat  diplomatic dan ketenteraan  (di kalangan beberapa negara Asean  dan China  -  penterjemah).  Adalah  amat   sukar  untuk kita memikirkan bagaimanakah   pasukan  tentera laut  negara boleh merasa  selesa dengan  kehadiran sekumpulan  pelancong (terutamanya orang asing) bergurau  senda  di atas  air dan juga  di dasar laut yang jernih membiru di  kawasan  yang dianggap paling hangat dalam keselamatan  negara.  Inilah tempatnya  yang dituntut oleh sekurang-kurangnya enam negara berasingan, ada  yang  sanggup berperang untuk memperteguhkan tuntutan kedaulatan mereka. Kemungkinan  terperamnya simpanan minyak dan gas asli di  kawasan  ini  banyak negara yang sanggup  bersikap lebih degil untuk bertahan, seperti  juga  yang wujud di tempat lain di  dunia ini. (Dalam  hal  ini  kerana projek  itu   urusan anak Dr. M   kehadiran  orang asing yang mungkin merupakan perisik antarabangsa dan kuasa besar,  sengaja tidak  mahu  dipertikaikan-penterjemah).

Daripada  projek  berkongsi tapak niaga   (Layang-layang) dengan  tentera laut,  Mukhriz menggunakan  pengalaman  hal ehwal pelancongan  dengan bergayut kepada sebuah  syarikat yang tersenarai  yang aktif dalam bidang pelancongan serta perhotelan; Reliance Pacific Bhd.  Syarikat ini memiliki  dan menguruskan beberapa rangkaian hotel yang menepati ilham Dr. Mahathir sejak beberapa tahun  yang lalu  sebagai  memenuhi kehendak  pelancongan   tempatan  yang tidak mampu belanja tinggi yang dikenakan oleh hotel berbintang (4-5 bintang) yang banyak bercambah di merata negara. Sesiapa pun bolehlah berkata bahawa Mukhriz lakukan semua itu  untuk ‘daddy’.  FM  sanggup berkata  bahawa ‘daddy’ dan rakan-rakannya yang mendorong semua itu untuk beliau.

Ada  satu  lagi usaha sama Mukhriz yang menaikkan  kening telinga. Ia  merupakan satu  projek  pada  tahun 1992 dengan  seorang  hartawan balak  Tiong  Hew King.  Usahasama  itu diberi nama Optical Communications  Engineering Sdn. Bhd., pengeluar barangan  optical-fiber  (gentian-optik), barangan   untuk revolusi teknologi maklumat yang dirancang oleh Dr. M  untuk digunakan dalam projek-projek di Cyberjaya  (siberjaya). Tidak  sukar  difikirkan siapa  yang dimestikan menggunakan barangan ini  untuk memberikan keuntungan kepada siapa  pula yang mengeluarkannya. Inilah  yang dikatakan jaminan daripada pasaran tetap yang menjadi  stail  perniagaan suku-sakat  Dr.  M.

Namun,  Tiong tidak berapa kisah dengan pulangan  yang lembab itu memandangkan Malaysia  masih lagi  merangkak dalam dunia IT. Sebagai seorang  pedagang balak,  Tiong  yang pernah  menjadi  seorang senator untuk  satu  penggal memang tidak berminat sangat  dengan urusan  niaga yang tidak  memberikan pulangan yang cepat. Kerana  itu  dan mungkin kerana sedikit ‘ngok’ juga, dia mula culas dalam peranan memberikan sokongan kewangan  kepada Opcom yang masih menanggung kerugian  ketika  itu. Tidak lama kemudian,  ibjupejabat  Tiong di Sibu telah diserang  oleh satu  pasukan khas  (Malaysian  Special Branch) dan satu pasukan  penyiasat  daripada   Perkhidmatan  Hasil Dalam Negeri. Tiong cepat bingkas  dan  memahami isyarat  yang jelas sejelasnya  dan terus memenuhi janjinya   kepada  Opcom. Isyarat itu memang amat jelas sekali: Jangan cuba mengada-ngada dengan anakanda beta…….!!!!!

Ada seorang  lagi ahli ‘Klon M’  yang  terlibat  sama dalam  Opcom  ketika  itu. Beliau  adalah anak  lelaki  Dr. M   yang  nombor  dua.

(Catatan Penterjemah:   Mungkin  kita ingat   tulisan MGG Pillai   dan Marhaintua mengenai Pulau Sipadan dan Komander Robot serta  pembabitan Aziz Shamsuddin untuk  membebaskan  pelancong asing yang  dilarikan  ke  Filipina. Masih  ingatkah kisah  bagaimana  radar  negara di perairan Sulu sengaja dimatikan  agar pelarian  itu tidak dikesan? Jadi,   pusat  pelancongan  swasta itu  siapa yang  punya? Betulkah cerita politik  betapa  penculikan itu satu sandiwara  juga?)

KKK10

………….bersambung.