KLON  DR. M     

Bahagian  5

MIRZAN

Mirzan sudah pun berusia lebih 41 tahun.  Dia mengahwini  (satu  perkahwinan yang tidak dipersetujui  oleh ibu bapanya di  tahap awalannya) seorang wanita  yang bersaudara dengan  salah seorang  hartawan terkaya di Asia  Tenggara,  hartawan  Indonesia  Liem  Sioe Liong,  dan  rakan  niaga   kepada adik-ipar   Lee Kuan  Yew.  Hubung-kait ini  semua  tidak  merupakan  kelayakan  untuk  meletakkannya di  bahagian  teratas  tangga kroni,  melainkan  dengan jentikan  seorang  ‘daddy’.

Sebagai  seorang  anak lelaki    sulung,  yang menerima  pendidikan  di  Britain dan  Amerika Syarikat, dan pernah menerima pengalaman bekerja dengan IBM (International  Business Machines)  dan  Solomon  Brothers  --tentunya  banyak  peluang  niaga  dan  usahasama  samada  di peringkat kerajaan  ataupun swasta  yang  disogok kepadanya.  Malahan,  Mirzan  berkedudukan  yang  amt  hampir  menandingi  anak-anak  Suharto   dalam  pembabitannya  bergelumang  dengan  pelbagai kepentingan niaga  sejak  bertahun  lamanya, (sehinggakan ada jenaka  masyarakat KL  yang  menyebut  betapa  Mirzan kerap terlupa  ‘bisnes’  yang  sudah  pun  dipunyainya - penterjemah).   Walau bagaimana  pun  ada  satu bidang  niaga yang  amat  diminati  oleh  ‘daddy’nya  yang diberikannya  tumpuan  sebagai  satu  keistimewaan  -   perkhidmatan pengangkutan  darat, laut  dan  udara -    ada pihak  yang  lebih suka  menyebutnya  sebagai  ‘a complete  logistic solution  -  satu  penyelesaian logistik yang  menyeluruh’,

Perkapalan  merupakan   urusniaga  yang  paling besar bocornya  dalam  dulang akaun semasa negara.  Bertahun  lamanya,  Malaysia yang  banyak  mengekspot, terpaksa  bergantung  kepada  Singapura  untuk  mengangkut  pelbagai  jenis  barangan  pembuatannya  untuk  dieksport,  sehingga  menjejaskan  kos kepada pengeluar Malaysia  dan  mencubit  sumbangan kepada  Keluaran Kasar  Negara.

Jawapan Mirzan kepada keperihatinan ‘daddy’nya   (Ataupun  kepada   arahan  ayahanda  Maharajah) ialah dengan  mewujudkan satu  syarikat pengangkutan  mega    di mana  dia menguasai 72  persen  saham  Konsortium Perkapalan Bhd. (sudah pun bertukar namanya  kini  -  penterjemah) dengan   memulakannya  sebagai  syarikat pengangkutan darat  dan kemudiannya berkembang  melalui  pengambilan   Perbadanan  National Shipping  Line,  sebuah syarikat perkapalan terbesar di Malaysia.

Kerana  memerlukan  dana  untuk membesar,  Mirzan  telah  menyenaraikan Konsortium  Perkapalan  pada 1996, dan menggunakan  dana  yang terbit dari situ untuk  membeli  Pacific Basin Bulk Shipping    dan  kemudiannya  Diperdana  Corp. (Malaysia) yang  satu  ketika  dikuasai  oleh adik  kepada  seorang  bajingan utama  negara,  Tan  Sri  Vincent  Tan  Chee  Yioun.  Kemudian  dia  membeli  pula  lebih  satu  pertiga  saham ‘Transmile  Air Services’ untuk melengkapkan  semua unsur-unsur   perkhidmatan pengangkutan itu, yang  membolehkannya  menguasai  operasi  pelabuhan  dan  urusan   perkapalan di  luar  negara.  Penyenaraian yang  dilaksanakan dan  pembesaran  niaga  itu menyungkit   nilai kekayaan  (networth)  Mirzan  melebihi  RM1 bilion  dan  menjadikan  KPB salah sebuah stok yang amat diminati di Bursa Saham  Kuala  Lumpur.

Kerana masih tidak  puas hati dengan apa yang dikumpulkannya  dalam satu  masa yang singkat, Mirzan  telah  melancarkan  usaha  menyauk  saham syarikat perkapalan  yang  dikuasai kerajaan, Malaysia  International  Shipping  Corp. sehingga  bernilai  lebih  US600 Million (dollar: lebih  satu  billion ringgit   mengikut  kadar  pertukaran  matawang  lama-  penterjemah).  Dengan  kadar  itu, KWSP  tentunya  telah  mengalami kerugian  kerana  membeli saham setakat  30% kepentingan dalam  usaha yang  sama.

Krisis matawang  pun  menghayunkan penumbuk sulongnya.  Ayunan  sulung itu telah  melebamkan  mata Mirzan (yang  tidak ada sesiapa menggari  tangannya  di belakang  -  penterjemah) kerana dari situ  terdedahlah  pintu  gua rahsia  urusniaga  Mirzan selama dulu  dan terlucutlah segala  bayangan  cerita  indah-indah mengenai  urusan  niaga   yang molok-molok  dulu untuk   terus  menghambat  Mirzan dan  mengaibkan  regim Mahathir  hingga ke  hari ini.  Sepatutnya  Mirzan teruskan usaha merangkul  kuasa majority dalam MISC  dengan  bantuan  Petronas yang  dikuasai sepenuhnya oleh bapanya. Sebaliknya  anak sulung  Maharajah  ini  telah membuat  keputusan   untuk mengurangkan bebanan hutangnya  dengan menjual sebahagian besar  asset Konsortium   Perkapalan kepada MISC.   Semua  kerja  putar belit, pintal-memintal, tolong-menolong dan maju  ke depan  dan gostan  ke belakang  yang  dilakukan selepas  itu oleh  kerajaan  menunjukkan  betapa  kerajaan  memberikan bantuan  yang teristimewa  untuk  menyelamatkan putera sulung si maharajah. Apabila sebuah  entity yang dikuasai oleh kerajaan digunakan untuk  mengengsot bebanan hutang yang  mencekik temboloknya,  tentunya  tidak membantu tohmahan akan wujudnya  nepotisme.

“Kecundangnya” Mirzan, seperti  yang digambarkan oleh  satu profail 1998 dalam  The Asian Wall Street  Journal, “telah  terjadi    seperti juga  yang telah terjadi kepada kebanyakan peniaga pilihan  Malaysia  yang lainnya, kerana  terdapatnya terlalu banyak peluang  berniaga  daripada   pengetahuannya  dalam  bidang perniagaan  yang telah  dilanyaknya.”   FreeMalaysia dan banyak pihak lain menganggap  pendapat ini sebagai sesuatu  yang  adil. Tetapi  itu  tidak menyekat  putera sulung di kalangan  ‘Klon M’  itu mengeluarkan  saman terhadap  akhbar harian  di Hong Kong  itu, pencetaknya  di Malaysia  dan  penerbitan lain  yang  telah  menyiarkan laporan  tersebut kerana  fitnah,

Tindakan  menyaman  yang dimulakan  oleh  Mirzan  itu, bertujuan  memberi amaran kepada sesiapa juga  agar  berfikir dua kali  sebelum  menaikkan kemarahannya  dengan  rujukan  yang tidak menyenangkan. Jelas,  ‘Klon M’  sudah menampakkan kematangannya  bergelumang dalam dunia  niaga  kronisme. Mereka sudah pintar  menyerap segala taktik mengugut  dan mengacah, menyerap amalan perniagaan  kumpulan bedebah, dan segala muslihat putar belit  mainan  para  juak yang  ganas dan haloba. Seperti kroni yang  lainnya, mereka  kini sedang  merendahkan  diri sambil   menunggu  masa  dan  ketika  (kalaulah  masih  ada masanya  -penterjemah)  untuk naik tegak  dan segak membalun lagi  apa  yang baru  yang  menjentik nafsu  dan   mengait  selera. Mereka akan  melakukan  itu  semua  dengan  nama ayahanda  Maharaja.


KTK  10
tamat