Kenaikan kadar insurans 300%: Apa tindakan kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua:

Saya terpanggil untuk sama-sama mengajak semua rakan tak kira di mana sahaja berada dalam membincangkan satu isu yang agak hangat iaitu mengenai tuntutan Persatuan Insuran Malaysia (PIAM) yang baru- baru ini menghantar permohonan kepada Bank Negara untuk menaikkan kadar premium insuran sebanyak 300%.  

Ini adalah satu permohonan yang sangat amat zalim kerana pada waktu kita rakyat Malaysia menempuh kenaikan TOL di lebuhraya, kenaikan harga petrol dan segala macam kenaikan harga barangan keperluan. Pada saya, PIAM ini cuba untuk mengambil kesempatan  ke atas pengguna jalan raya yang mana kenderaan merupakan satu keperluan asas kita sekarang. Insuran yang dibayar setiap tahun tidak semestinya kita gunakan, bermakna kalau tidak ada kemalangan yang menimpa, maka bayaran insuran yang dibayar dahulunya akan hilang begitu sahaja. Dalam hal ini mengapa PIAM tidak mahu mengungkitkan perkara ini. Bagi pengguna yang masih lagi membuat pembayaran melalui pinjaman terpaksa pula membaharui insuran dengan "first party" dan tak ada pilihan lain. Insuran asalnya untuk membantu kita jika ditimpa kemalangan. 

Alasan syarikat insuran mengalami kerugian adalah masalah dalaman sendiri. Tak perlu kerugian ditanggung oleh pengguna. Oleh itu, saya menggesa Bank Negara untuk tidak melayan permohonan begini kerana ia akan menjadikan pengguna jalan raya akan menanggung beban untuk menyelesaikan insuran tahunan. Ia juga bolehlah diibaratkan 'mahal tali daripada beruk". Kalau kenderaan lama yang bernilai dua tiga ribu terpaksa pulak membayar hampir seribu setengan untuk insuran sahaja... susahlah. 

Saudara sekelian, saya nak ambil kesempatan juga kepada pihak yang berkenaan, pihak NGO, persendirian, FOMCA agar mengambil perhatian ke atas perkara ini. Kita perbincangkan dalam media elektronik mahu pun media masa yang ada dalam edaran sekarang. Saya amat mengalukan perbincangan ini walau pun melibatkan pihak politik. Jom...kita bincangkan  !!! Boleh kan. 

Daripada : Pengguna jalanraya.