Batalkan sahaja perbincangan mengenai perpaduan Melayu

Alhamdulillah bersyukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan petunjukNya maka pucuk pimpinan PAS telah meminda tarikh perbincangan mengenai perpaduan Melayu yang diharapkan menjadi kenyataan bagi pucuk pimpianan UMNO lebih-lebih lagi Mahathir Mohd. Moga-moga Allah akan memberi petunjuk kepada pimpinan PAS supaya dibatalkan sahaja pejuangan kaum yang sia-sia ini.

Selepas sahaja pengisytiharan pemindaan perbincangan tersebut, maka keluarlah pelbagai kecaman hebat yang dilemparkan oleh pihak UMNO kepada pimpinan PAS. Sudah menjadi kelaziman bahawa UMNO akan mengecam sesiapa sahaja yang tidak mengikut kemahuan dan kehendak demi menguntungakan partinya sendiri. Mereka tidak sedar bahawa di dalam hati mereka tersimpan seketul daging yang busuk lagi berulat yang sentiasa dibawa kesana-kemari bagi menjayakan muslihat yang dirancang semata-mata untuk menguntungkan kroni-kroni mereka..

Maka menggelabahlah semua pimpinan UMNO setelah PAS membuat keputusan tersebut. Tetapi yang peliknya, di dalam akhbar pro-UMNO menyatakan bahawa UMNO tetap mahu meneruskan perbincangan. Nampaknya kali ini UMNO akan terus meraih simpati daripada PAS demi untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap parti lapok itu. Apa kata UMNO berbincang sahaja diantara mereka tentang perpaduan Melayu tersebut memandangkan perpecahan Melayu hanyalah berlaku didalam UMNO sendiri. Eloklah UMNO sesama UMNO sahaja yang berbincang masalah perpaduan tersebut. Cuba kita tengok, padu tak padunya UMNO masa kini.

Demi untuk menyelamatkan parti mereka dan seterusnya untuk menarik semula sokongan orang Melayu terhadapnya, UMNO tetap akan terus mempermainkan isu perpaduan Melayu. Sedarkah kita bahawa sejak bilakah isu Melayu ini timbul ? Sudah tentu semua dikalangan kita sedar bahawa isu tersebut timbul dengan secara berdikit-dikit selepas Pemilu tahun 1999 dimana UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang-orang Melayu yang dahulunya menjadi tiang-tiang bagi menyokong kekuatan mereka. Kini pelbagai iklan-iklan dan kempen-kempen dilancarkan oleh UMNO bagi menarik minat para penyokong-penyokong mereka yang pernah memberi sokongan yang begitu kuat pada masa dahulu. Bagi pimpinan BA serta ahli-ahlinya, saya yakin mereka telah sedar lagi masak dengan perilaku UMNO yang dipimpin oleh Mahathir Mohd yang dari dulunya licik dan terkenal dengan permainan pentas sandiwaranya. UMNO yang dahulunya sukar untuk dijual beli, kini telah menjadi barang dagangan yang begitu murah sekali harganya oleh kerana kesilapan tawar-menawar yang dilakukan oleh seniman veteran UMNO Mahathir Mohd setelah menangkap dan memenjarakan timbalannya hanya kerana ingin menyelamatkan kroni serta kepentingan politik mereka.

Mengapakah perpaduan bangsa lebih diutamakan sedangkan isu agama ditolak kebelakang. UMNO sebagai pemimpin negara, lebih-lebih lagi ramai diantaranya beragama Islam sepatutnya mengutamakan isu murtad yang kini melanda umat Islam di negara ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakkan bagi menangani gejala murtad dikalangan orang Islam lebih-lebih lagi yang berbangsa Melayu. Mengikut jabatan statistik dan perangkaan pada tahun 1989 sahaja seramai 4776 orang Melayu Islam memohon untuk menukar nama daripada nama Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar daripada Islam. Mengapakah kes-kes seperti ini dipandang ringan oleh UMNO ? Mengapa tidak diajak berbincang mengenai isu-isu seperti ini. Adakah isu perpaduan Melayu lebih penting daripada isu orang Melayu Islam yang keluar daripada agamanya. Banyak kes-kes seperti ini ditutup dan diselindungkan oleh pihak-pihak tertentu demi menjaga perpaduan kaum dan lebih tepat lagi dikatakan oleh Mahathir Mohd negara kita bebas beragama, masing-masing boleh memilih agama mereka. Kenyataan bodoh tersebut menunjukkan bahawa perdana menteri kita tidak lansung mengambil berat terhadap isu agama. Orang Melayu beragama Islam dibiarkan sahaja mereka menukar agamanya. Apakah ini yang dikatakan negara Islam yang selama ini dimegah-megahkan oleh Mahathir Mohd mengikut undang-undang dan lunas-lunas Islam yang sebenarnya ? Mahathir Mohd tidak perlulah lagi kamu berbicara tentang perpaduan Melayu, sepatutnya perpaduan Islamlah yang lebih utama daripada perpaduan bangsa yang tidak sepatutnya dimegah-megahkan. Janganlah cuba menipu kami dengan isu-isu lapok seperti ini. Cubalah kamu membuat amalan yang sepatutnya diperintahkan oleh Allah S.W.T daripada kamu sibuk untuk menyelamatkan bangsa Melayu UMNO kamu itu. Bukan kami tidak tahu daripada mana asal kamu. Ingatlah wahai Mahathir Mohd, bahawa maut semakin menghampiri kamu, bertaubatlah sebelum bertemu dengan Allah yang Maha Esa. Tahukah kamu berapa lama lagi kamu akan hidup ? Janganlah kamu menjadi seperti Kamal Attartuk serta Firaun yang mati dengan cara yang hina lagi menghinakan dan janganlah kamu bertuhankan diri kamu wahai Mahathir Mohd. Sesungguhnya tiada kuasa yang kekal dialam fana ini melainkan Allah yang Maha Esa.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

REFORMASI REFORMASI REFORMASI

"Anak Reformis Melaka"