Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Penang pada 18 Februari 2001


Menteri-menteri MCA harus menjelaskan sama ada penahanan 50 orang peserta “Walkathon Mempertahankan Sekolah Damansara” oleh polis di Kuala Lumpur pagi ini adalah atas desakan MCA

Saya telah menerima laporan bahawa polis telah menahan 50 orang peserta “Walkathon Mempertahankan Sekolah Damansara” yang bermula dari Red Rose Youth Centre, DAP Bukit Bintang di Kuala Lumpur pagi ini.

Kira-kira seratus orang mengambil bahagian dalam walkathon itu untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen mempertahan SJK © Damansara dan sementara inginkan kerajaan membina sekolah rendah Cina baru di Tropicana dalam masa lapan bulan.

Tindakan polis terhadap peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam jumlah dua orang dan ini bukan “perhimpunan haram” di bawah undang-undang, adalah luar biasa, terutamanya polis mendapat publisiti yang buruk sama ada tempatan atau antarabangsa, atas tindakan mereka terhadap perhimpunan aman di Kubang Pasu, Kuala Lumpur atau penyiasatan Suhakam.

Saya tidak percaya polis akan bertindak terhadap perserta-peserta itu kerana ini akan menjejaskan imej sebagai kawan rakyat, kecuali mereka bertindak di bawah arahan tertentu.

Menteri-menteri MCA harus menjelaskan sama ada penahanan itu adalah atas desakan atau cadangan MCA supaya menamatkan kempen mempertahan Sekolah Damansara yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia dan menjadi “isu hangat” MCA.

Jika MCA tidak berkaitan dengan penahanan polis, maka Menteri-menteri MCA harus mengutuk penahanan itu dan meminta di Kabinet supaya polis meminta maaf dan membatalkan semua penahanan itu serta memberi jaminan bahawa polis akan mempertahan semangat demokrasi dan tidak akan campur tangan dalam kempen mempertahan Sekolah Damnsara.