MINGGU REFORMASI DI KEDAH

Minggu ini rakyat Kedah telah menyaksikan sendiri kezaliman dan keganasan anjing-anjing kurap yang bertindak liar tanpa mengambilkira kepentingan awam. Jika sebelum ini adegan-adegan ganas yang sedemikian hanya diheboh-hebohkan berlaku di KL, kini ianya berlaku di hadapan mata masing-masing. Bukan itu sahaja bahkan mereka turut menerima habuan yang sama........semburan air asid dan tembakan gas pemedih mata. Peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku di negeri PIEM ini sebenarnya lebih banyak memBANTU daripada memBANTUTkan kesedaran dan kebangkitan rakyat khasnya di Utara ini. Lebih penting lagi semakin ramai pula pengikut-pengikut menoTOTOK yang berpaling tadah. Segala-galanya bermula di KUBANG PASU.........

*****KUBANG PASU, 14 Feb.2001*****

Program ceramah anjuran keADILan Kubang Pasu pada 14 Feb. yang lalu sepatutnya tidak banyak berbeza dengan program-program BA yang lain. Cuma sedikit keistimewaan yang mungkin terdapat di dalam program itu adalah acara penyerahan lebih 300 borang kemasukan ahli-ahli meno ke dalam keADILan. Namun serangan anjing-anjing kurap yang amat tidak diduga itu telah mengubah segala-galanya. Program yang biasa telah bertukar kepada luar biasa dan menjadi buah mulut orang sehingga ke saat ini.

Kemunculan ketua balai anjing Jitra, AK(Anjing Kurap) Abu Talib, di atas pentas ceramah telah menjadi titik permulaan kepada peristiwa hitam itu. Beliau telah membuat pengumuman supaya bersurai dengan bahasa yang amat kasar sekali. Katanya.....'sila bersurai, jika tidak kami akan gunakan kekerasan!' Padanlah dengan mukanya apabila Sdr. Lokman yang turut berada di atas pentas memanggilnya secara terbuka sebagai PESURUH MAHATHIR dan mengusirnya dari atas pentas seperti anjing kurap (sah dah!).

Satu pemandangan yang tidak dapat dilupakan pada malam itu adalah tindak balas para hadirin yang terdiri dari orang-orang kampung terhadap anjing-anjing bangsat itu. Mereka telah mencapai batu-batu yang ada dan membalingkannya ke arah anjing-anjing itu sambil menyumpah seranah.......saling tak tumpah seperti babak pertentangan orang-orang Palestin dengan rejim Israel seperti yang ditayangkan di dalam televisyen.

Di dalam suasana yang kelam kabut dan gelap itu, anjing-anjing kurap mengambil kesempatan memukul orang ramai secara membabi buta. Ramai yang cedera dan terjatuh ke dalam parit. Rumah-rumah pengikut menoTOTOK yang memberi perlindungan kepada orang ramai tidak terlepas dari menjadi sasaran. Hasilnya, tindakan gila yang tidak mengenal kawan itu telah mengundang lebih ramai lagi musuh Madey. Seorang tua yang merupakan penyokong  totok meno di kampung itu berkata.......'Dulu Madey buat kat Tunku Abd.Rahman......aku boleh terima......Madey buat kat Tun Hussein Onn........aku boleh terima lagi......Madey buat kat Anwar Ibrahim......pun aku boleh terima.......TAPIIIII.....bila Madey buat kat kampung aku.....itu aku tak boleh terima!!!'.

YB Saifuddin Nasution sendiri menceritakan bagaimana beliau secara tidak sengaja telah memasuki rumah pengikut totok meno untuk berlindung. Menyedari hal tersebut, beliau lantas berundur tetapi segera ditahan oleh tuan rumah tersebut. Tuan rumah yang jelas amat terkejut dan marah dengan kejadian itu telah mengisytiharkan untuk keluar dari meno pada malam itu juga. ALLAHUAKBAR!

Kemarahan dan dendam rakyat Kubang pasu tidak berhenti setakat itu sahaja. Langkah segera diatur untuk mengadakan satu majlis baca Yasin dan solat hajat di tempat yang sama.......kini dipanggil Dataran keADILan... pada 22/2/2001 ini. (Alhamdulillah -webmaster) Seterusnya program ceramah besar-besaran akan diatur di tempat yang sama di dalam masa yang terdekat ini dengan kerjasama beberapa pihak yang bakal menjadi kejutan kepada Madey. Kali ini pepuak anjing kurap amat dialu-alukan untuk hadir sama.......ramai yang sudah gian gas pemedih mata dan air asid itu. Datang..... jangan tak datang tau......kita jumpa di sana, di sana, di sana!

Bayangkan seramai lebih 10,000 orang yang hadir pada malam peristiwa hitam itu pasti pulang menceritakannya pula kepada saudara-mara dan jiran-jiran. Bukankah ini bermakna jumlahnya akan menjadi berlipat-lipat kali ganda pula?? Kalau begini gayanya........KUBANG PASU tiada tempat lagi BUATMU SI HIDUNG BESAR!!

*****KULIM, 17 Feb.2001*****

Belumpun reda kisah di Kubang Pasu, keADILan Bahagian Padang Serai pula menganjurkan satu program ceramah politik yang membariskan penceramah-penceramah seperti YB Saifuddin Nasution, YB Azmin Ali dan Sdr. Ezam Mohd.Noor. Program ini sememangnya telah lama dirancang dan keADILan bahagian Padang Serai telah membuat segala persiapan yang sepatutnya. Namun apabila tiba hari program, permit tidak diluluskan. Kesombongan dan keangkuhan pihak anjing kurap begitu terserlah apabila rayuan dibuat bagi mendapatkan permit..........salah seekor anjing telah menempelak.....'Kejadian di Kubang Pasu tempoh hari hanya sebagai permulaan dan jika ceramah tetap diteruskan di Kulim, satu pertumpahan darah akan berlaku!'.

Demi untuk menggagalkan program tersebut, berduyun-duyun anjing-anjing kurap berkeliaran di tapak program di Kampung Sera, Sungai Ular, Kulim pada pagi 17 Feb itu. Ibu kepada tuan tanah telah diugut dan setiap masa mereka meronda di kawasan tersebut. Di sebelah malam pula mereka menutup jalan ke tapak ceramah dan menyekat orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah.

Apa yang tidak disedari oleh anjing-anjing kurap yang ternyata amat TOLOL itu adalah pihak penganjur telah beralih kepada plan B mereka iaitu mengadakan ceramah di perkarangan pejabat ADUN Lunas di Kelang Lama, Kulim. Selepas waktu Maghrib, persiapan segera dibuat di tapak baru dan berkat kecekapan para petugas ramai juga penyokong-penyokong yang dapat dihimpunkan. Pertukaran lokasi ceramah di saat-saat terakhir sedikit sebanyak telah berjaya mengelirukan anjing-anjing kurap yang telah lebih awal berkubu di Sungai Ular.

Sekitar jam 10.15 malam, sewaktu ceramah sedang berlangsung, ketua balai anjing Kulim telah membuat pengumuman agar semua bersurai. Serentak dengan itu sorakan Reformasi dan laungan takbir bergema tetapi segera ditenangkan oleh pihak penganjur. Namun ternyata kali ini nada pengumuman yang dibuat lebih sopan dan pihak penganjur diberi pula masa sehingga pukul 10.45 malam untuk menamatkan program. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pada malam itu. Yang menariknya, penyokong-penyokong dari Kubang Pasu turut hadir pada malam itu. Penangan gas pemedih mata dan air asid rupa-rupanya telah menjadikan mereka 'ketagihan'. Masing-masing begitu ternanti-nanti siaran ulangan peristiwa di Kubang Pasu beberapa malam yang lepas. Namun Kulim masih belum tercemar malam itu.......

*****KULIM, 18 Feb.2001*****

Perbicaraan Kes Pengundi hantu pagi itu telah menarik ribuan penyokong untuk hadir memberikan sokongan. Suasana begitu meriah dan ceria dengan penyokong-penyokong BA yang datang dari serata negeri. Tidak ketinggalan teman-teman yang sama-sama bertugas semasa pilhan raya kecil Lunas tempoh hari berpeluang bertemu semula dan bertukar-tukar cerita. Penyokong-penyokong dari Kubang pasu tetap tidak mengecewakan. Semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para penyokong dari Kubang Pasu itu menjadi inspirasi kepada para penyokong setia BA yang lain.

Lebih kurang jam 10.15 pagi, tercetuslah perkara yang dijangka akan berlaku pada ceramah di Pejabat ADUN LUNAS malam semalam. Seperti di dalam skrip, puak-puak anjing bangsat itu jugalah yang memulakan babak tegang. Seekor SB betina secara tiba-tiba cuba menarik seorang reformis wanita yang sedang memegang sepanduk yang bertulis....'AKTA POLIS ZALIM!'. Maka segala-galanya pun berlaku seperti yang telah diketahui umum.

Apa yang menarik dan agak berbeza pada kejadian kali ini adalah beberapa peluang keemasan yang tidak dilepaskan oleh para penyokong BA yang hadir di antaranya :

1) Kesempatan menendang sekuat-kuat hati di bahagian perut SB betina oleh seorang reformis wanita yang cuba ditahannya. Kekuatan tendangan itu khabarnya boleh membawa kepada sesuatu yang serius.....kalau tak pun..... MANDUL! He,he......dalam pada itu reformis wanita itu berjaya pula meloloskan dirinya berkat pertolongan rakan-rakan yang lain.    

2) Tindakan berani sebilangan penyokong yang melontar semula beberapa biji canister gas pemedih mata ke arah anjing-anjing kurap itu. Hasilnya anjing-anjing itu pula yang menangis kepedihan dan kelam kabut.......tak biasa katakan!   

3) Seorang reformis yang sedang melintasi jalan dengan tiba-tiba ditumbuk dari belakang oleh seekor anjing kurap berpakaian anjing trafik. Tanpa diduganya, reformis yang berkepakaran silat itu sepantas kilat menghadiahkan penangan tumbuk berbisanya di muka anjing itu. Dendamnya tak berkesudahan.....   

 4) Tindakan bijak penyokong-penyokong yang membuka penghadang jalan yang diletakkan oleh anjing-anjing kurap telah menyebabkan kenderaan-kenderaan memasuki jalan sehingga penuh sesak. Ini telah berjaya menghalang trak wator canon dan trak-trak anjing yang lain dari terus mara ke arah penyokong yang telah berundur ke dalam pekan.

Kepada anjing-anjing kurap yang bernama SRI PANJI, YUSUH, KHAMIS  dan WATI........bersedialah kamu untuk dilondehkan pula pada satu hari nanti........masanya semakin hampir!!

*****SUNGKAP PARA, SG.PETANI, 18 Feb.2001*****

Keletihan bermain dengan anjing-anjing kurap di sebelah siang di Kulim pada hari itu tidak langsung menjadi penghalang  untuk hadir ke program ceramah anjuran keADILan Bahagian Merbuk pula pada malam itu. Ketiadaan permit menambahkan lagi daya penarik untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Dimaklumkan bahawa penduduk kampung tersebut telah menjadi penyokong kuat kepada meno sejak 40 tahun yang lalu. Itulah pertama kali pihak pembangkang berjaya menembusi kampung itu dengan program ceramah.

Beberapa kilometer sebelum sampai ke tapak ceramah, kami berselisih dengan beberapa buah trak'wator canon' dan trak anjing-anjing kurap yang berderetan di tepi jalan. Sekatan jalan raya turut dibuat dan setiap kenderaan yang lalu diberi amaran tentang risiko menghadiri program yang tidak diluluskan permitnya.

Kehadiran orang ramai boleh dibanggakan walaupun ramai lagi yang telah disekat dari memasuki tapak ceramah. Ucapan dari Sdr. Gobalakrishnan cukup memberangsangkan sekali. Beliau tanpa berselindung telah mengecam dan mengutuk tindakan kejam anjing-anjing kurap di Kulim pada pagi itu. Ketajaman dan kepedasan ayat-ayat yang dilontarkan terhadap anjing-anjing kurap telah berjaya membuatkan SB-SB yang hadir sama tidak senang duduk. Beberapa pasang SB bangun satu demi satu meninggalkan sessi ceramah yang sedang hangat itu.

Ceramah penutup oleh YB Azmin juga tidak kurang hebatnya. Sasaran utama masih berkisar tentang anjing-anjing kurap Madey. Namun sehingga pukul 12.00 malam, tiada sebarang gangguan berlaku dan semua bersurai dengan aman. Nampaknya makan gaji buta sahajalah anjing-anjing kurap itu pada malam itu atau mungkin trak 'wator canon' mereka telah kehabisan air akibat penggunaan yang berlebihan di Kulim pagi tu!

Begitulah 4 peristiwa yang telah ditempuhi oleh para penyokong BA di Utara sepanjang minggu ini. Tua, muda, kecil dan besar telah merasai bahang REFORMASI yang semakin membara lantaran 'silap langkah' oleh anjing-anjing yang menerima arahan dengan otak yang kosong. Sesungguhnya peristiwa di Kubang Pasu dan di Mahkamah Kulim tidak akan dapat dilupakan oleh para penyokong BA di Utara. Kali ini terbukti tiada sesiapa yang dapat menyekat kebangkitan rakyat..........segala-galanya bermula di KUBANG PASU!

LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

Kak Id 2000