Jangan salahkan PAS seandainya...

From: "mat jai" <******@hotmail.com>
To: alimuda@hotmail.com
Subject: PAS@Perpaduan(?)
Date: Sun, 11 Feb 2001 07:55:49 +0800

Assalamualaikum Ustaz,

Isu perpaduan, perpecahan sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu sekarang. Apa yang saya pasti lain punya bangsa bertepuk tangan dengan situasi ini. Pas/BA tuduh BN yang menjana perpecahan dan BN pun kata sebaliknya, tapi kat tempat/kampung saya nun di Kedah, apa yang saya amati perpecahan melayu di sesetengah kawasan semakin terserlah dan ini amat merunsingkan saya.

Saya boleh di katakan pemerhati sahaja,  ini  bermakna cerita ini bukan saya reka .........tapi saya pasti perpecahan melayu di sini adalah DIJANA oleh penyokong PAS, sebabnya........

Apakah yang mereka (ahli PAS) ingin buktikan kepada masyarakat kiranya sembahyang sunat Terawikh diadakan di markas yang baru 2 tahun di bina sedangkan ianya terletak di antara Surau dan masjid yang jaraknya tidak sampai 1.5 km?????  Bukankah dengan berjemaah beramai-ramai adalah lebih afdal. Apa yang menterkilankan saya lagi markas ini terletak betul2 di simpang masuk kampung saya yang mana terdapatnya masjid tersebut dan akan menimbulkan persoalan kepada orang yang lalu lalang di jalan ini. Apa yang pastinya di sini sudah menunjukkkan sikap berpuak2 tanpa sebab yang munasabah.

Keduanya,apakah yang lebih utama? ugama atau parti? Kalau pas dan bn mengutamakan ugama pasti perpaduan tidak akan tergugat. Kalau kenduri-kendara pun masih lagi mahu dipulau, kalau pulau sorang2 dia takpa jugak , ni siap kempen ajak ahli pas yang lain suruh pulau kenduri kahwin tu.....

Saya nak tahu komen ngan ulasan ustaz aja tentang perkara ni. Kita kalu boleh nak jernihkan apa yang telah kita semua keruhkan. Islam adalah ugama yang menyeru perpaduan, tapi kebanyakan kita telah mengangkat parti melebihi agama, biar sapapun kita pas, BA ataupun BN  kita adalah melayu yang mestilah BERSATU dengan  ikatan Tali ISLAM, Islam adalah bersaudara......

Ustaz, tolong sampaikan kepada semua saudara kita yang islam adalah lebih dari parti bukannya parti mengatasi agama.....

Andai tersalah cakap harap di perbetulkan dan saya mohon kemaafan.

  Sekian.


Penjelasan Ustaz Ali Muda


Wa`alaikum salam warahmatuLlah.

Baguslah saudara agak peka dengan perkembangan umat Islam/Melayu di Malaysia kini, w/pun analisis saudara ttg sebab perpecahan Melayu itu agak singkat dan tidak berpijak kepada dasar atau punca perpecahan.

Saudara nak tahu komen saya, maka saya bersedia memberi komen. Pada pendapat saya, adalah salah jika saudara menuduh ahli2 Pas sahaja sebagai PENJANA perpecahan Melayu. Saudara berhujah dengan beberapa tindakan seperti solat terawih di tempat berlainan, tak hadir kenduri dsb…

Saya nak tanya saudara kenapa mereka (sesetengah ahli Pas) bersikap begitu? Apa yang mereka tak puas hati dengan orang Umno? Apakah logik, mereka bertindak begitu sebg suka2 sahaja tanpa sebab? Dlm saya menyoal ini, bukan bermakna saya mengatakan tindakan mereka itu betul. Saya pun bukan bersetuju dengan semua tindakan mereka. Tetapi saya nak ajak saudara dan orang2 lain berfikir dan mencari punca sebenarnya masalah itu berlaku. Dah kenal punca baru boleh selesaikan masalah.

Apa yang saya nampak, puncanya ialah ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang diterajui oleh Umno. Maka semua orang yang menyokong tindakan2 kerajaan pimpinan Umno pun terlibat sama, pada pandangan mereka. Memang begitu, kalau tak disokong, Umno tak akan bermaharajalela begitu.

Apa yang mereka tak puas hati dengan kerajaan pimpinan Umno? Terlalu banyak!!! Saya tak tahu semua sejarah pertentangan Umno-Pas. Tapi setakat yang saya ingat, banyak kezaliman yang dilakukan oleh Umno atas nama kerajaan. Pada pemimpin dan orang Umno, perbuatan mereka itu tak zalim, sebab tak kena pada mereka.

Tak zalimkah, pengikut Pas yang tak bersenjata selain parang ditembak mati di Memali? Semua orang Memali nampak dan tahu cerita sebenar (termasuk polis), tapi yang ditayang kat TV lain pula. Lepas tu, perbicaraan untuk membela mereka yang jadi mangsa kekejaman itu tidak dijalankan atau ditangguhkan beberapa kali sampai hari ini.

Tak zalimkah, lain orang yang punya angkara bawa isu perkauman 1987, pemimpin Pas pula yang kena tangkap dlm Ops Lalang? Sebaliknya, kenapa orang2 Umno sendiri yang menjaja isu perkauman sampai hari ini tak pernah ditangkap atau didakwa? Kenapa pemimpin Umno yang menghasut tidak ditangkap dan didakwa?

Adilkah, semua channel TV digunakan untuk memburukkan Pas, begitu juga akhbar2 perdana/harian, dlm kedaan Pas tidak berupaya dan tak diberi ruang langsung untuk bersuara di Tv, radio atau akhbar harian? Apakah orang Umno yang menyokong perbuatan zalim dan tidak adil kerajaan pimpinan Umno itu boleh menafikan hakikat ini? 

Adilkah, suara Pas yang diberi 2 kali seminggu itu melalui Harakah yang miskin itu, dicekik lagi menjadi 2 kali sebulan atas alasan menfitnah dan menghasut? TV, radio dan akhbar kawalan Umno/BN tak menfitnah dan menghasuntukah? 

Adakah benar Harakah menfitnah? Ataupun perkara yang disiarkan Harakah itu benar, tapi tidak diberi ruang untuk membuktikan sahaja? Semua orang tahu ia benar, tapi ruang pembuktian tidak diizinkan. Kalau benar Harakah menfitnah semata-mata tanpa sedikit asas kebenaran, tak usah dilarang beli, orang melayu dengan sendirinya akan menolak Harakah. Tapi kenapa penerimaan masyarakat (termasuk selain Melayu) semakin meningkat?

Selain yang berkaitan secara langsung dengan Pas, sebagai orang Islam, orang Pas juga menangisi kezaliman terhadap saudara Islamnya yang lain, w/pun bukan ahli Pas seperti saudara Anwar Ibrahim. Orang Pas nak kan hukum al-Quran jika benar Anwar meliwat, seperti mana mereka juga hendak melihat orang yang membuat tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar dihukum juga mengikut hukum al-Quran jika gagal membuktikan (secara syariah) tuduhan terhadap Anwar. Tuduhan terhadap Anwar gagal dibuktikan secara sivil, apatah lagi secara syariah? Tapi Anwar dihukum juga. Tak zalimkah itu? Hanya orang Islam dlm Umno kata tak zalim!!! Maka patutlah orang Umno dibenci orang Pas. Membenci orang yang bersekongkol dengan orang zalim adalah dituntut oleh agama, benci kerana Allah s.w.t. Dlm al-Quran ada ayat yang bermaksud: " Dan jgnlah kamu cenderung kepada orang zalim, nanti kamu disentuh api neraka…" Orang Pas tak mahu disentuh api neraka, sebab itu mereka membenci orang Umno yang setuju dengan orang zalim. Tapi orang Umno banyak dalihnya untuk tidak menerima hukum al-Quran. Mereka ditipu oleh ulama mereka yang jahat dan mengejar dunia, kononnya hukuman ke atas Anwar itu adalah Qadha' dan Qadar Allah s.w.t. Ini adalah fahaman mazhab sesat al-Jabariyyah yang pernah berlaku di zaman awal Islam. Apa2 saja kejahatan yang dilakukan, "takdir" kata mereka. (Tapi bila Tuan Guru Hj Hadi kata seperti itu kepada orang yang dipecat di Terengganu selepas Pas memang, orang Umno tak boleh terima pula.) Pada orang Umno, kononnya kalau Anwar benar tak liwat, takkanlah dia dihukum! W/pun juak2 Umno tu pun tahu bagaimana pihak pendakwa di bawah kawalan pemimpin Umno berhempas pulas nak menuduh Anwar sehingga tuduhan diubah-ubah beberapa kali.

Adakah adil wang royalti yang tertulis dlm perjanjian sebg "royalti" diubah menjadi wang ihsan sebaik saja Pas dapat Terengganu? Sedangkan itulah juga bentuk perjanjian dengan Sabah dan Sarawak. Kenapa di sana tak jadi wang ihsan pun? Kalau benar Umno ikhlas dlm dakwaan mereka, kenapa tak ubah royalti itu kepada ihsan semasa BN memerintah lagi? Sifat siapakah yang suka melanggar perjanjian ini??? Adakah itu sifat orang Islam sebenar???

Itulah antara ketidak puasan hati Pas terhadap Umno, yang lain banyak lagi. Tak larat dah nak senaraikan semua sebab banyak sangat. Dengan kejahatan , kezaliman dan ketidak adilan kerajaan pimpinan Umno terhadap pihak yang dinamakan pembangkang, apakah saudara nak harapkan orang2 Pas nak berbuat baik terhadap orang yang sepak, terajang, sekeh, buli, tinju, maki dll terhadap mereka. Mereka juga ada hati perut, ada perasaan, ada maruah. Mereka tu juga orang Melayu, kalau benar dan ikhlas Umno kata mereka nak bela nasib Melayu.

JADI, jgn salahkan orang2 Pas sahaja bila mereka tak berbaik dengan orang Umno. Jgn saudara nak harapkan mereka pergi ke masjid yang AJKnya orang Pas dipecat semata-mata kerana mereka orang Pas, w/pun yang memilih mereka dahulu adalah ahli kariah masjid itu.

Kalau saudara nak nasihatkan orang Pas supaya berpegang dengan tali Allah, baik saudara nasihatkan dulu orang Umno tu supaya bertaubat drp melakukan kezaliman, ketidak adilan terhadap Pas.

Saya tak nak bela sangat apa2 yang kurang baik pada mata masyarakat, dilakukan oleh orang Pas. Tapi saya juga tak boleh paksa mereka berbuat baik kepada orang yang pernah dan masih berbuat jahat kepada mereka. Maka saya amat bersetuju bila Pas mengenakan syarat2 seblm bertemu dengan pemimpin Umno untuk bincangkan perpaduan. Maknanya tu, Umno dah nak insaf atau bertaubat. Orang yang nak bertaubat kena mintak maaf dulu dan memperbaiki dulu kejahatannya sebelum diterima taubatnya. Kalau tidak, itu taubat main2 namanya. Tak ikhlas dan hanya nak pasang perangkap yang seterusnya.

Kalau saudara nak nasihatkan Pas supaya utamakan agama di atas parti, nasihatkan dulu supaya Umno utamakan tuntutan agama di atas parti sekularnya. Antara tuntutan agama ialah jgn berlaku zalim, perbaikilah perbuatan jahat, meminta maaf dan sebagainya.

Adakah saudara boleh terima komen saya ni setelah saudara minta saya komen? Saudara dah faham ke belum sebab2 perpecahan itu? Kalau dah faham, cadangkan kepada sahabat2 saudara supaya settle kan dulu sebab2 perpecahan itu.

Sekian, wassalam.