NAMA TUANKU TERUS DIPERGUNAKAN……

Malang terus menimpa Istana Kelantan,…..minggu lepas rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan taburan surat layang yang telah diletakkan diseluruh masjid-masjid dalam Kota Bharu. Inilah orang kata….kalau dah Tuhan nak tunjuk ,…dengan jelas surat tersebut mengatakan bahawa ada satu permohonan tanah telah dibuat oleh satu syarikat yang kononnya dipunyai oleh pemimpin PAS… tetapi oleh kerana TIDAK MENDAPAT RESTU ISTANA….maka permohonan tersebut telah ditolak.

Cerita yang telah didedahkan ini samalah dengan cerita yang telah disebut oleh Dato Wan Mohamad Wan Konok, Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan, (TSUK) (Pembangunan) dan Dato Yussof Noh, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dalam satu perjumpaan dengan semua Tok-Tok Imam di Istana Balai Besar baru-baru ini, betul-betul cerita yang sama… macam orang sama yang buat surat layang tuuuu…..

Tetapi dengan kuasa Allah SWT…cerita ini telah menunjukkan satu bukti yang amat jelas kepada seluruh rakyat Kelantan… bahawa nama baik Tuanku terus digunakan oleh Dato Wan Mad sendiri….sehingggakan rakyat Kelantan tertanya-tanya:???

-                     Bila Pulak Tuanku jadi Pentadbir Tanah…???

-                    Bila Pulak Tuanku yang luluskan permohonan tanah ???

-                    Jadi…semua kelulusan tanah sebelum ini memang perlu mendapat restu dari Istana dulu??

-                    Siapa pulak yang tunjuk kat Tuanku…semua permohonan tanah??

-                     Kalau gitu !! rakyat akan kata.…memang betullah Tuanku campurtangan dalam urusan tanah dan Kerajaan Negeri..???

Inilah…kalau Tuhan nak tunjuk ..kepada rakyat Kelantan…dia (TSUK) sendiri yang buka kesalahan yang dia buat dan dia sembunyikan….

AmpunTuanku….Sembah Patik Harap Diampun…patik rasa…sudah sampai masanya Tuanku ambil tindakan….jangan sampai Pegawai Tuanku sendiri terus-menerus ….mengggunakan nama baik Tuanku…Ampun Tuanku….rakyat  ingin melihat Tuanku Selamat bersama Kerajaan Kelantan sekarang. 

Hamba Tuanku


Nota webmaster: 
Jika betul semua maklumat ini jelaslah kepada kita bahawa politik UMNO Kelantan (amnya politik UMNO hari ini) walau pun sudah mencapai setengah abad, masih tidak matang dan terikat dengan perangai membalas dendam dan politik sempit. 

Kalau benar pemimpin PAS yang minta tanah, apa sangkut mangkutnya dengan Tuanku Sultan Kelantan? Keputusan atau penolakan sesuatu permohonan terikat di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) kerana saya percaya TG Nik Aziz tidak akan menggunakan kuasa vetonya sebagai Menteri Besar untuk mengaut harta rakyat Kelantan ke kantung parti PAS atau ke poket pemimpin PAS, sebagaimana yang terjadi di negeri-negeri pemerintahan BN yang lain. 

Pendedahan ini kononnya akan mengubah minda rakyat Kelantan untuk menyalahkan kepimpinan PAS negeri atas ketamakan mereka kepada harta dunia. Tentu fakta ini tidak benar kerana perjuangan yang ikhlas fisabililLah tidak mengizinkan ini semua berlaku. 

Sebagai perbandingan di negeri-negeri lain melakukan rompakan harta rakyat (mahu dipanggil sahaja semua pemimpin UMNO/BN) perompak). Pemimpin UMNO/BN naik berang bila Mahfuz sifatkan mereka 'pencuri'. Kepada saya pencuri itu tak berbaloi melainkan perompak dan penyamun atau yang lebih dahsyat lagi. 

Paling terbaru saya dapat maklumat sebanyak 50,000 ekar tanah hutan simpanan dara di daerah Hulu Perak akan diwartakan terkeluar dari hutan simpan atas nama pembangunan anak negeri dikenali sebagai 'Ladang Pahlawan/Ladang Rakyat'. Bayangkan jika setiap ekar memberikan pulangan lumayan RM500,000 kepada mereka yang bernasib baik mengeluarkan kayu-kayan di kawasan ini berapakah jumlahnya untuk 50,000 ekar ini? 

Jumlah RM25 bilion atau sekurang-kurangnya RM20 bilion pasti dikutip dari hasil kayu kayan akibat penubuhan ladang tersebut. Dan sah maklumat ini bahawa wang ini adalah untuk UMNO Perak melobi dan merasuah sesama mereka dalam pemilihan agung UMNO bulan April atau Mei akan datang. 

Saya akan cuba mendapatkan maklumat selanjutnya dari pihak tertentu dan kita sudah bersedia untuk mendedahkan satu lagi siri rompakan oleh UMNO/BN ke atas harta negeri/rakyat dan tidak wajar mereka ini digelar pencuri, melainkan penyamun dan perompak serta lanun yang bermaharaja lela merompak dan membalun harta negara untuk kuasa politik sempit serta mengekalkan gundek yang ada!! ~ Webmaster