KAWASAN RAIS YATIM TIADA AIR

Saya adalah di antara penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Jelebu yang diwakili oleh Dato' Rais Yatim. Apa yang malang bagi kami khususnya di kawasan Kampong dan Pekan Baru Simpang Durian, Kg Jerang, Kg Mentaus, Kg Sg Buluh, Kg Lakai, Kg Juntai, Felda Pasoh serta beberapa kawasan berhampiran adalah hampir seminggu kawasan kami terputus bekalan air. Ini adalah disebabkan Loji Pembekal air dikatakan sedang dibaiki.

Namun, adakah sebab itu maka kami terpaksa bersusah payah dengan ketiadaan air? Memang ada bantuan bekalan air yang diberikan, tapi sekadar mencukupi untuk kegunaan memasak dan minum sahaja. Kami terpaksa mencari sungai atau mana-mana sumber air untuk kami membasuh pakaian setiap hari. Di mana yang dikatakan kecekapan pihak swasta di dalam pengendalian air ini? Bukan sedikit kawasan yang terlibat dan bukan sekejap kami merasai kesulitan ini. Mungkin Dato' Rais Yatim tidak tahu kerana beliau selalu sibuk di Kuala Lumpur mungkin untuk menyediakan hujah putar belit di Mahkamah nanti bila isu Royalti minyak di Terengganu di bawa ke Mahkamah. Jika beliau tahu, apa tindakan beliau?

Jika perkara yang melibatkan perjanjian Wang Royalti yang mana melibatkan undang-undang beliau sekelip mata boleh bertindak, masakan masalah air begitu sukar sekali? Saya tidak dapat bayangkan jika masalah ini berlaku di Negeri Kelantan atau di Terengganu, sudah tentu menjadi berita utama di Utusan Meloya, Berita Hairan atau TV 3 Suku.

Kepada orang-orang Jelebu, bersyukurlah di atas nikmat kamu hari ini yang telah gatal tangan mengundi puak-puak ini. Inilah kejayaan dan kecekapan penswastaan yang dibangga-banggakan dan penduduk-penduduk Jelebu perlu bersyukur. Batu Kikir Ko Simpang Pelangai, Sakit Tulang Mak Oii Jalan Eh Berlengkar, Tak Ado Air Kono Ko Sungai, Apo lah Malang Jambatan Dah Di Bakar.... (Siapo bakar Jambatan? Tanyolah anak Yatim tu....) 

MASLIZA NS