BUKAN KAMI TIDAK MENYINTAIMU, MALAYSIA

 

Bukan kami tidak sayang kepadamu Malaysia
Engkaulah tanah tumpah darah kami
Tetapi kerana Mahathir seorang; kami seolah membencimu
Sebenarnya Mahathirlah yang paling dibenci
Kezalimannya tiada bandingannya kini
Di alam Melayu dan bumi jantung pisang ini
Mahathir bermaharaja lela; seolah Tanah Melayu ini
Emak bapak dia punya.

Mahathir dan Umno telah meranapkan cinta kami
Kepadamu Malaysia; sebab Mahathir telah menyusahkan kami
Sekarang ini harga tarif air naik lagi
Sebelum itu minyak petrol berubah harga
Esok lusa hospital klinik pula bilnya melonjak
Semuanya angkara diktator tua itu
Yang memerintah engkau Malaysia sekian lama
Sehingga hampir semua perniagaan dan perladangan
Dibolot oleh anak-anak dan para kroninya
 

Apa dah jadi dengan Tabung Haji
Kami mengumpul wang sedikit-sedikit saban hari
Datang mamak tua itu; mengatakan tabung haji tak rugi
Untung juga tidak; tetapi dividen 5.5 peratus adalah paling rendah
Dalam sejarahnya,
Ada pula komputer boleh dibeli
Tabung KWSP simpanan hari tua jadi pertaruhan
Siapakah yang untung di sebalik penjualan-penjualan pc ini?

Bukan kami tidak menyintaimu Malaysia
Tetapi begitulah; kerana engkau berketuakan mamak ini
Yang mementingkan puak dan kroni
Sehingga semuanya ada sahamnya di dalam
Tidak rugi kami jadi reformis jalanan
Kerana hanya itulah sahaja cara yang dapat dilakukan
Buat masa ini; meluahkan rasa benci terhadap Mahathir
Dan regimnya yang kian mereput itu
Akibat kehilangan sokongan dalam pemilu lalu
Dan pilihanraya kecil berikutnya;
Lalu dicanangnya perpaduan Melayu;
Sedang tujuannya jelas
Meraih simpati; mengembalikan keyakinan
Bahawa Mahathir dan Umnolah yang terbaik
Tetapi kami sudah muntah dan loya dengan slogan itu
Lalu kami menjadi reformis jalanan
Menentang engkau Mahathir
Yang kian tua dimamah usia
Menunggu masa akan mati;
Tetapi mengapakah engkau ; masih ingin menyatukan Melayu
Sedang engkau sendiri memecahkannya?

Mahathir, haruslah engkau beringat
Kami bukan bodoh bukan takut bukan bacul
Tetapi peluang kami belum tiba
Untuk mengganyang engkau habis-habisan
Sepertimana engkau pernah melanyak DS Anwar Ibrahim
Melalui Rahim Noor bajingan!

Kalau nanti kubur engkau kami kencingkan,Mahathir
Atau orang Umno sendiri yang mengencingkannya
Tahulah engkau bahawa; betapa rakyat negara ini membencimu
Teramat sangat; hanya saja engkau masih berkuasa
Dan kami tidak boleh berbuat sesuka hati
Pihak polis Fru akan mengganyang kami,
Namun kami tetap tabah
Sehingga harinya tiba
Engkau turun takhta; tahulah nasibmu
Bahawa hidup dikuburan bukan dengan modal wang
Dua malaikat menanti dengan berbagai soalan
Neraka menanti dengan mulut terganga
Tahulah engaku waktu itu
Semuanya sudah tidak berguna lagi
Hatta Siti Hasmah Mirzan Mukhzani dan semuanya
Mengundur diri; membiarkan engkau menaggung siksaan
Secara sendirian.

Bukan kami tidak menyintaimu Malaysia,
Tetapi Mahathir telah membuatkan kami benci
Tetapi bukan kerana tidak kasihkan tanahair,
Mamak tua bedebah itu menjadikan hilang rasa kasih kami
Kepadamu Malaysia.

Insyallah kami akan kembali mengasihimu
Bila Mahathir tidak lagi ditampuk kuasa,
Dan meletakkan jawatan;
Barangkali kerana akibat sakit “gila.’  

Amin.

 Pakitam@yahoo.com
reformis jalanan.