MGG5001

Rayuan Seorang Wanita Bidayuh Kepada Perdana Menteri
(MGG: A  Bidayuh  Lady Appeals ToThe  Prime Minister)

Besar kemungkinannya  pilihanraya  umum peringkat negeri  akan dilaksanakan di Sarawak, awal bulan  hadapan. Perdana  Menteri sedang  membuat lawatannya di sana  untuk memancing undi penyokong Barisan   Nasional. Pada  kali ini dia  tidak berapa  selesa dengan  ketua menteri  Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seperti  yang pernah  mereka jalini dulu-dulu. Dia seolah-olah  lebih  cenderung   kepada orang  lain dari   luar  Parti  Bersatu Bumiputra yang  sinonim dengan “UMNO”  dalam gagasan  Barisan Nasional Sarawak. Mungkin jua sebagai  satu  alternatif  dia lebih  selesa dengan seorang  ahli kabinetnya Dato’ Effendi  Norwawi.  Di  Sarawak, Tan Sri Taib sudah ternyata  sudah  melepasi tarikh gunanya kepada  kerajaan negeri dan kepada  Barisan  Nasional, persis yang  dialami sendiri  oleh  perdana  menteri secara  keseluruhannya   di  negara  ini. Semua  ini sedanga   dilakonkan  secara  berselindung  di sebalik tabir.

Ada  satu perkara kecil  yang memang tidak pernah diduga  oleh pihak yang berkuasa, apabila  sehelai  surat  telah diserahkan  kepada  perdana  menteri  di Kucing pada hari  Khamis  22  Februari, 01. Surat   itu datangnya  daripada  seoranng wanita  di Payau  Achau, sebuah  kampung Bidayuh  yang  terpinggir  kira-kira  20  minit perjalanan dengan  berkereta  daripada  Serian.  Surat  itu merupakan satu salinan kepada surat yang  sama  yang dikirimkan  kepada Perdana  Menteri,  satu   minggu  sebelum itu. Satu salinan surat  itu sudah pun dikirimkan  kepada  seorang pemimpin pembangkang di Kuala Lumpur. Kita tidak tahu apakah isi kandungan  surat itu,  tetapi wanita  itu memang dikenali  di  kampung  itu sebagai  isteri  (mengikut  hukum alam) kepada seorang pemimpin  Barisan  Nasional  Sarawak selama  empat tahun  di awal  tujuh puluhan dulu.

Wanita ini, khabarnya telah pun melahirkan seorang  anak lelaki hasil perhubungan itu dan  anaknya kini bekerja  di sebuah  kilang  membuat bumbung  di  Kuching. Mungkin juga cerita  ini adalah satu  usaha  untuk  memeras ugut  tokoh  politik ini, tetapi saya tidak  fikir begitu. Rakyat  marhaen  yang mempunyai  masalah tidak bertindak melulu semata-mata kerana  mereka  ditipu.  Adalah tidak  bersalah anuntuk mengandaikan bahawa tokoh politik  ini tidak pun mengiktiraf wanita itu dan juga  anak mereka.

Kisah  ini  sengaja  dibesar-besarkan di  halaman web Sarawak sambil  mengutuk kerajaan. Ia tersibar  luas  di negeri  itu melalui  perbualan. Saya   telah menelefon seorang teman  di Miri  mengenai  desas-desus  ini dan dia  telah memperakukannya sebagai sesuatu yang memang  diketahui oleh penduduk  Miri.  Kalua perkara itu diketahui olhe orang Miri, tidak payahlah bertaruh kalau-kalau orang  negeri  itu tidak mengetahuinya. Kerajaan dan para pemimpinnnya  sengaja  diam membatu  dalam perkara  ini sambil mengharapkan ia akan lesap di angin lalu seperti  beberapa skandal  yang dulu-dulu. Selalunya  kalau skandal itu membabitkan pemimpin Barisan  Nasional, orang itu mampu bertahan mengharunginya. Saya memang tahu banyak  skandal yang  tidak  diberikan liputan  akhbar  ataupun sampai  ke pengetahuan umum. Kisah terbaru ini mungkin satu lagi  skandal yang tidak diberi ruang dimedia  masa. Tetapi, tidak mungkin ia dapat ditutup dengan nyiru  sahaja.

Inilah  skandal  yang sedang  menghantui  Tan Sri Taib di luar  dugaan  sesiapa sahaja. Sejak tiga dekad  yang lalu, jawatan  ketua menteri Sarawak  telah dijadikan satu warisan keluarga, selepas  Taib menggantikan bapa saudaranya, Tun abdul Rahman  Yaakub, yang kini merupakan musuh ketatnya. Apabila bekas  yang Di pertuan Agung yang sudah berusia 79 tahun terpaksa ditabalkan balik ke jawatan  yang pernah ditinggalkannya, menunjukkan di sudah  terlalu kebingungan. Dia tidak boleh mencadangakan nama lain kerana kemungkinan ia mencetuskan masalah besar. Lagipun dia memerlukan  sesaorang  di istana yang akan memihak  kepadanya  seandainya dia  mempunyai peluang untuk menjadi  ketua menteri sekali lagi. Ramai  para analis  di Sarawak  percaya  betapa  Barisan Nasional Sarawak akan berjaya lagi, tetapi  sama ada Taib boleh menang lagi, tidak ramai  yang pasti. Dia sedang  dihantui  masalah  untuk  mempertahankan kerusinya.  Oleh kerana  dia bercadang berubah tempat  pencalonan  menunjukkan betapa  banyak perkara  yang tidak menyenangkan sedang menghambatnya.

Inilah peluang yang paling baik untuk pihak pembangkang menghenyak Barisan Nasional dan meremukkan kuasa majoriti  mereka.   Keupayaan  pembangkang  menubuhkan satu kerajaan baru bukannya didorong oleh mereka yang tidak mahukan Tan Sri Taib, tetapi  oleh satu kuasa  yang  berpusat  di Kuala  Lumpur. Inlah yang mengkucar-kacirkan  keadaan di negeri  itu. Ramai yang mahukan  munculnya seorang  penyangak yang tidak mudah dikotak-katikkan oleh kerajaan pusat.  Undi   masyarakat Cina memang penting kali ini. Mereka  sedang  dibayangi  masalah   kehilangan beberapa  bank kecil kepunyaan masyarakt mereka apabila  dikenakan  rencana  penggabungan. Begitu  juga  dengan tuntutan Suqui, episod Sekolah Cina  Damansara. Semua  ini  dan banhyak  lagi, adalah pentanda banyaknya masalah  yang besar-besar   yang akan dihadapi oleh kerajaan baru  yang akan didominasi oleh orang  Melayu, di masa depan. Inilah  yang mereka  cuba  elakkan  di Sarawak.

Kaum  Bumiputra  bukan Islam,seperti  Dayak  dan  banyak suku-kaum  lagi, merasa telah terpinggir  dalam pentadbiran  negara  di mana mereka berperanaan murahan tanpa harapan untuk melihat  kaum mereka sendiri menjadi ketua menteri, satu hari nanti. Barisan Nasional pun sedang  mencelaru melihatkan gelagat ketua  menteri menguasai semua laksana hantu. Masalahnya,  pihak pembangkang tidak mempunyai satu wadah  yang seragam, dan dengan kuasa  yang ada  pada  kerajaan, semangat  mereka  memang  pudah dipatahkan. Namun demikian, satu peperangan  pilihanraya  yang hangat pasti akan muncul juga. Saya  masih lagi memikirkan apakah tindakan perdana menteri terhadap surat  yang baru diterimanya.

-MGG  Pillai-
pillai@mgg.pc.mty

Komen   Penerjemah: Soalan terakhir  MGG  itu mudah saja untuk dijawab.  PM tidak akan berbuat apa-apa, dengan  surat itu kerana dia hanya  akan bertindak  kalau surat  itu ditulis oleh U. Felda  ataupun mungkin juga ‘Baginda’ Tukang Pelihara Dara Sunti.

-MT-