Kita perlu strategi yg. lebih berkesan utk. DPS 3/03/01!

Assalamualaikum & salam reformasi!

Kita ada 6 Sabtu lagi sebelum Black 14. Kelmarin (24/02/01), kita menyaksikan taktik polis yg. sama digunakan semasa BLACK 14. Kita juga menyaksikan komitmen polis yang bersungguh-sungguh mahu menggagalkan DPS sehinggakan Del Akbar Khan juga turun padang, memaksa segala siput babi yang ada di dunia juga terpaksa turun. Apakah BLACK 14 nanti keadaan yg. serupa akan berlaku??

Masalah tiada sambutan rakyat terhadap DPS TIDAK wujud. Rakyat telah hadir, cuma tidak bebas bersuara dan benar-benar terhimpit dengan kehadiran SB yang sebegitu ramai dan lebih awal mengambil tempat strategik. Saya dan rakan-rakan sampai di Sogo dalam pukul 3.00 p.m.Oleh kerana bilangan kami melebihi 5 orang, maka kami telah dihampiri beberapa SB dan diekori. Kami mengambil keputusan untuk berpecah untuk menyukarkan SB mengesan kami. Ramai juga kenalan reformis yg. sempat angkat kening dan jalan terus kerana mereka sedang diekori. Mengikut maklumat yang diterima, lebih 40 SB berada didalam Sogo dan lebih 100 lagi berada diluar dan sekitaran Sogo.

Dibawah adalah beberapa analisis dan strategi yang sempat saya buat hasil post-mortem petang tadi:

1. Komunikasi - Ini masih lagi menjadi kelemahan para reformis yang perlu menyampaikan mesej di battle field. Saya strongly recommend penggunaan info SMS oleh 019 dan 012 (ini bukan iklan..). Laman Webreformis (www.webreformis.cjb.net) boleh lah menjadi central info channel untuk info distribution. SMS juga digunakan untuk mobilisasi Gerakan menumbangkan Joseph Estrada di Philiphina telah dapat dilakukan dengan berkesan dan pantas. Pastikan semua reformis memberi handset # to webmaster@webreformis.com untuk perkhidmatan info SMS.

2. Keputusan Pantas/Speed/Timing - Adalah penting apabila menyedari kehadiran pihak musuh, hendaklah bertindak pantas dan menukar strategi dan mengambil alternative plan a.s.a.p. Sebab kekuatan musuh akan bertambah dengan cepat dan akhirnya kita terperangkap seperti yang berlaku di Sogo semalam (24/02/01). Sepatutnya, arahan untuk bergerak ke Kg. Baru ataupun ke Kota Raya tidak perlu tunggu lama. Seperti petang semalam, kita tidak boleh bergerak lagi... kerana jika kita bergerak pasti SB juga akan turut sama maka ramai yang akan ditangkap. Sedikit kecewa dengan Malek Hussin dan yg lain-lain yg duduk semeja di Coffee House, Sogo kerana lambat membaca strategi pihak musuh dan bertindak menukar strategi. Kejayaan kita menawan Dataran Merdeka pada DPS (17/02/01), adalah kerana strategi dan tindakan pantas dari pihak saudara Edzam. Malah saudara Hishammudin Rais sendiri bertanya "Apasal dia orang ni laju sangat jalan?" Jawapannnya ialah timing. Water Canon hanya sampai setelah kita bersurai dari Dataran Merdeka. It's important that we get there first.

3. Lokasi - To set up base di tempat perhimpunan adalah sangat penting. Tetapi petang semalam, menyaksikan SB-SB menawan Jalan T.A.R. malah mendapat moral support lagi fr. Timbalan ketua Polis mereka yg baru. Kita perlu menukar strategi tempat berhimpun! Mobilisasi adalah jawapannya. Kita harus sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Never!Never! stop at one place for too long. Setiap jalan yang termasuk dalam perjalanan kita, haruslah ada unit surveillance kita yang sudah berada dihadapan untuk memastikan line clear.Kita juga harus pantas mengambil jalan alternatif bila terhidu kehadiran musuh dihadapan. So, for 3/03/01, pastikan tempat perhimpunan,

a.)adalah general... sekitar K.L.

b.)And once line clear, pastikan lokasi itu benar-benar secure,sila hantar SMS to all reformis untuk bergerak ke lokasi

c.)Segera bergerak ke lokasi baru, bila kehadiran SB di kesan. Hanya umum SMS bila kita sudah sampai di lokasi and secure the parameter.

Saya akan brainstorm dengan rakan strategist lain bagaimana strategi yang lebih berkesan untuk BLACK 14.

r34mist - the strategist...
Pengikut Setia WR

“Anda Bebas untuk Cetak dan edarkan artikel ini”