Anwar beri, Mahathir ambil kembali.      

oleh : SB Rakyat      

Aku ke salah sebuah bank RHB untuk masukkan cek yang diberi oleh seorang sahabat . Di dalamnya terdapat lebih kurang sepuloh orang pelanggan yang ingin berurusan. Salah seorang darinya adalah seorang makcik tua.

Sedang aku tunggu giliran, makcik tadi yang semasa aku masuk telahpun berada di kaunter kelihatan seperti bermasalah seolah olah ada sesuatu yang tak kena. Pada amatan aku, dari pakaian dan keterampilannya, makcik ini merupakan 'orang susah'.      

Sambil merungut, makcik tadi menuju kearahku setelah selesai urusannya di kaunter. Tanpa aku tanya, makcik tersebut memberitahu yang dividen dan bonus yang didapatinya kurang dari apa yang dia dapat pada tahun tahun sebelumnya.

Setelah mendengar, aku pun bertanya apa yang dimaksudkan yang dividennya kurang. Setahu aku, dividen yang diberikan adalah lebih kurang sama berbanding tahun lepas. Makcik tersebut terus menunjukkan pada   aku buku pelaburannya untuk diteliti. Aku dapati tertera dibukunya jumlah dividen dan bonus sebanyak RM2++ (Dua Ratus lebih) sedangkan dividen dan bonus tahun sebelumnya adalah RM 5++ (Lima Ratus lebih). Terdapat kekurangan sebanyak RM 3++ (Tiga Ratus lebih).

Walaubagaimanapun tidak tertera jumlah pelaburan pokok di dalam buku pelaburan ASB makcik ini. Rupa rupanya makcik ini adalah salah seorang yang tertakluk di bawah program PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) yang mendapat pelaburan pokok sebanyak RM 5000 (dalam bentuk sijil pelaburan dan patutlah ianya tidak tertera dalam buku ASB) dari kerajaan pemberian Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dengan duit ini, setiap pencarum yang tartakluk di bawah program ini sepatutnya mendapat RM 5++ yakni 10.++% dari dividen dan bonus yang diistiharkan oleh PNB. Oleh itu aku membuat andaian, yang kerajaan telah mengambil kembali RM3000 dari jumlah pelaburan pokok. Ataupun mungkinkah mereka mengambil kembali RM3000 pelaburan pokok beserta dividen dan bonusnya sekali yakni RM3++?? Maka sebab itulah makcik ini mendapatkan hanya RM2++.

Tanpa aku sedari, disekeliling kami terdapat beberapa orang turut mendengar dan meneliti apa yang sedang  dibicarakan. Salah seorang darinya menyampuk mengatakan inilah dia sikap Mahathir yakni dia akan cari dan ambil dari berbagai sumber tanpa mengambil kira yang ianya hak orang miskin demi untuk menyelamatkan diri, keluarga dan kroninya. Nombor aku pun dipanggil, lalu sempat juga aku menyuruh makcik tersebut bersabar dan jangan undi BN di masa akan datang. Makcik tersebut mengangguk berkali kali dengan sedih lalu berlalu pergi.