PARTI MAHAFIRAUN DITALQIN OLEH MCA DAN MIC

Bersesuaian dengan gelaran yang diberikan, MAHAFIRAUN nampaknya terus degil dan menunjukkan keras kepala beliau di dalam menangani isu perpaduan nasional di antara parti beliau dan PAS. Di dalam Buletin Utama TV 3 Suku pada 25 Feb 2001, beliau menegaskan bahawa parti beliau yang hampir reput tersebut tidak akan memenuhi syarat pertemuan dengan PAS terutamanya mengenai hak royalti minyak Terengganu. Beliau sedikitpun tidak mengulas tentang bagaimana kekejaman `anjing-anjing upahan' terhadap penyokong-penyokong pembangkang di dalam beberapa ceramah di dalam masa parti tersebut ingin berunding dengan PAS.

Kita ingin menyarankan kepada kepimpinan PAS agar dapat memberikan satu tempoh atau tarikh untuk parti MAHAFIRAUN itu memikirkan semula syarat-syarat PAS. Jika parti tersebut masih berdolak-dalik, PAS mestilah mengambil keputusan tegas iaitu jangan lagi mempercayai parti reput dan bongkak tersebut. Kalau tujuan utama kita dulu hanya untuk menziarahi jasad parti yang nazak dan untuk kita menanti mentalqinkan sahaja, tibalah masanya kita tinggalkan parti itu berseorangan dan biarlah MCA atau MIC sahaja yang membacakan talqin untuknya. Di dalam keadaan nazak nak mampus pun, parti MAHAFIRAUN ini masih ego, riak dan lupakan tuhan, maka wajar sangatlah kita tinggalkan dan biarlah MCA dan MIC sahaja membacakan Yasin, memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan, mengkuburkannya seterusnya menalqinkan parti bukan Islam itu. Itupun kalau MCA dan MIC masih ingatkan jasa-jasa parti reput tersebut, kita bimbang parti itu dibiarkan mampus menjadi bangkai dan tidak bernisan seperti Parti Melayu Semangat 46.  Ini kerana parti itu sendiri menolak kita yang ingin bersamanya hanya kerana tamakkan wang royalti.

Kepada ahli-ahli parti MAHAFIRAUN, jika tidak mahu menjadi begitu, ayuh, kita berjuang di dalam Barisan Alternatif. Kalau kita benar-benar sayangkan orang Melayu, marilah kita selamatkan hak orang-orang Melayu di negara ini disamping kita memelihara hak kaum-kaum lain. Buat apa duduk di dalam Parti yang Presiden dan Timbalannya tidak boleh ditandingi? Peringkat bawah dari Naib Presiden, Majlis Tertinggi, Ketua Bahagian dan Cawangan dibiarkan bergasak dan MAHAFIRAUN serta timbalannya bertepuk tangan. Kamu duduk bergaduh sesama sendiri, tapi kedua-dua makhluk ini menjadi penonton dan pandai pula nasihatkan orang supaya bertanding elok-elok. Fikirkan lah sendiri.

Kepada ahli-ahli dan pejuang Barisan Alternatif, teruskan perjuangan dan biarkan media massa kerajaan MAHAFIRAUN itu merepek tidak tentu pasal. Media ini mencari makan walaupun najis yang disuapkan. Oleh kerana Harakah, detik, Malaysiakini adalah media yang tidak makan najis, maka media ini ditekan. MAHAFIRAUN hanya suka kepada mereka-mereka yang makan najis beliau. Justeru itu, kita berpendapat tidak perlu kita berunding dengan makhluk-makhluk yang makan najis dan berbau najis, nanti najis dan baunya berjangkit kepada kita.

MASSURIA NS