MAHATHIR@MAHAFIRAUN = ASTORA JABAT

1.	ARTIS DAN FILEM HINDUSTAN DIPUJA ….!!!! MUFTI DAN ISLAM DI CERCA.

·	Bukan main sakan orang Melayu yang mengaku Islam membuat kenyataan dalam media
elektronik dan media cetak pro-BN ….. termasuk Pengarah PINTAS …. Mereka mampu
mengariskan jutaan kebaikan filem Hindustan dan meletakan artis dan jalan
ceritanya mempunyai pengajaran yang baik serta pengaruh yang positif untuk
pembangunan rakyat dan bangsa Malaysia.

·	Satu sindrom dan anjakan paradigma buat mereka yang pro-BN …. Bagi
mereka-mereka ini … filem aksi ganas dan sex adalah satu dari tuntutan hidup…dan
ia menjadi lumrah bagi masyarakat Malaysia.

·	Para pendokong gerakan anti-Islam merasa lega dan berbangga dengan senario
semasa ini … kerana orang Melayu (kebiasaanya Islam) tida segan silu lagi
memperlekehkan hukum serta larangan Allah swt …..!!!!!! kalau saranan majlis
Mufti kebangsaan memohon pihak TV mengurangkan siaran filem Hindustan … telah
menjadi barah dan kemarahan orang Melayu ….. apakah yang ini satu sandiwara dan
lakonan orang Melayu di alaf baru ini ….. kerana nafsu serakah mereka disanggah
oleh para ulama dan mufti .. mereka tanpa segan silu bangkit menentang perkara
hak dan mempertahankan perkara batil ……?????

·	Apakah yang tinggal kini …. Melayu itu Islam … Islam itu Melayu …. Sudah tidak
releven lagi ….!!! Apa yang ada kini orang Melayu berfahaman pro-BN dan orang
Melayu pro-BA ….itulah hakikat yang sebenarnya …….????? Bagi yang pro-BN ….
Mereka ini akan diberi tempat yang secukupnya dalam media dan segala bidang
….!!!! Tapi bagi yang pro-BA mereka ini akan dibelasah dan diburu serta
disempitkan hidup mereka……???

·	Bagi seorang Pengarah dalam program PINTAS …. Agaknya dia ni dah naik kematu
menonton filem Hindustan ni …. !!!! dengan artis yang kacak dan jelita serta
jalan cerita cinta / sex / ganas / harta dll … telah berjaya mengubah minda
seorang Pengarah yang di amanahkan menjalankan program menangani masalah sosial
, dadah, keruntuhan moral serta segala keburukan dari kalangan remaja dan
dewasa… dan dalam program PINTAS ini juga Pengarah ini pasti memasukan
unsur-unsur filem Hindustan  sebagai pra-syarat menangani masalah semasa negara
…. Oleh kerana sindrom filem Hindustan telah meresapi jiwa remaja dan dewasa di
Malaysia ini … Pengarah PINTAS telah mengariskan ribuan kebaikan dalam filem
Hindustan ini ….. seolah-olah tiada satupun yang buruk dalam filem tersebut.

·	Akhirnya tidak mustahil rakyat Malaysia akan memberi pendapat dan pemikiran
negatif mereka mengenai perkara berikut :-

a)	Penyalahgunaan Dadah ia perlu dihalalkan kepada penagihnya …. Jika dihalang
rakyat akan susah kerana ramai yang sehat serta hospital atau klinik tidak dapat
menjalankan perniagaan kerana penagih dah tiada.

b)	Pelacuran ia perlu dihalalkan … jika dihalang … ramai penagih sex ini akan
menjadi ganas .. dan kes rogol dan cabul akan meningkat ….???

c)	Kelab malam dan pub ia perlu dihalalkan serta dilanjutkan tempoh perniagaanya
… nanti rakyat tidak ada tempat untuk berhibur serta mereka akan mengalami
tekanan perasaan.

d)	Minum keras (arak) … ia perlu bebas penjualanya … jika tidak penagih arak ini
akan menjadi ganas serta menganggu ketenteraman awam. Ia juga mampu menambah
pendapatan kerajaan melalui cukainya yang tinggi.

e)	Judi .. ia perlu dihalalkan serta diperbanyakan perniagaanya … jika tidak
rakyat tiada hiburan serta ia jalan mudah untuk dapat wang …. Kerajaan pula akan
dapat menambah pendapatan melalui cukainya yang tinggi.

f)	Pusat hiburan dan reakrasi .. perlu diperbanyakan … kerana ia boleh membantu
pertumbuhan ekonomi apabila rakyat sentiasa berhibur serta berpeleseran di sana.
Kerajaan mampu mengutip cukai yang tinggi dari aktiviti hiburan ini.

g)	Filem aksi ganas , sex , kerutuhan moral dll … ia perlu diperbanyakan sebagai
hiburan serta santapan minda rakyat … jika tiada ia akan menjadikan otak rakyat
dungu serta beku kerana tiada program yang menarik di media elektronik.

h)	Program Agama perlu dikurangkan kerana …. Rakyat telah faham mengenai agama
anutan mereka … dan hak rakyat melaksanakan ajaran agamanya adalah hak individu
… sesiapapun tidak boleh menegurnya walaupun pihak berkuasa … jadi ia
terpulanglah kepada rakyat untuk beribadat atau sebaliknya ……??????


·	Apakah rakyat dan bangsa Malaysia boleh berbangga apabila agama rasminya Islam
diperlekeh dan dipersenda sendiri oleh orang yang mengaku dirinya Islam.

·	Apakah selama ini orang Melayu (biasanya Islam) kagum serta bangga diri ..
kerana mereka dilahirkan sebagai orang Islam ….dan mereka telah beranggapan
mereka mampu menafsirkan segala ajaran Allah swt yang telah disampaikan oleh
Nabi Muhammad s.a.w mengikut kebijaksaan mereka sendiri…….????

·	Apakah Islam itu hanya satu pakaian rasmi kepada orang Islam di Malaysia…..???
dan ia boleh ditinggalkan atau digunakan mengikut keperluan semasa
sehaja…….?????

·	Apakah ajaran dalam agama yang ada di Malaysia ini menghalalkan arak, judi,
zina, dedah aurat, dadah, sex rambang, bohjan & bohsia, Video haram, parti hantu
& bebas, kelab malam & dang dut, tayangan filem sex / ganas / dll……?????

·	Siapakah dalang dan penganjur utama segala majlis dan perniagaan yang
diharamkan oleh Islam ini ….???? Dan apakah kebaikanya untuk rakyat
marhaen…..????


Kita tanyalah diri kita sendiri ….!!!! Kenapa Allah swt mengharamkanya dan
melarang secara keras keburukan diatas … tapi jika ada orang Islam mampu
mengatakan ada kebaikan dalam perkara yang diharamkan Allah swt ini …. Memang
sahlah orang ini telah sesat Aqidahnya dan mungkin ia telah murtad dari
Islamnya…….!!!!!!!

2.	MAHATHIR ADALAH MAHAFIRAUN YANG BAIK.

·	Si Astora Jabat , Ular-mamak UMNO@BN  tanpa segan silu serta mengesahkan
Mahathir@Mahafiraun adalah dari spesis MAHAFIRAUN yang baik … dan ia bukan dari
jenis Mahafiraun yang buruk seperti tercatit dalam Al-Quran.

·	Baru hari ini satu dunia tahu … bahawa FIRAUN ni ada dari jenis baik dan ada
jenis jahat …..??? dan FIRAUN zaman Nabi Musa lah yang paling jahat kata ASTORA
JABAT….. ya tak ya jugak … kerana si ASTORA JABAT ni lama duduk kat Mesir dan
berkhemah kat Pyramid FIRAUN …. Dan sejarah keturunan FIRAUN ni memang dalam
kepala otak mereka .. dan Allah swt telah terlupa berfirman bahawa FIRAUN ni ada
banyak jenis dan yang terbaru adalah Mahathir@Mahafiraun ….??? Dan ia adalah
keturunan terakhir sepsis FIRAUN ZAMAN NABI MUSA….?????

·	Sempai kesitu tahap minda si ASTORA JABAT NI ….. ia sanggup menukar fakta dan
mempermainkan ayat Allah swt .. asalkan ia dapat mengampu si Mahathir@Mahafiraun
…..!!! kerana ia mengkelaskan Mahathir sebagai Mahafiraun yang baik serta
disayangi rakyat jelata….!!!.

·	Tetapi kerana kebodohan serta nafsu serakah syaitan dalam jiwa ASTORA JABAT ni
… ia secara tidak lansung atau lansung telah :-

a)	Mengesahkan dan mengakui bahawa Mahathir itu adalah MAHAFIRAUN yang sama
jenisnya dengan FIRAUN di zaman Nabi Musa.

b)	Ia juga telah membuktikan sikap dan sifat Mahathir ada persamaan dengan
FIRAUN di zaman Nabi Musa.

c)	Ia telah menunjukan betapa dangkal dan ceteknya  pemikiran seorang pengampu
Mahafiraun Malaysia.

d)	Ia juga mengesahkan tindakan dan cara pemerintahan Mahafiraun Malaysia ada
persamaan dengan FIRAUN di zaman Nabi Musa.

e)	Akhirnya Ular-mamak UMNO@BN ini mengendoskan gelaran MAHATHIR@MAHAFIRAUN itu
adalah bersesuaian dan sama taraf dengan FIRAUN di zaman Nabi Musa.

·	Begitu mudah dan bangganya ASTORA JABAT mengampu Mahathir@Mahafiaun …dengan
harapan ia akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan bodek alaf-baru ini …..
walaupun ia sanggup menukar fakta dan sejarah Nabi-nabi yang memusuhi keturunan
FIRAUN ini .

·	ASTORA JABAT sanggup membiarkan dan mengalakan AQIDAH ISLAMIAH di Malaysia ini
dipesongkan ….. malahan ia rela meletakan ISLAM itu dibawah tapak kaki seorang
pemimpin yang zalim lagi jahil.

·	Pebuatan untuk mengubah minda dan persepsi rakyat marhaen dengan mengorbankan
aqidah serta pengangan Islam yang kukuh adalah salah satu cara paling kotor
dalam sejarah politik Malaysia … dan hari ini ….. ia sudah tidak mustahil lagi …
kerana UMNO@BN telah mentali-barutkan para ilmuan Islam dalam mencapai cita-cita
politik sekular mereka….!!!! Biar ISLAM HILANG DI BUMI INI ASALKAN MELAYU
UMNO@BN TERUS HIDUP DIBUMI ALLAH INI … itulah slogan yang dilaung-laungkan oleh
UMNO@BN melalui ULAR-MAMAKNYA.

·	Bagi UMNO@BN …. ISLAM ITU SATU CARA BERPAKAIAN SEHAJA … ia boleh ditukar ganti
.. jika ia kotor atau koyak ….. dan ISLAM ITU BUKAN SATU CARA HIDUP YANG DI
TUNTUT ….. persepsi ini telah lama digerakan oleh penjajajh British kedalam
minda pemimpin UMNO@BN sejak dari dulu lagi ….. tetapi kali di taja oleh
Mahathir@Mahafiraun dari sepsis terakhir FIRAUN di zaman Nabi Musa.

·	Bagi UMNO@BN … agama Islam itu adalah bahan politik mereka ….. orang Melayu
Islam akan menuruti mereka jika agama Islam ini berjaya dijadikan bahan politik
UMNO@BN ….. dan mereka akan gagal jika agama Islam itu mampu menjadikan politik
itu sebagai pengikut kepada ajaran Islam … dan pemisahan agama dan politik ini
perlu buat UMNO@BN ….. tanpanya cita-cita songsang politik sekular mereka akan
terbengkalai ditengah jalan.

·	Jika rakyat dan bangsa Malaysia berjaya mengawal politik mereka melalui Islam
…. Nescaya KEMUSNAHAN YANG AMAT DAHSYAT AKAN BERLAKU DALAM UMNO@BN SERTA PARTI
KOMPENAN BARISAN NASIONAL …. Ini lah yang paling menakutkan mereka-mereka yang
selama ini yang berselindung dengan slogan PATRIOTIK, HIDUP MELAYU, MALAYSIA
BOLEH , WAWASAN 2020…….??????

·	Apa yang menjadi phobia dan ketakutan kepada UMNO@BN selama ini telah muncul
di abad ke 21 ini ….. saat dan ketikanya benar-benar hampir ….. masa yang
ditunggu akan dijelmakan oleh Allah swt ….. hanya menuggu yang waktu yang sesuai
mengikut catitan di tangan Allah swt.



Setelah segala keburukan dan kemusnahan dilakukan oleh regim Mahathir@Mahafiraun
di muka bumi Malaysia ini …. Saat yang dinanti telah tiba …… rakyat marhaen
dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah akan merampas segala jenis kejahatan
serta kezaliman yang dilakukan oleh UMNO@BN serta juak-juaknya. Hari pembalasan
bagi mereka hampir tiba …. Mood dan tekad rakyat marhaen telah menjadi satu dan
jitu …..!!!!biar bercerai nyawa dari tubuh … namun menyerah kalah kepada UMNO@BN
serta juak-juaknya tidak sekali-kali …. Itulah tekad yang jitu lagi satu yang
telah dipasak oleh rakyat marhaen kedalam jiwa mereka.

" KEMBALIKAN HAK KAMI…. SEBAGAI RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA "



" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
26HB.FEB.2001
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL