Sebelah kaki di syurga, sebelah kaki di neraka?

Memang benar ada pendapat mengatakan jawatan Mufti bukanlah satu jawatan yang ringan untuk dipikul bukan hanya semata-mata untuk tempat mencari makan di dunia ini, bahkan memegang jawatan tersebut seperti meletakkan sebelah kaki ke syurga dan sebelah kaki lagi ke neraka.

Setelah MAHAFIRAUN terperangkap dengan perangkapnya sendiri apabila PAS dengan bijak mengenakan syarat atau ujian bagi menangani isu perpaduan, maka MAHAFIRAUN telah menggunakan seluruh jentera kerajaan seperti media untuk menipu rakyat. Satu ketika dahulu, beliau cuba menggunakan istana bagi menghalang pengaruh PAS. Kesannya tidak mendatangkan hasil kecuali cuba dilakukan oleh Istana Negeri Che Siti Wan Kembang.

Kini, lebih mendukacitakan kita ialah seminggu dua ini MAHAFIRAUN cuba mengheret Mufti-Mufti pula untuk berdepan dengan PAS. Maka, saban malamlah Mufti-Mufti ini membacakan ayat-ayat Al-Quran di TV bagi menyokong apa saja yang keluar dari mulut busuk MAHAFIRAUN ini. Bukan semua Mufti tergamak menghidu mulut busuk ini, tapi ada juga yang tanpa segan silu dan takut kepada Allah menggunakan ayat-ayat Al-Quran demi MAHAFIRAUN. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menyeru kepada perpaduan saban malam diperdengarkan oleh Mufti-Mufti ini.

Belum pernah kita dengar lagi dari mulut-mulut Mufti melalui media TV atau radio yang membacakan ayat-ayat Al-Quran atau hadis sebagai mengulas bagaimana hendak menuduh dan menjatuhkan hukuman liwat/zina selepas isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka ini tidak juga mahu mengulas hukum mereka yang melanggar perjanjian dan merampas hak orang lain seperti dalam isu royalti minyak di Terengganu. Mungkinkah mereka tidak jumpa ayat atau hadis berkaitan hukum tersebut?

Bagaimana pula dengan pelaburan di syarikat-syarikat judi dan arak? Bagaimana dengan undang-undang murtad yang sedia ada? Adakah tugas mereka sekadar menegur supaya menghentikan filem-filem Bollywood sahaja, itupun baru disergah sedikit, kelam kabut buat pembetulan dengan mengatakan itu bukan fatwa. Maka, untuk menunjukkan mereka ini masih setia dengan MAHAFIRAUN, maka mereka terpaksa menari mengikut rentak MAHAFIRAUN juga.

Melalui Buletin Utama TV 3 Suku pada 26 Feb 2001, seorang Mufti yang negerinya dirampas hak royalti minyaknya oleh perompak-perompak MAHAFIRAUN turut mengulas mahukan PAS duduk semeja dengan perompak-perompak yang masih ego tidak mahu memulangkan hasil rompakannya. Adakah Mufti ini bersetuju dengan rompakan tersebut? Atau tidak sedar yang harta negerinya dirompak orang? Atau beliau mahukan perbincangan terlebih dahulu baru hasil rompakan itu dipulangkan? Adakah itu cara agama kita? Pencuri perlu berunding terlebih dahulu dengan mangsanya sebelum hak mangsa dipulangkan? Itukah cara mengikut agama kita?

Kepada sekelian Mufti, janganlah kamu mengotori martabat yang ada pada kamu semata-mata untuk menyelamatkan seorang makhluk yang bernama MAHAFIRAUN ini. Cukuplah dengan beberapa kerat `anjing-anjing' peliharaan beliau yang ada sekarang untuk menjaga MAHAFIRAUN. Sekiranya beribu atau berjuta lagi Mufti bersama MAHAFIRAUN atau bergombolan `anjing-anjing' bersamanya, nescaya beliau tidak akan selamat dari pembalasan rakyat lebih-lebih lagi pembalasan Allah SWT.

Tugas kamu sekarang adalah menasihati beliau supaya sedar akan kezaliman-kezaliman dan kemungkaran-kemungkaran yang telah beliau lakukan selama menjadi MAHAFIRAUN. Gaji kamu dibayar bukan untuk menyesatkan lagi beliau, tetapi menyelamatkan beliau dari kehinaan di akhirat nanti jika kamu benar-benar sayang dan kasih kepada beliau. Sekiranya ada di antara Mufti-Mufti yang ingin benar menjadi hero atau pendamai dalam isu perpaduan ini, nah, silakan kamu sahaja menawarkan diri berbincang dengan PAS. Sudah pasti PAS bersedia kerana kamu lebih bersih dari puak-puak itu. Tapi, jangan pandai-pandai bercakap jika kamu tidak tahu permasalahan sebenar. Kalau sekadar boleh mengampu melayakkan kamu menjadi Mufti, maka wajarlah ASTORA JABAT juga dilantik menjadi Mufti.

MASSURIA NS