MGG 5201

Kisah  Itik Tempang Sabah
(MGG: Lame  Duck Chief  Minister Beholden to  Kuala Lumpur)

Barisan Nasional Sabah sedang dilanda krisis.  Tempoh  perkhidmatan  Ketua Menteri (UMNO)Dato Usu  Sukam, akan tamat pada bulan  Mach, bertepatan dengan tempoh dua tahun perkhidmatannya  di  situ, dan  kali ini iamemberi  ruang  kepada  seorang bumiputra bukan-Islam untuk menggantikan  tempatnya.  Besar kemungkinannya Dato’ Jeffrey Kitingan, adik  kepada  Dato’ Joseph Pairin, ketua  pembangkang dan  pemimpin  Parti Bersatu Sabah, yang  akan  dilanntik mengggantikan Dato  Osu. Sistem  bersilih ganti ini telah dicetuskan  oleh Perdana  Menteri  pada 1994untuk mengurangkan  perangai suka berpolitik melampau dan menyekat  orang-orang beliau daripada  melompat  kepada  PBS  yang ketika itu memang kuat  bersepadu  sebagai   kuasa  politik bumiputra bukan Islam. Kaedah perlantikan  ialah  dengan membiarkan setiap puak  itu mempunyai  peluang menjadi  ketua menteri untuk dua tahun secara bergilir-gilir:  dimulakan dengan  seorang bumiputra beragama  Islam, bumiputra  bukan-Islam, dan  seorang  daripada  masyarakat Cina. Inilah  tiga  kumpulan  terbesar  di negeri  itu. Kaedah  ini berjalan dengan selesa untuk satu ketika,  tetapi  ia tidaklah  disenangi  lagi.  Perdana  Menteri kini berpendapat  bahawa  tempoh dua tahun itu terlalu singkat dan  mahukan  jawatan ketua menteri itu  ditambat  kepada  lime  tahun. Saya  pernah  berpendapat  begitu di waktu itu dulu, dan masih  mempunyai  pendirian  yang  serupa  itu.

Tetapi, Perdana  Menteri mahukan orang  yang  sama  meneruskan  tempoh perkhidmatannya untuk tiga  tahun lagi. Ini adalah sesuatu  yang tidak   adil.  Apa salahnya terima sahaja kaedah baru itu dan biarlah  ia bermula  dengan orang  yang baru. Ketika Dato Osu Sukam  menerima  perlantikannya  dulu  dia tahu bahawa  dia akan menjadi  ketua menteri hanya  untuk dua tahun. Dan dia tidak pun membantahnya, kenapa  pula  dia  mula merengek mengenaninya? Ramai  ahli parti pembangkang  mencurigai  rengekan  ini sebagai satu usaha  untuk menonjolkan  lagi seorang  bumiputra  beragama islam untuk menjadi ketua menteri yang baru. UMNO  Sabah  memang  penuh dengan  kumpulan  yang berpuak-puak. Kali terakhir  saya mengiranya terdapat sembilan puak.  Lebih banyak  bilangan  puak dalam UMNO  daripada  bilangan ahlinya  dalam  Barisan   Nasional  Negeri.

Sebarang  usaha   melanjutkan  tempoh khidmat Dato  Osu  Sukam  akan mencetuskan bangkangan  dalam  UMNO  lebih hebat  lagi  daripada  Barisan  Nasional  ataupun  pihak pembangkang  di negeri  itu. Ahli  Barisan  Nasional  Sabah  sedang  memendamkan tentangan  mereka. Abila seorang ahli politik  negeri  berkata seperti  yang diucapkan oleh  Tan Sri  Yong Teck Lee bahawa  rakyat  jangan  terlalu ghairah  tetapi “harus menghormati  keputusan  yang dibuat  oleh Perdana  Menteri  dalam menyelesaikan  masalah politik terkini”,  menunjukkan  bahawa  Barisan Nasional  sedang dihantui krisis politik. Semua  parti   yang berkaitan  sedang   berbelah-bagi  dalam hal ini sehinggakan perdana Menteri terpaksa turun padang  untuk menyelesaikannya.

Semua  parti  komponen BN  akan  mengemukakan   pandangan mereka  kepada Perdana Menteri. Secara  kasarnya,  masyarakat Melayu Islam  dinegeri  itu  mahukan kaedah tempoh lima  tahun  sedangakan  yang lain memilih agar tempoh  bergilir-gilir untuk dua tahun  diteruskan. Sistem ini  mampu  dipraktikkan,  seperti  kata  Tan  Sri Yong, selama tujuh  tahun.  Dia  membantah   penggunaan  sindiran  bahawa ketua menteri dirujukkan  sebagai  “itik tempang”. Dia berkata   perkara semacam  itu “hanya muncul  di   bulan-bulan  penghujung  khidmat  seseorang  ketua  menteri itu.”  Analis  di Kota Kinabalu berkata kalau  ketua menteri UMNO  disambung lagi  khidmatnya  untuk tiga tahun, besar kemungkinan BN  akan  kehilangan sokongan bumiputra-Bukan-Islam.

“Bumiputra  Islam” dan  “Bumiputra  Bukan  Islam” adalah  istilah  yang  mudah digunakan dalam dunia politik sebagai gantian kepada  satu rujukan menggambarkan pelbagai kumpulan  pribumi, yang pada dasarnya boleh dirujukkan sebagai  Kadazan  dan Dusun. Mereka   yang duduk  di pekan   dan bandar  adalah  selalunya  penganut Kristian katholik, sedangkan  orang  Dusun  di pendalaman  masih berpegang  kepada fahaman animisma. Mereka  ini menguasai bidang  politik dan  budaya tetapi  kumpulan monoriti masyarakat Islam di  sana, seperti juga kumpulan  yang sama  di Sarawak  yang selalunya rapat dengan  Kuala  Lumpur. Itulah sebabnya  kumpulan   Kadazan   dan Dusun mempercayai desas-desus betapa   penyambungan sisem  lima tahun itu adalah bertujuan untuk memperteguhkan  dominasi kuasa puak  yang beragama  Islam di sana.  Kerana  itu juga mereka  sudah  mula  berkumpul  menyokong   bekas  ketua  menteri  Dato  Joseph Pairin Kitingan.

Sistem  tempoh  lima  tahun ini  masih tidak mampu  menyelesaikan   konflik yang menghantui  Sabah.  Sistem   dua tahun bergilir-gilir dan juga sistem baru yang dicadangkan itu memang mempunyai  pelbagai masalahnya.  Sepatutnya  masalah ini bukan urusan Perdana  mentteri. Ia  sepatutnya  diselesaikan oleh Dewan Undangan Negeri. Pucuk pimpinan BN di Kuala  Lumpur  mahu menguasai cara  BN Negeri  menguruskan negeri mereka.  Biarlah  Dewan Undangan Negeri yang membuat  keputusan  siapa  yang mereka mahu sebagai  ketua  menteri.

Sistem  sekarang  membolehkan  Kuala Lumpur membuat  keputusan siapa yang patut menjadi ketua  menteri.  Bukan   sahaja  Sabah  dan Sarawak yang dikenakan  putarabelit ini. Di beberapa  negeri  di semenanjung,  menteri besar  disogokkan  ke tekak negeri-negeri. Memang  tidak ada  iltizam daripada   menteri besar/ketua menteri  yang ditonjolkan ini kerana  kesetiannya hanya kepada  Perdana  Menteri  yang mengengsotnya   ke sana. Apabila BN negeri-negeri  berpecah belah ataupun  seandainya berlaku kumpulan yang berpuak-puak  dalam  parti komponen  BN, ilim  politik pun  akan tergugat. Inilah  yang menyengat  Sabah, sekarang.

-MGG Pillai- 
pillai@mgg.pc.my
 
25.2.2001.