Sandiwara getah dan sawit..Sedarlah wahai Peneroka....

Sebelum kerajaan mengumumkan pemberian subsidi sebanyak kira-kira RM 12.00 se tan metrik bagi kelapa sawit, harga se tan kelapa sawit adalah sebanyak RM 100.00.

Tapi setelah kerajaan mengumumkan pemberian subsidi, harga se tan metrik kelapa sawit telah 'diturunkan' kepada RM 80.00 se tan metrik. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak!!!! Masih Tak paham lagi? Peneroka sebenarnya telah rugi kira-kira RM 8.00 sebenarnya bagi se tan metrik.

Amacam...sudah paham campur tolak bahagi drab keuntungan sebenarnya? Siapa untung siapa rugi?

Bagi sesetengah peneroka yang totok UMNO tu, tak sedar lagi ke macamana kerajaan menipu kamu semua hidup-hidup. Bila ada di kalangan peneroka yang ingin menangani petisyen bantahan kejatuhan harga sawit dan getah, kamu ugut mereka. Ugut kononnya sesiapa yang menangani petisyen tersebut, mereka tidak akan dapat imbuhan subsidi sebanyak RM 300.00? Banyak tu....tapi akhirnya dengan kamu semua kena tipu !!!

Berapa ramai peneroka sekarang terpaksa bekerja di luar demi menyara keluarga. Pernah seorang peneroka mengeluh dan mengadu kepada saya perihal kepayahan kehidupan peneroka sekarang ini.

Cukup bulan pergi ke pejabat Felda terima duit. Tolak sana tolak sini tinggal baki RM 6.00 bersih. Balik rumah anak minta duit belanja sekolah. Langsai RM 6.00 !!!

Bagi peneroka-peneroka yang menangani petisyen kejatuhan harga sawit dan getah, syabas buat kalian !!! Teruskan tuntutan. Itu hak kalian. Jangan gentar pada ugutan puak keparat UMNO itu. Lambat laun puak keparat itu semua akan hormati kalian di atas keberanian dan kecerdikan kalian menuntut hak kalian. Puak keparat UMNO itu sebenarnya tidak ada keberanian langsung. Berani hanya kerana Parti diorang berkuasa sekarang ini. Kalau tidak, semua macam pondan Siam!!!!

Penguasa