MINDA MINGGUAN

UMNO merompak lagi!!

Jangan cepat melatah jika anda disifatkan sebagai 'pencuri'. Kata pepatah, jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. UMNO nampaknya mahu berdiri di sebalik lalang yang berhayun ke kiri dan ke kanan ditiup angin. Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru... apalagi yang mesti dikiaskan dengan perbuatan merompak dan menyamun harta rakyat atau harta negara!!

Misi rompakan yang di rancang di bawah pentadbiran kerajaan negeri pemimpin bersih (? he.. he.. he..) Datuk Paduka Mohd Tajol Rosli Ghazali kali ini ialah hendak mengwujudkan apa yang dinamakan sebagai Ladang Rakyat atau Ladang Pahlawan.

Bunyi ceritanya program ladang rakyat ini sudah diketuk gendangnya sejak zaman Tan Sri Ramli Ngah Talib lagi. Ada pun ladang rakyat ini akan diadakan di setiap daerah dalam negeri Perak. Menurut maklumat yang sampai ke meja saya (webmaster), keluasan ladang rakyat di daerah Hulu Perak sahaja sekitar 3,000 ekar. Wah memang bukan main luas lagi. Tapi ada sedikit kemusykilan yang timbul. Ladang ini akan diambil dari keluasan hutan simpan seluas 50,000 ekar?

Permohonan sudah dibuat dan sedang dalam proses pentadbiran kerajaan negeri dan pelbagai agensi yang sepatutnya mengambil bahagian dalam menyediakan laporan tentang projek ini. Mencuri (merompak) harta dalam hutan simpan (kayu balak) memang sangat digemari oleh para pemimpin UMNO di negeri Perak. Kegiatan ini sudah semacam turun temurun. Siapa nak halang sebab pucuk pimpinan masih ditangan mereka!!

Setiap kali pengwartaan melupuskan hutan simpan tidak pernah digantikan dengan kawasan yang lain. Al maklumlah inikan melaksanakan pembangunan namanya!!!

Beberapa buah hutan simpan yang bakal dilupuskan itu ialah Hutan Simpan Piah berjumlah 30,000 ekar, Hutan Simpan Air Cepam seluas 5,000 ekar, Hutan Simpan Belum 3,000 ekar dan Hutan Simpan Padang 950 ekar. Manakala di daerah lain ialah Hutan Simpan Bukit Kinta (Kinta) dan Hutan Simpan Korbu (Kuala Kangsar). Kesemua hutan simpan yang bakal dilupus taraf sebagai hutan simpan berjumlah tidak kurang 50,000 ekar. Menurut tafsiran harga kayu semasa nilai khazanah yang terkandung dalam hutan simpan ini tidak kurang RM20 bilion, bukan RM20 juta!!!

Nampaknya Badan Pencegah Rasuah Perak hanya menutup mata. Datanglah menjenguk jabatan-jabatan yang terlibat dengan rompakan ini seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Perhutanan Negeri dan Pejabat Hutan Daerah serta lain-lain jabatan kerajaan yang sentiasa memberikan laporan terhadap perlaksanaan sesuatu projek.

BPR jangan mendiamkan diri. Segeralah kerana masih belum terlambat. UMNO Bahagian, dan cawangan nampaknya sudah menyerahkan surat permohonan mereka beberapa bulan lalu untuk mendapatkan konsesi balak di kawasan yang berkenaan dan Mesyuarat Exco diberitakan akan berlangsung bila-bila masa untuk menganugerahkan kepada setiap permohonan oleh UMNO Bahagian dan cawangan masing-masing. Al maklumlah pemilihan akan berlangsung April ini dan persidangan agung pada 21 - 23 Jun depan.

Nah!! Kepada rakyat Malaysia inilah sebahagian kerja UMNO yang anda pilih selama ini. Alangkah manis jika konsesi balak itu diberikan kepada LAP (Lembaga Air Perak) yang menanggung beban melaksanakan kerja penyelenggaraan kemudahan bekalan air dan turunkan tarif air atau berikan secara percuma kepada rakyat.

Atau apakah salahnya konsesi balak itu diberikan kepada universiti-universiti tempatan supaya masing-masing dapat memberikan kemudahan pembelajaran yang baik dan percuma kepada rakyat. Atau berikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau JKR Negeri supaya tiada lagi jalan berbelak-belak dan berbengkang-bengkok. Semua nikmat ini akan dirasai oleh rakyat jelata sekelian.

Jika diluluskan kepada UMNO bahagian atau cawangan, mereka akan gunakan duit ini menegakkan kerja maksiat. membela gundek-gundek serta memperbanyakkan bini yang rasmi dan tidak. Selain itu mereka akan menukarkan kereta Perdana kepada Mercedes Benz E-series yang menjadi kegilaan duniawi mereka!!!

Rakyat apa dapat????

Webmaster
25 Feb 2001