MAHATHIR ADALAH KETUA 'PENGGANAS' DI ASIA TENGGARA

Maklumat dari bekas anggota risikan Kor Angkatan Tentera kita yang pernah berkhidmat di Sabah tatkala Tun Datu Mustapa sebagai KM di sana. Kerajaan Malaysia membeli senjata yang canggih manggih dari Iran dan menyalurkannya kepada tentera Abu Sayyaf. Penghantaran senjata ini dibuat oleh TLDM di mana satu pertemuan diadakan di Laut  Sulu atau Laut China Selatan yang memisahkan antara Sabah dan Kepulauan Filipina. Maklumat ini adalah dari anggota risik yang terlibat.

Saya merasa curiga apabila dikatakan sebuah kapal/bot nelayan diserang dan akhbar melaporkan bot itu karam. Tiba-tiba maklumat dari nelayan Indonesia di mana anaknya yang diisterikan oleh seorang warga nelayan di Malaysia melaporkan bahawa ada melihat bot itu tertambat di sebuah jeti di sana.

Saya merasakan taktik yg dilakukan untuk mengalih isu badan kehakiman yg dikomen oleh Mahathir disambut luar biasa oleh pengkritik dan penganalisis politik. Akahbar-akhbar melaporkan berita yang bercanggah sehingga seorang exco Perak turut melatah kerana dikatakan hendak mengadakan demontrasi di hadapan duta Indonesia di Malaysia.

Kita juga dahulu sudah tahu bahawa ada pengiriman bekalan makanan yang dibawa oleh anggota tentera kita ke Aceh, di mana pasukan penghantar kita ditembak. Sudah pasti bekalan itu tidak makanan sahaja dan ada senjata yang terlibat.

Regim Mahathir berusaha melayarkan empayarnya ke negara jiran secara 'lontar batu sembunyi tangan'. Usaha ini sudah bermula sejak sekian lama setelah beliau memerintah (20 tahun lalu) dan saya percaya kejatuhan Suharto adalah antara lain disumbangkan oleh beliau.

Keganasan tentera Abu Sayyaf terhadap Pulau Sipadan jika kita masih ingat sememangnya bertujuan membalas dendam terhadap regim Mahathir. Adalah merasa anih kehadiran bot-bot mereka tidak dikesan oleh radar tentera kita, melainkan it u adalah satu helah kerana perundingan yang dibuat antara pihak Mahathir dan Abu Sayyaf menemui jalan buntu dan berakhir dengan tawanan yang dibawa pergi oleh anggota itu.

Untuk menutup rekod pertemuan antara kumpulan Abu Sayyaf dan wakil regim Mahathir, maka dikatakan kumpoulan Abu Sayyaf menceroboh Pulau Sipadan. Pada hemat saya orang yang sedang berunding dengan kumpulan Abu Sayyaf (KAS) itu adalah anak Mahathir sendiri.

Justeru itu kita tidak hairan Aziz Samsuddin, Yong Teck Lee dan beberapa wakil UMNO berunding dan bertemu KAS di Filipina dalam usaha membebaskan beberapa tawanan Malaysia dalam peristiwa penahanan itu. Juga tidak hairan apabila wartawan kita nampak ada anak-anak Filipina yang memakai baju 'UNDILAH BARISAN NASIONAL'.

Hakikatnya perjanjian yang wujud antara KAS dan Mahathir serta pejuang Aceh dan lain-lain kumpulan di Indonesia ialah bahawa mereka akan membekalkan cukupan bilangan 'pengundi hantu' yang diperlukan. Sebagai gantian 'senjata' diberikan. Ini adalah MOU yang dicapai di antara regim Mahathir dan warga asing ini. 

Berbalik kepada penembakan oleh tentera Indonesia itu kini juga telah padam bara kehangatannya. EXCO yang dikhabarkan akan melakukan demo di hadapan itu jika tidak silap, sudah membatalkan niatnya. Lakonan drama tembak menembak di Selat Melaka dikatakan sebagai menutup malu kerana cabulnya mulut Mahathir menghentam sistem kehakiman. Beliau boleh diseret mengikut undang-undang, kerana menghina sistem kehakiman negara.

Justeru itu untuk segera menutup kelemahan ini maka 'drama' pembunuhan nelayan dilakukan. Pada hemat saya nelayan itu tidak mati kerana sampai saat ini mayatnya tidak ditemui dan saya pasti keluarga nelayan terlibat akan berpeindah dari kampong halaman mereka bagi memulakan kehidupan baru di tempat lain.

Helang Rimba

Jumlah pembaca:orang