KEBAKARAN YANG DIPENTASKAN

Dalam dua hari ini, berturut-turut dihidangkan akan cerita yang menggemparkan. Tidak semena-mena musim kebakaran tiba bagai pesta di ladang tebu ketika menuai. Kini ia melibatkan Universiti malaya dan Universiti Putra. Kita menjangkakan siri pembakaran ini akan berterusan di institusi lain dan mungkin juga jabatan kerajaan. Kenapa???? Kita wajar merenung kembali sejarah Hitler yang sanggup membakar Parlimen dengan mengupah seorang yang kurang akal demi MEMFITNAH barisan pembangkang!!! Seperti kata pujangga- HISTORY REPEAT ITSELF.(Sejarah sentiasa berulang)

AKHBAR MULUT DAKYAH

Liputan akhbar tempatan yang sudah hilang krediblitinya amat menarik sekali. Utusan Malaysia dengan berani mengatakan DTC Universiti Malaya dibakar, manakala Berita Hairan pula mengandaikan kebakaran sebagai punca khianat. Begitu juga dengan akhbar lain. ( Nanyang dan China Press bagaimana??) Maka berbagai teori dan telahan dibuat oleh pelbagai jabatan terbabit seperti PDrM, bomba dan pihak keselamatan institusi terbabit.

Dalam kes Universiti Malaya lebih unik lagi, kerana keesokan harinya dijadualkan pertemuan Presiden Umno yang menjawat jawatan Perdana Menteri terlama di Malaysia, Dr. Mahathir dengan para mahasiswa UM. Majlis Simposium Halatuju mahasiswa di alaf Baru di bawah seliaan rahim Thamby Cik itu akan dihadiri katanya 3000 pelajar. Mungkinkah terdengar khabar angin pelajar akan memboikot atau akan kurangnya sambutan. Ataupun sambil menyelam minum air!?? Apakah kerana sudah hampir pasti majlis itu akan disambut dengan demonstrasi terhadap si Tua itu maka satu diversion perlu dibuat demi maruahnya.?? Dengan kejadian yang mengorbankan harta bernilai RM jutaan itu dapat ‘memerangkap’ pelajar sekaligus menyelamatkan airmuka Mahathir?? Bukankah juga selepas ini sebuah syarikat kontraktor kroni boleh menyambung nyawa….????

TEMPAT MAJLIS BIASANYA DIKUARANTIN SB!!!

Kalau mengikut protokolnya, PDrM belaan mahathir dari cawangan Khas akan sentiasa meronda dan menyondol kawasan sekitarnya demi keselamatan PM, Dr Mahathir sehingga selesai majlis. Pada malam harinya, kawasan itu akan ‘ditutup’ kepada orang luar termasuk mahasiswa dan yang bebas mundar-mandir hanyalah cawangan Khas dan unit keselamatan Universiti!! Siasatan sepatutnya berfokus di sini. Bukan dengan menayang-nayang risalah parti Alternatif sambil mengandaikan penglibatan pelajar yang terhasut oleh pihak Parti alternatif. (Jangan lupa sudah ada beberapa pelajar yang ditangkap di Masjid Negara semasa demonstrasi terhadap ISA- mungkinkah mereka akan diugut seperti Nallakaruppan??)

Kita juga tahu adalah mustahil bagi mana-mana individu untuk mencetuskan kebakaran dalam keadaan yang terkawal 24 jam –round the clock!!!! MELAINKAN ianya adalah sesuatu yang terancang dan di bawah seliaan mereka itu sendiri- pihak berwajib!!! Kita bertanya apakah kawalan keselamatan bersusahpayah memadamkan api ataupun mencetuskan kebakaran. Hanya unggunan api bikinan yang mampu merebak dengan cepat dan mungkin dibantu pula oleh pemangkin seperti minyak!!!

TEMPOH MEMADAM API TERLALU PANJANG

Kenapa pula kebakaran itu lambat dihentikan??, Sedangkan ianya dikawal oleh cawangan Khas 24 jam demi mengelaknya sabotaj dari pihak ejen asing. Demi mengelak dari kehadiran bahan letupan atau molotov-cocktail dari bersepah di kawasan itu, PDrM unit siput babinya akan menyikat kawasan itu dari hujung ke hujung sepanjang malam tanpa henti. Sebarang kecurigaan akan disiasat dalam menjaga nyawa Perdana Menteri dari parti umcino- Dr. Mahathir yang kini digelar Bapa Haprak negara..!!! Pendek kata kawasan itu akan dijaga rapi sepanjang malam.

Kenapa masa yang diambil 3 jam untuk memadamkan kebakaran sedangkan kita tahu peralatan awalan mencegah kebakaran bersepah dalam universirti ini? Bukankah di tiang- tiang DTC terdapat ‘fire extinguisher’? Kenapa dengan sistem perhubungan canggih dan unit keselamatan yang ramai serta cawangan khas yang berkeliaran tak dapat memadamnya dalam kadar yang cepat? Kita juga tahu bahawa DTC adalah diperbuat dari simen bahan asasnya, bukannya kayu yang boleh merebak cepat.

APA KOMEN MAHATHIR ?

Secara berseloroh beliau berkata: “ Masuk universiti bukan untuk bakar dewan.tak payah belajar tinggi-tinggi pun orang boleh bakar dewan. Orang bodoh tongong pun boleh bakar”

“ tak tahulah kalau tiba-tiba pada pukul 3 pagi dewan (DTC) tu, tiba-tiba bakar diri sendiri. Itu ada kemungkinan juga”

……………Mingguan Malaysia Ahad 1 Julai 2001

Sebagai seorang yang paranoid beliau terus-terusan menghentam pelajar dan memfitnah. Sedangkan beliau tahu kebanyakan pelajar IPTA dan yang aktif berpersatuan adalah pelajar Melayu. Inilah rupa sebenarnya Perdana Menteri haprak yang masih dikekalkan kekuasaannya oleh 2000 ‘penyamun’ dalam perhimpunan Umcino yang lalu.

Secara kebiasaannya haprak ini mengarah PDrM menyiasat dan mesti mensabitkan Pelajar UM terutamanya golongan yang aktif dalam Persatuan Pelajar dan yang mirip Ke arah Barisan Alternatif. Sama seperti kejadian SAUK tahun lepas yang cuba dikaitkan dengan Parti PAS.

APA PULA FOKUS SIASATAN??

[Timbalan Pengarah Jatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk ramli Yusof berkata, satu pasukan khas ditubuhkan dan di bawah seliaan Ibupejabat PDrM Bukit Aman. Beliau menegaskan bahawa beberapa individu termasuk pelajar dan orang awam telah dipanggil untuk siasatan.]

……………..Mingguan Malaysia Ahad 1 Julai 2001

Merujuk kepada akhbar  dan media kelmarin, ada dikatakan bahawa dijumpai beberapa helai risalah yang dibuat menghasut pelajar memboikot majlis terbabit. ( Jalan cerita yang sama digunakan ketika mengaitkan PAS dan Al maunah- hanya kerana risalah!!) Dikatakan juga risalah terbabit dijumpai bersepah di seluruh kampus.!! Jika benar ianya berlaku, tentu saja akan dihalang oleh pasukan Keselamatan dan SB yang berkeliaran. Atau mungkin juga iaanya disebar ketika pegawai cawangan khas terbabit leka ataupun sengaja melekakan diri supaya risalah boleh disebar dengan meluas!! Siapakah mereka itu???? Agen provokasi tajaan umcino kah atau SB yang menjadi alat kepada kerajaan pimpinan haprak???

RAIS YATIM PUN MENCELAH!!

Berdasarkan pengalamannya membakar jambatan dahulu semasa krisis Umcino, beliau juga memberikan pendapatnya sebagai seorang yang berkelulusan undang-undang. Beliau menekankan supaya siasatan mesti mencari punca kebakaran. Sekiranya tiada bukti litar pintas sebagai punca, maka siasatan mesti bertumpu ke arah sabotaj, kerana ia mungkin dilakukan kerana hendak menghalang majlis bersama Perdana Menteri itu!!

Beliau juga menekankan akan perlu dicari sebab sebenar kebakaran itu, sekiranya melibatkan sabotaj ia harus ditangani sehingga ke akar umbinya.

……………..MM Ahad 1Julai 2001.

Menteri ini sekali lagi meneruskan plot sabotaj sebagai punca kebakaran di DTC. Malah beliau akan mengarahkan pula AUKU dikaji dan diketatkan pelaksanaannya. Beliau menjadikan politik mirip kepartian dalam Universiti sebagai punca yang mungkin menjurus kepada kejadian yang kununnya mempengaruhi pelajar. Tidak mengejutkan kerana Pembakar jambatan bekas pemimpin SM46 ini memanglah akan melakukan apa saja demi memuaskan hati HAPRAK yang seorang itu!!

KESIMPULAN:

Apa saja berita yang terhidang dalam media ini mestilah kita selidiki secara mendalam dan rasional. Jangan kita mudah-mudah menerima andaian-andaian dan penghujahan mereka. Ambillah fakta Sains dan turutan kejadian serta situasi sebenar sekitaran tempat kejadian sebagai pertimbangan. ‘MATLAMAT MENGHALALKAN CARA’ bukannya prinsip dalam politik Malaysia yang diamalkan oleh Barisan Alternatif. Namun pendekatan itu terbukti diamalkan oleh Kerajaan pimpinan Umcino sekarang.

Selidiki dan hayati lah sejarah lampau negara yang diwarnai oleh ketidakadilan demi memuaskan ego seorang pemimpin yang sudah usang dan di senja pemerintahannya.

Dr Nologareng.

Jumlah pembaca:orang