Perjuangan Yang  Tak Akan  Selesai

Pembakaran  Dewan Tunku  Chanselor  UM  yang  dikatakan sebab  khianat  itu telah menyerlahkan  banyak  teka-teki  yang sudah pasti tidak diduga  lebih  awal  oleh para penulis skrip  ‘Drama  Menara  Gading’ di  Babak  Pertama  itu.

a) Tulisan  ‘Kebakaran  Yang  dipentaskan’  oleh  Dr. Nologareng menunjukkan betapa rakyat bukannya  bodoh  untuk  mengagak  siapa  sebenarnya  yang membakar dewan itu. Orang  kampung  di  pendalaman  pun  tahu  sebelum  PM  ataupun  TPM tiba di sesuatu  kampung,  orang  jabatan khas  sudah lama  berkampung  di  situ dulu. Apatah lagi  di  UM.

b) Rahim Tamby Chik  dan Dasuki  sanggup  menyengehkan  muka  terpampang di akhbar dengan memegang ‘risalah menghasut’ yang  diedarkan  di  merata kampus. Sekaligus, risalah  itu  dikatakan  bertanggungjawab  untuk  menggerakkan  orang membakar dewan. Sekaligus  tuduhan  dikiaskan  kepada  ‘pelajar  militan’  yang bertindak  membakar.  Siapakah  pelajar  militan  itu sehinggakan  terpaksa menunggu  kemunculan  Mahathir  membakar  dewan  mereka?  Apakah  mereka tidak ada  otak  untuk  membakar  tempat  mereka berkampung?  Sampai  begitukah tongongnya  pelajar  Melayu sehingga  sanggup  membakar  dewan  kerana  marahkan Mahathir. Padahal  mereka  cuma belajar  membakar  kelambu  kerana bencikan nyamuk?

c) Apakah  yang  dibuat  oleh  Rahim Tamby Chik  dan Dasuki? Melibatkan  diri mereka  dengan  pelajar  untuk berpolitik?  Bukankah  UMNO  dan  Mahathir  tidak mahu  pelajar  berpolitik? Bukankah  Mahathir menekankan  agar  pelajar tumpukan  tenaga kepada  pelajaran?  Kalau  itulah  tema  ucapan  Mahathir kenapa  khaskan  ucapan  itu  hanya  pada 1,000 pelajar  pilihan?  Kenapa  tidak bercakap  di TV  dan  diedarkan  TV itu  kepada  segenap  IPT  untuk  didengar oleh  semua  golongan  pelajar?  Kemudian siarkan  ucapan  itu  secara  bersisi agar  ibubapa pelajar  boleh turut  mendengarnya?  Kalau  tujuan  Mahathir ialah  untuk menasihati  pelajar,  kenapakah  program  itu  tidak  diuruskan sendiri  oleh  universiti,  dan  Mahathir  menunggu hingga  Ogos  ini  ketika universiti  itu  mengadakan  konvokasinya? Apa   sebenarnya  tujuan  pembabitan Rahim TC dan Dasuki?

d)  Memberi  syarahan  khas  dan  membabitkan  pelajar  kepada  syarahan  itu sedangkan  sebilangan besar  pelajar lain  tidak  pun  terlibat,  membawa banyak konotasi. Ibubapa  harus  mempertikaikan  program semacam  ini,  kerana  ini tidak  termasuk dalam  agenda  pembelajaran  universiti. Hubaya,  hubaya  adanya  program  putaran  minda  oleh  UMNO.  Mahathir  bukan  menghadiri  program  khas itu  sebagai Perdana  Menteri, tetapi  sebagai  Presiden  UMNO. Sampai  bilakah  rakyat  marhaen  mahu  ditipu?

e)  Penglibatan  Puteri  UMNO  dan juga  Pergerakan  Pemuda  UMNO dalam perjumpaan  itu  adalah  bukti  bahawa  itu  adalah program  UMNO  untuk memikat  golongan  pelajar  universiti, terutama  sekali  golongan  siswazah untuk  menganggotai  Puteri  dan  Pemuda  UMNO.  Puteri UMNO  mempunyai  sasaran untuk  menarik  sekitar  1,000,000  (satu  juta)  ahli menganggotai pergerakannya,  sebelum  pelancaran  rasmi.  Pemuda  UMNO  diberikan  taklimat khas  supaya  setiap  pemuda menarik  5 orang  pemuda  lain  menganggotai parti. Kerana  itu  sasaran  dibuat  untuk  menjemput  wakil-wakil  pelajar  daripada semua  universiti dan  institusi  pengajian  tinggi.  Untuk  melicinkan  proses menyauk  ahli baru  ini  Paklah membuka  bengkel khas itu  dan  Mahathir menutupnya. Ini  adalah  satu  ‘reverse proceedings’ yang  jarang  dilakukan  dalam  protokol  diplomasi,  tetapi  kerana  UMNO sudah  nazak, ia dipraktikkan juga.

f) Rahim  TC  adalah  insan  yang  merupakan  sebahagian  sejarah  hitam  UMNO. Tanya  ibubapa  kepada  ahli persatuan  anak  Melaka  di  ibukota. Tentu  ada kisah  gadis sunti  Melaka  yang  ‘termengandung’  dan  dibiayai  oleh  seorang pemimpin politik  UMNO  Melaka. Ini bukan cerita  melibatkan  seorang  gadis Melaka  yang menjadi  GRO ataupun  adiknya yang  akhirnya  mengandungkan  anak luar  nikah  yang diisytiharkan  di  mahkamah  Melaka  sebagai  hasil  kerja sepuluh  ‘budah  kaki  dadah’  yang  mengaku  menyondolnya.  Ramai lagi  gadis Melayu  Melaka  yang menerima  pengalaman yang  sama  sehinggakan  ada  beberapa gadis Melayu itu  mencari  ‘perlindungan’ di  gereja  dan  akhirnya  bertukar agama. Cerita  aib  ini tidak  terbongkar  kerana  terlalu aib hingga  mampu mendorong  seorang  dua  golongan ibu  dan bapa  di  Melaka  membunuh diri sendiri.  Tetapi,  kini perkara  ini  terpaksa  didedahkan  sedikit.  Kalau begitulah  taktik  UMNO  yang  terbaru  untuk  mendapatkan  keahlian  barunya terutama  sekali  dengan  pembabitan Azalina Othman,  Rahim TC, Dasuki  dan Aziz Shamsuddin eloklah  Pergerakan Wanita  UMNO  mengambil peranan  sebelum terlambat.  Wanita  UMNO  harus  kipaskan  isyarat  kepada semua  ibu-ibu Melayu  yang  mempunyai  anak-anak  gadis  di menara gading  agar  menjauhi suasana  seperti  ini kerana  bahananya  nanti adalah  lagi gadis sunti  di menara gading  itu  yang  akan  retak  mahkotanya. Rahim Tc  dan Dasuki bukannya  pelahap  sembarangan.  Begitu juga  Aziz  Shamsuddin.

g) Sebaik sahaja  berita  kebakaran  DTC  disiarkan  oleh  akhbar  Azalina Othman  sudah  pun menyiapkan  memorandum Puteri  UMNO yang mahukan  Naib Chanselor  UM, Dato’ Dr. Anuar  meletakkan  jawatan.  Alasan Azlina ialah Dr. Anuar  gagal  menjalankan  tugas. Gesaan Azalina itu disokong oleh  Aziz Shamsuddin  tanpa  mengambil  kira  siasatan  polis  yang belum  selesai.

“Kalau pendapat  Azalina  berasas kita  sokong bukan untuk saya, saya tak  akan  jadi  NC  kerana  orang  yang  akan  jadi  NC  ialah orang  yang  layak memimpin  untuk  kepentingan  negara,”  katanya.

Beliau  juga berkata;  “Saya menghormati  cadangan  yang  baik, kalau  kita pilih  NC  yang  lebih  bertanggungjawab dan boleh  memberi  prestasi  yang lebih  baik  kepada   universiti kita cari.”

Lihat,  kenyataan  haprak  seorang  menteri  yang  separuh  gila., tetapi  amat besar kuasanya  untuk memutarkan  minda  Mahathir. Kerananyalah  tujuh  pemimpin UMNO (termasuk  seorang  exco Negeri Kedah)  terpaksa  dikorbankan  dengan tuduhan  rasuah.   Kerananya guru-guru wanita  terpaksa memikirkan bila mahu susun jadual mengandungkan  anak. Inilah  juga  manusia  yang  merancang pengaiban  Anwar  Ibrahim sehingga  Mahathir  sanggup  menangkapnya dan mengaibkannya.

Apakah status  Aziz Shamsuddin kalau  bukan sebagai  Menteri  Pelajaran  yang sebenarnya. Cuma jawatan  itu  diproksikan  kepada  Dr.  Musa . Kerana  itu, apabila  dewan  di  universiti itu  terbakar,  menteri  pelajaran  rasmi  tidak buat  apa-apa komen  sedangkan  dia  ada  dalam negara. Aziz  Shamsuddin yang mengatakan  dewan itu  dibakar  dan sokong  apa  yang  dicadangkan oleh Azalina Othman.

h)   Kebakaran  yang  dipentaskan  itu  secara tidak langsungnya  merupakan sambutan ‘bunga api’  satu  fenomena  baru  dalam  aktiviti  UMNO.  Aziz Shamsuddin  sudah  mengisytiharkan  pengganti  kepada Umi  Hafilda  yang  dulu merupakan  primadona  Episod  Anwar  Ibrahim.  Besar  kemungkinan  Azalina Othman  akan  menjadi  satu  ‘primadona ‘ terbaru  untuk  menjahanamkan  siapa pula?   Kalau  rencana  terkini ialah  untuk  menjatuhkan Paklah,  tentu  Aziz Shamsuddin  telah  mengambil kira  kewujudan  saki-baki  Nasrul Haq sebuah persatuan  silat  yang  dulunya  dinaungi  oleh Paklah.

h) Apabila  DTC  di UM  terbakar, Azalina  Othman  dengan pantas  menyiapkan memorandum  meminta  NC  Anuar meletakkan  jawatannya.  Tetapi  dalam  masa  dua puluh  empat  jam  sebuah  dewan  metamatik dan komputer  terbakar  di  UPM. Kenapakah  Azalina  Othman  dan  Aziz Shamsuddin tidak  menghantar  memorandum meminta NC  di  sana  meletakkan  jawatan?  Ada  dua  jawapan  dalam  teka-teki ini: Satu,  kebakaran  di  UPM  adalah  kebakaran  biasa  sebagai  pengajaran daripada Allah  agar  orang Melayu  sedar  akan  erti satu  kebenaran ketika memantau  episod  DTC.  Kedua,  Aziz Shamsuddin berjaya  meletakkan  patung politik bikinannya  di  UUM dan memindahkan  NC  yang dulu  ke  Tanjung  Malim. Ini bererti,  Aziz Shamsuddin ada  niat jahat  untuk  memperalatkan  keseluruhan institusi menara gading  sebagai  satu ‘force’  untuk  didalanginya  dalam  masa yang  terdekat.  Memang  licik si  bedebah  ini  sehinggakan  orang  UMNO sendiri  takut  kepadanya dan jijik  mahu  meletakkannya  sebagai  ketua bahagian. Terpaksalah  disembelih ketua bahagian  yang  menerima  undi yang terbanyak  untuk  membolehkan Aziz menang  secara  tipu  muslihat.

j)   Persidangan  Tahunan  UMNO  baru  sahaja selesai. Bil-bil pembelian yang dibayar melalui  kad  kredit oleh para  pemimpin, tentu belum dilunaskan sepenuhnya. Tetapi, kita  nampak  satu  agenda  terbaru  UMNO sudah  pun bermula.  Pada  persidangan di PWTC  dulu, majlis  hanya  berupa  ‘Majlis Pok-amai-amai’ sahaja. Tidak ada  sesuatu  yang  menarik selain  kisah  Melayu yang  malas,  dungu,  tidak pandai  belajar, tidak tahu  bersyukur    dan  mudah pelupa. Semua  itu  dirumuskan  dalam  satu  sajak  haprak “Melayu Mudah Lupa”.

Selangor baru  sahaja  selesai  melaksanakan  Konvensyen UMNO ke-10  yang “menggariskan  pelbagai resolusi  berhubung  politik, ekonomi, sosial, agama dan pendidikan  yang perlu diberi  perhatian  bagi menetapkan sistem masyarakat sesebuah negara.” Demikianlah  orang  Melayu ditipu  dan  dipukau  lagi.  Apakah gunanya  satu resolusi  untuk  sistem  masyarakat  sesebuah  negara  selepas dilangsungkan  persidangan  tahunan? Kenapa  tidak  tunggu  melaksanakannya tahun  hadapan  sebelum persidangan tahunan  yang baru?    Ini  adalah  satu gambaran  betapa  Persidangan tahunan  di  PWTC  hanya  untuk bertemu muka dan bersuka-suka.

Apakah pentingnya  konvensyen ke-10  itu  jikalau dibandingkan  dengan  Kongres Kebangsaan  Sains dan Teknologi Melayu  yang  dilangsungkan hanya  satu bulan yang lalu  di Shah  Alam  di mana  16  resolusi telah  diumumkan?  Kongres ini ditaja oleh  UMNO  dan  menyeluruhi  negara  kerana  pembabitan  Ahmad  Sarji dan  Pergerakan  Pemuda  UMNO  Pusat?  Sila lihat  Utusan  Malaysia  Rabu  30 Mei  muka surat  11, ada disebutkan segala  resolusi  yang  berjumlah   16 semuanya.

Kalau  semua  pelajar  Melayu  di  universiti  mahu  diperkasakan  mindanya, kenapakah mereka  tidak ditaja  untuk melibatkan  tenaga  fikir  mereka dalam KKSTM  itu  dulu?

Jawapan kepada  beberapa  soalan di atas ialah  kerana  UMNO  mahu  menambahkan keahlian  yang  semakin  terhakis. Semua  usaha  untuk  meraih sokongan Melayu kini  ditumpukan  kepada  warga  mahasiswa  dan  siswi  dan  semua belia  yang akan  menjadi  pengundi  pada  2004  nanti.

k) Kini,  Mahathir  membabitkan dirinya  dalam setiap majlis bersama  rakyat. Tidak  kira  untuk  membukanya lagi, cukup  setakat  menutup  majlis  sahaja. Kenapa?  Taktik  ini  ada  satu  muslihat  menentukan  jumlah  penonton  yang bersesuaian  tetap  ada  untuk  mendengar  bebelan  seorang diktator nyanyuk  dan separuh gila.  Dia  akan  bercakap  dengan tajuk ‘Perjuangan  yang  Belum Selesai’.  Ini  adalah  satu  tajuk  yang menjadi  kunci kata  untuk  memukau dan  memutarbelitkan  fakta  sejarah  Melayu.  Melayu  tulen  di seluruh  negara tahu  perjuangan  mereka baru sahaja bermula  selepas diculik  dan  diliwat oleh  kumpulan  malbari  yang  disokong oleh golongan  atasan  Melayu  yang rakus  dan  berpura-pura  dengan ajaran Allah.  Kalau mereka  ini  betul-betul bertakwa  mereka tentu  sudah  lama  sedar  bahawa  dalam  hidup  ini sesuatu perjuangan itu hanya  selesai  apabila si pejuagnnya  masuk ke liang lahad. Apakah  anihnya  dengan cogankata  ‘Perjuangan  yang Belum  Selesai?’  Ini hanya  satu  kunci kata  untuk terus  memukau  dan  memperlekehkan  Bangsa Melayu.  Inilah  cogankata  yang  menipu  bangsa Melayu sejak dua puluh  tahun yang  lalu.

Kuncikata  yang  menipu dan memukau  inilah membuatkan  Melayu  menjadi satu bangsa  yang semakin  bingung dan bercelaru.  Contoh terbaik ialah kenyataan Hisyamuddin  Hussein  yang mahu  mendedahkan  bukti  adanya  pelajar  yang menentang  kerajaan.  Benarkah  ini? Apakah salahnya  kalau  ada pelajar yang tidak sehaluan dengan  pemikiran kerajaan?  Kalau  itu  dianggap  salah, kenapa tidak  ditangkap  sahaja  semua  ahli parti  pembangkang. Bodoh  sangat Hishamuddin  ini  rupanya.  Dia  terpukau  dengan  kunci kata  ‘perjuangan  yang belum  selesai’ sehingga  terlupa betapa  dia naik  hasil  ‘telunjuk dan  undi nostalgia’  sahaja. Dia  mengkiaskan apabila  DTC terbakar,  pelajar  yang tidak  sehaluan  dengan UMNO  mesti ditangkap. Kenapa  tidak  ditangkap timbalannya  yang  mengugut membakar sebuah  Dewan perhimpunan Cina?

UMNO  bikinan  mamak malbari yang memperkasakan budaya malbari (seperti  tulisan Amin Sapiro) mempraktikkan apa  sahaja  untuk  memperkasakan ketuanan  UMN Baru(a)  yang ada. Ini diperkokohkan dengan kunci kata  ‘Perjuangan  yang  Belum Selesai’. Kini  ia diperkasakan  oleh sejak  ‘Melayu  yang  Mudah lupa’. Sebenarnya  Melayu  tidak mudah lupa  walaupun  sudah  20 tahun  perjuangan Mahathir  belum  selesai.   Cuma,  Melayu  terus bersabar  menunggu harinya. Orang  Melayu tulen  sudah  lama  sedar  betapa  perjuangan  yang belum  selesai itu  sudah  sampai  ke  tepian  kerana  negara  sudah  semakin  muflis  dan tidak  ada  lagi  yang  boleh  dibanggakan.    Fikirkanlah  dalilnya  dulu  dan sambunglah  kisah  ini..........

Qalam Kencana                                                        2  Julai, 2001

Jumlah pembaca:orang