Likas Tidak Akan Berakhir Seperti Lunas
 
 
KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Pilihan raya kecil Likas pada 21 Julai ini tidak akan berakhir seperti pilihan raya kecil Lunas Nov lepas kerana senario politik di kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri adalah berbeza, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Kejayaan pembangkang di Lunas, Kedah bukan kerana kekuatan mereka tetapi lebih kerana sentimen perkauman, katanya.

" Penduduk Sabah lebih berminat dalam keamanan, kemakmuran dan kestabilan politik selain daripada pembangunan dan kemajuan ekonomi," kata Salleh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri kepada pemberitau selepas menerima kunjungan ketua penaja Puteri Umno Sabah, Rosnah Abd Rashid Shirlin di Kementerian itu di sini, Isnin.

-- BERNAMA