PERLAKSANAAN AFTA – KESANNYA KEPADA PENANAM PADI DI KEDAH

OLEH : SHAM ABADI

AFTA atau ASEAN Free Trade Agreement adalah satu perjanjian yang melibatkan semua negara anggota ASEAN . Dalam perjanjian itu  yang juga dikenali sebagai CEPT – Common Effective Preferential Tariff Scheme barangan siap yang 40% komponennya adalah dari Negara anggota ASEAN adalah dikira sebagai barangan tampatan dibenarkan dijual di Negara ASEAN dengan tarif perdagangan dikurangkan kepada 0 – 5 % sahaja menjelang Januari 2003. Antara barangan yang terlibat dengan perjanjian AFTA – CEPT adalah Industri kereta yang mana Malaysia dan Thailand adalah anggota ASEAN yang terlibat.

Maka menjelang Januari 2003 Malaysia dan Thailand bolehlah mengekspot kereta ke Negara ASEAN yang lain dengan tarif hanya 0 – 5 % sahaja yang dikenakan oleh negara pengimpot dikalangan anggota ASEAN. Soalnya mampukah Malaysia bersaing dengan Negara Thailand dalam Industri kereta ini memandangkan Thailand hanyalah menjalankan usaha pemasangan kereta manakala Malaysia pula adalah negara pembuat kereta – PROTON dan PERODUA. Apakah mampu Proton dan Perodua mengurangkan kos untuk menyaingi harga kereta dari Thailand yang sudah pasti jauh lebih rendah dari harga  kereta buatan Malaysia ini.

Sekarang ini Proton dan Perodua mampu bersaing dengan kereta – kereta luar negeri lainnya adalah kerana tarif atau cukai yang dikenakan terhadap kereta impot yang lain adalah sangat tinggi menyebabkan rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain membeli kereta Malaysia . Dengan AFTA , tarif bagi kereta dari Thailand hanya maksimanya 5 % sahaja. Maka saya sendiri sudah pastilah akan membeli kereta yang diimpot dari Thailand.

Masalah ini dengar khabarnya telah mendapat perhatian Menteri Perdagangan Antara Bangsa Rafidah Aziz @ itik gembo-gembo. Difahamkan juga Gembo-gembo ini telah memohon kepada kerajaan Thailand untuk menunda pelaksanaan AFTA ini ke tahun 2005. Dari maklumat yang diterima Thailand hanya bersetuju dengan bersyarat pula . Syaratnya ialah untuk menunda ekspot kereta Tailand ke Malaysia ke 2005 kerajaan Malaysia mestilah membenarkan Thailand menjual beras Siam ke Malaysia.

Apa akan jadi kepada Petani dan Penanam – penanam padi terutamanya di Perlis, Kedah Seberang Perai , Kelantan dan Utara perak? Jika beras Siam ini dibenarkan dilonggokkan ke pasaran Malaysia harga beras Siam ini pastilah jauh lebih murah dari beras tempatan dan para penanam padi dan keluarga yang bergantung pada padi berjumlah hampir satu juta orang yang sudah pastilah terdiri dari pada Orang Melayu . Apakah BERNAS akan memainkan peranan nya sekali lagi untuk menindas para penanam padi sebagaimana yang berlaku sedikit waktu dahulu yang kecoh dengan potongan padi basah sebanyak 16 kg. Setiap tan ? Atau BERNAS akan bertindak sebagai agen mengimpot beras siam pula?  

Soalan kita kepada UMNO apakah tindakan tuan-tuan untuk membela nasib para penanam padi dan keluarga mereka sekiranya ini berlaku. Mana lebih penting menyelamatkan 2 syarikat kereta milik kroni atau 1 juta rakyat marhaen. Perlu ditekankan disini , kawasan yang bakal terlibat nanti adalah kawasan yang dikuasai oleh  parti alternatif . Maka sekiranya UMNO memilih untuk menyelamatakan kroni maka kerajaan akan dilihat menghukum rakyat kerana memberi sokongan terhadap PAS di kawasan yang terlibat.

Adakah UMNO akan kekal sebagai pembela kroni dan bukan lagi pembela Melayu ? Sama – sama lah kita tunggu dan lihat lakonan mereka yang berada di puncak kuasa itu .

Apakah bakal nasib malang penanam padi adalah agenda Mahathir dan kuncu – kuncunya untuk membalas dendam.

Wahai pencinta keadilan sejagat marilah kita sama – sama sebarkan mesej ini agar rakyat bangun menuntut  Mahathir menunaikan tanggung jawabnya membela Melayu . Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru kita bertindak . Sama – sama lah kita tunggu pengumuman mereka, apakah usaha yang bakal mereka lakukan untuk membawa para penanam padi kita ini keluar dari kemelut yang menakutkan ini. Jangan sampai terlambat. Para penceramah BA sila sebarkan  perkara ini kepada rakyat jelata agar mereka tidak lupa . Biar jika ada lagi para penanam padi ini masih lagi menjadi ahli UMNO supaya menuntut pemimpin mereka bertindak segera . Jangan sampai perjanjian telah dimeterai baru hendak berdemo. Itu sudah terlambat . Jangan benarkan Mahathir menekan rakyat Marhaen.Bangunlah wahai Bangsaku.NYAH MAHATHIR !!!!

REFORMASI 3 X ……………ALLAHUAKBAR 3 X

Reformis KeADILan,
Sham Abadi.