Isu Negara Islam !!! Senjata Makan tuan !!!

Bolehlah kita maksudkan Isu Negara Islam lah.. senjata terbaru UMNO bagi memecah belahkan Barisan Pembangkang!! Tapi apa yang akan terjadi nanti senjata mereka sendiri akan makan tuan..dengan ber das das tembakan berpatah balik kepada UMNO!! Mengapa saya kata begitu!! kerana peristiwa lalu  telah meceritakan segala galanya!!

Masihkah kita ingat dengan Isu Kharaj (cukai tanah) yang digembar gemburkan oleh UMNO & the gang selepas PAS berjaya menawan Terengganu!! Kharaj diperkenalkan oleh kerajaan PAS selepas berjaya membentuk kerajaan di terengganu!! Isu ini berlarutan sehingga berbulan bulan lamanya.. dalam masa itu berlakulah pertikaman lidah dan persoalan antara PAS dan DAP serta masyarakat cina amnya!!!Akhbar Perdana sahaja menjadikan isu ini sebagai berita utama dan isu ini  diletakkan di muka hadapan akhbar!! begitu jugalah.. dengan berita berita yang sering keudara di Tv3,tv1.. sekurang kurangnya satu malam diperuntukkan 10minit..bagi menyerang Kerajaan PAS terengganu kerana isu Kharaj!!!

Tapi persoalannya.. agak agak kita kemanakah menghilangnya isu isu ini... isu ini bukan sahaja hilang begitu sahaja..malah dengan kuasa Allah!! setelah penerangan demi penerangan diberi..semua masyarakat dan agama menerima baik sistem Kharaj ini..dan mereka juga mengakui sistem ini lebih baik daripada sistem cukai sebelumnya!!

Biasa lah.. dalam kita nak berdakwah dan membawa agama Islam kepada penganut agama dan bangsa lain memang ada sedikit dugaan dan cabaran!! tetapi akhirnya Islam akan dapat diterima!! dugaan kita hadapi ini tidak lah sepayah dakwah yang dibawa oleh rasulullah kepada golongan Musyrikin Mekah!!  dahulu ketika nabi berdakwah.. ada golongan golongan dikalangan orang kafir ini menjadi penghalang kepada dakwah rasulullah ada yang meng fitnah nabi! ada yang membaling batu sehingga berdarah tubuh nabi..ada yang pengikutnya diseksa dan pelbagai lagi dugaan..namun kini yang kita sedihkan penghalang itu bukannya datang dari orang kafir!! tetapi datang dari orang Islam sendiri.. iaitu tidak lain tidak bukan UMNO lah penghalangnya!!! sebenarnya mereka ini lah yang menakut nakutkan orang bukan Islam tentang ajaran Islam!!

Mereka yang menghalang di kalangan Umno ini bukannya datang dari orang jahil!! tetapi Masya allah!!! ianya datang dari golongan Ulama' Umno dan cerdik pandai mereka!! Sekali lagi saya ingatkan berhati hatilah dengan golongan baru.. iaitu membawa idealogi baru yang secara kita tidak sedar ingin memesongkan agama Islam!! Berhati hatilah!!

ALLAH AKHBAR!
ALLAH AKHBAR!!
ALLAH AKHBAR!!!!


REFORMIS MUDA!!

Jumlah pembaca:orang