P/Raya Kecil Likas Tetap Akan Dijalankan, Kata SPR
 
 
KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata parti pembangkang, Parti Bersatu Sabah (PBS) berhak mengambil tindakan mahkamah termasuk memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah bagi menangguhkan pilihan raya kecil Likas.


Beliau berkata pilihan raya kecil itu akan diteruskan memandangkan undang-undang mewajibkan SPR melaksanakan pilihan raya tersebut.

 

SPR menetapkan 12 Julai untuk penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 21 Julai.

-- BERNAMA

[