LIMA  HAK  ASASI  MANUSIA YANG  DIANUGERAH  OLEH ALLAH  SWT

Hak Hidup

Mengambil nyawa seseorang manusia tanpa alasan bermakna menceroboh dan menodai sistem masyarakat kemanusiaan.Membunuh seseorang manusia tanpa sebab yang membolehkan mengambil nyawanya seolah-olah ianya telah membunuh semua manusia.

Wajib menjaga kesihatan diri,seperti mencegah dari penyakit,merawat sakit yang menimpa diri.Haram sengaja merosakkan tubuh badan seperti mabuk minum arak,mengambil benda yang menagihkan serta menghayalkan seperti candu,dadah bahkan rokok yang telah difatwakan sebagai haram.Memelihara kehidupan seperti makan minum berpakaian berumah tangga dan bermasyarakat adalah satu tanggungjawab tanpa melampaui batasan.Mengelak dari maut adalah harus dan boleh kepada wajib seperti jika ada kaedah perubatan untuk menyembuhkannya penyakit yang dialami.

Hak Ilmu

Menuntut ilmu adalah kewajipan individu setiap muslim.Dalam masyarakat mungkin ada dua golongan yang berilmu dan yang tidak berilmu.Golongan yang pandai bertanggung jawab mengajar yang tidak pandai.Begitu juga sebaliknya bukan yang tidak pandai membiarkan dirinya tanpa cuba belajar.

Hak Maruah

Manusia yang beriman kepada Allah adalah semulia-mulia makhluk kerana manusia dijadikan adalah sebaik-baik makhluk.Dari mana manusia diciptakan bukankah dari tanah maka akan kembali juga kepada tanah akhirnya bermula dari Adam hingga umat akhir zaman.Fungsi manusia yang bermaruah adalah patuh kepada Tuhan sebagaimana untuk apa ia dijadikan kalau bukan untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

Hak Milik

Hak milik dalam Islam adalah berkonsepkan amal.Bukan hak milik yang kekal.Segala yang dibumi dan di langit adalah hak milik Allah SWT Tuhan yang maha mencipta lagi Maha mentadbir.Janganlah berlaku sombong apabila memegang tampuk pemerentahan.Tuhan maha mengetahui kerana manusia adalah milikNya.

Hak Kebebasan

Hak kebebasan termasuk hak berfikir,bercakap,bersuara serta pemujaan,penyembahan terhadap manusia maupun benda.Beragama memang tiada paksaan akan tetapi bila telah mengucapkan syahadah  wajiblah mengikut segala yang disuruh dan menjauhi yang ditegah.Kuasa politik atau pemerentahan dalam sesebuah negara Islam berhak menggunakan kuasanya bagi menegakkan:-

-         rakyat mendirikan solat

-         rakyat menunaikan zakat

-         rakyat melakukan kebaikan dan kebajikan bagi faedah individu itu   sendiri,masyarakat dan negara dll.Wallahu A’lam

 

hagnet fakaw naw