Tenaga   Bertahan
(Defense  Force)

Arjuna  Ranawana

FEER   Edisi  Julai 6, 2001.

Azalina  Othman  Said  tiba  di bilik  itu  untuk  menghulurkan  tangannya  sambil  senyuman menguntum   di  wajahnya.  Di bahagian  belakang  beliau  dalam  bilik  gym pusat  kemasyarakatan  di  Kuala  Lumpur  itu, terdapat  beberapa  wanita muda  yang bergiat  mengangkat  berat. Yang  lainnya melakukan  pergerakan  taekwondo.  Azalina  ialah  seorang  peguam,  dan  mempersilakan kami  memasuki sebuah  pejabatnya  yang  kecil  sahaja  ruangnya tetapi  merupakan  ibu pejabat sementara  Puteri , pergerakan  sayap  politik  terbaru  dalam  UMNO.  Beliau  sudah pun  berusia  37, ketika dipilih  sendiri  oleh Mahathir  untuk  mengetuai  sayap  terbaru parti itu agar  mampu  menarik minat  wanita  muda  untuk  menyokong  parti.  Kemasukannya  secara  melonjak  itu  telah  dicemuh oleh  ramai wanita  UMNO  yang lain,  dan  diperhatikan  dengan  sindiran  oleh  pihak  pembangkang. Malahan sudah  muncul     soalan  terbuka  mengenai  seksualitinya  dalam  akhbar.  Dia  telah  menafikan bahawa  dia  mempunyai  kecenderungan  seorang  yang bernaluri  lesbian, “Saya tahu  betapa besar risikonya,” kata a Azalina.  Memang,  bukan  dia  seorang   yang  beranggapan  begitu.

 

 

 

Ketika Mahathir  melancarkan perang  terhadap politik  wang  menjelang  perhimpunan   tahunan  UMNO  pada  Jun 21-23  dulu,  ramai perwakilan  yang  tertarik dengan  usaha   itu.   Para pemimpin “sudah pun  mula  sedar,” kata  Zulkifli  Alwi, timbalan  setiausaha  Pemuda  UMNO,  UMNO  kini mampu  bersidang  tanpa   banyak  ketegangan  untuk  para perwakilan  memberikan tumpuan  terhadap masalah  parti kekurangan  sokongan  dan  merencana  satu  strategi   untuk memenangi  pemilu  2004. Namun,  setelah meminta  sebarang  usaha  mencerca kepimpinannya,  Mahathir  telah berpaling  kepada  satu thema  yang  biasa dijadikannya  tajuk  ucapannya  kepada  para  perwakilan.  Orang  Melayu  itu  kumpulan yang  tidak  tahu  berterima kasih,  pemalas,  korup  dan  tidak  bersatu,  demikianlah  katanya.  Malahan  bukan  itu  sahaja,  dia telah  menyatakan  pendirian  untuk  terus  berkhidmat  dan  tidak  akan  bersara  selepas  pemilu  nanti.

 

 

 

 Kesannya,  ialah   kekelaman parti  yang  semakin  mereput  walaupun  kegiatannya  masih  wujud. Mereka yang  menunggukan giliran  -  terutama sekali  Timbalan   Perdana  Menteri  Abdullah  Badawi    -  mendapati   tempoh  percubaan  (aprentis)  dilanjutkan   tanpa  ada  tepiannya.  Yang  lebih  teruk  lagi, persepsi  bahawa  Mahathir  sudah  tidak  lagi  berpegang  dengan  bumi  nyata  terhadap  budaya   politik  Melayu  itu  terus  bertiup  kencang.  “Kami  membazirkan  terlalu  banyak  masa    menuntut  kesyukuran    generasi  muda,” kata  Zulkifli.  “Orang  melayu   telah  melalui  anjakan  paradigma.  Mereka  mahu  serba tahu    apa  yang  telah  berlaku,  dan  menyalahkan  mereka  sudah  tentu  tidak  akan  laku.”  Sememangnya    perwakilan  tidak   mendengar  bagaimana  Mahathir  bercadang  menangani masalah   keresahan   warga  muda  luar bandar, ataupun  bagaimana   mahu  membetulkan  ekonomi  negara  yang  dikatakan  akan  semakin  merosot  tahun  ini. “Lagi  banyak  UMNo  membebel  akan  sejarah  silam, lebih  besar  kemungkinannya  UMNO  sendiri  akan  menjadi  kelam.,´kata  P. Ramasamy,  seorang  professor   sains  politik  di  Universiti  Kebangsaan.

 

 

Jadinya,  Azalina  merupakan  salah  satu   caranya  bagaimana  UMNO  merancang  untuk  memancing  undi.  Mungkin  Mahathir  telah  terdengar  gema  suaranya  sendiri  dalam   jiwa  ‘gadis’    yang  lantang  bersuara  ini. Apapun  perlantikan  beliau  adalah  satu  muslihat  politik.  Lebih  separuh  daripada   pengundi  di  Malaysia  adalah  wanita  dan  pada  2004  nanti,  26%   penduduk   negara  adalah  di  kalangan  mereka  yang  berusia  antara  21-35  tahun.  Ramai  wanita  profesional  takut  akan   kebangkitan   PAS,  yang  mempunyai  ideologi   yang  tidak dianggap  mesra  terhadap  wanita  di  khalayak  ramai. “Sebenarnya  kami  memang  takutkan  PAS,”  kata  Masnita  Abdullah,  seorang  pegawai   syarikat  di  Kuala  Lumpur.  Azalina  ada  berkata:  “ Cabaran  terbesar  saya  ialah  menyarankan  agar  golongan  muda -  golongan  wanita -  menerima  UMNO  sebagai  sebuah  parti  yang  masih  relevan.”

 

Ini  bukannya  satu    kerja  yang  mudah.  Sebagai anak  kepada  pegawai  kerajaan,  Azalina  menceburkan  diri  dalam  pergerakan  wanita  sebaik  sahaja  pulang  selepas  menggenggam  ijazah  sarjana  dalam perundangan  daripada  London  School  of  Economics.  Dia menganggotai  UMNO  sepuluh  tahun  yang  lalu,  dan  bersikap  lantang   mengkritik  sistem pemerintahan -  terutama  sekali  mengenai  hak  asasi  wanita.  Pada  1995,  dia  daftar  sebuah  pertubuhan  bukan  kerajaan  (NGO)  Women's Sport  dan  Fitness  Foundation.  Sejak  itu  dia  menjadi  semakin  dikenal  sebagai  juara  teaekwondo  yang  bertali-pinggang  hitam  dan  seorang  peguam  mahkamah  syariah.   “Saya  mahu  lakukan  sesuatu  untuk  memperkasakan     wanita  dan  bukan  bercakap  sahaja  mengenainya.” Demikian  keyakinan  Azlina.   Ivy Josiah  daripada  kumpulan  aktivis  WAO  ada  berkata: “Azalina  telah  menjadikan  peralihan  daripada  seorang  peguam   kepada  seseorang  yang  mahu  melaksanakan  reformasi  dalam  perundangan.”

 

 

Para  pengumpat  berkata  bahawa  Azalina  hanya  merupakan  bahan  menceriakan  suasana.   Dia  tidak  pun  mempunyai   sokongan  akar  umbi  dalam    parti,  dan    juga  di  kalangan  kumpulan  wanita  yang  sudah  berusia.  Pergerakan  wanita  sudah  mencemuhkan  usahanya. “Pas menganggap   kerja-kerja  Azalina  sebagai “satu  usaha  desperado”  yang  tidak  akan  berjaya.  Pemimpin wanita  Keadilan, Fuziah  Salleh,  berpendapat  cara   pendekatan  Azalina    yang  garang  tidak  melayakkannya  menjadi  sebagai  pemimpin  contoh  untuk  wanita  Islam.   Para pengkritik dalam  UMNo  berpendapat, walaupun  Azalina  mampu   menarik  hati  kumpulan  muda  di  bandar-bandar,   dia  tidak akan  mampu  mempengaruhi   penduduk  di  perkampungan.  Dina Zaman,  seorang  kolumnis  Malaysiakini,  berkata  kumpulannya  memang  mengkagumi  Azalina,  tetapi  masih  ragu  akan  pendekatan  politiknya.  “Kami   memerhatikannya  di  tepian  dan  memerlukan  masa  untuk  berfikir  sebelum  turut  serta,”  kata  beliau  lagi.

 

Mahathir  terus  menggalakkan  Azalina  -  seperti mana  dia  menyokong  aktiviti  anaknya  Marina  dalam  kegiatan  bidang  pencegahan  AIDS.   Puteri  UMNO  akan  dilancarkan  secara  rasminya  pada  bulan  hadapan.  Azalina  sudah pun  dilantik  menganggotai    Majlis  Tertinggi  UMNO. “jangan  hakimi  saya berasaskan   pakaian  ataupun  rupa  saya,” kata  beliau. ”Hakimilah  saya  berdasarkan  kerja  yang  saya  laksanakan.”   Ramai  pengamat  berkata,  kata-kata Azalina  seperti  itu  merupakan  asas  apa  sebenarnya  akan  terjadi  kepada  UMNO  di  masa  hadapan.

 

Tamat

Diterjemahkan  oleh  03

Jumlah pembaca:orang