BA JELEBU DAPAT SUNTIKAN REFORMASI.

 

 

Sumber-sumber terdekat memberitahu bahawa, pada 30 hb. Jun yang lalu,  seorang AJK UMNO Bahagian Jelebu memohon menyertai Keadilan dalam satu upacara perasmian “Pesta Memancing” yang diadakan di Jelebu baru-baru ini. Pesta memancing itu diadakan disebuah lombong tinggal yang dibersihkan dan dijadikan kolam menternak ikan air tawar oleh beliau.

 

Abang Md Shah, AJK UMNO Bahagian Jelebu merupakan seorang kontraktor binaan yang dihormati di Negeri Sembilan telah menyerahkan borang keahlian kepada YB Saifuddin semasa majlis perasmian “Pesta Memancing” tersebut..

 

Kebetulan pada hari yang sama, YB Saifuddin Nasution Ismail, ADUN Lunas berada di Rasah kerana menghadiri program ceramah yang diadakan bersama pemimpin jemputan DAP.

 

Pada petangnya, YB Saifuddin dijemput untuk merasmikan pesta memancing dan menerima borang kemasukan ahli oleh Abang Md Shah.

 

“Pesta Memancing” itu dijadualkan berlangsung selama sebulan dan dijadualkan ditutup  oleh Presiden Parti Keadilan,YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

“Siapa sangka Abang Md Shah yang matang dan arif pula tentang sepak terajang politik hulubalang-hulubalang UMNO berani mengambil risiko yang tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Isa Samad”  Ujar seorang teman yang enggan namanya didedahkan.

 

Dengan kemasukkan Abang Md. Shah ini ke dalam KeADILan , pemerhati – pemerhati politik berpendapat kedudukkan Dr. Rais Yatim bakal tergugat kerana kemenangan beliau di sana hanya dengan majoriti 2000 lebih sahaja dan Abang Md. Shah lah antara yang berusaha keras bagi memenangkan Rais di sana semasa Pemilu 1999 yang lalu . Ini bermakna Rais telah kehilangan seorang hulubalang yang telah membakar jambatannya terhadap Rais dan bertambahlah satu lagi tenaga kerja terpenting kepada BA dalam pemilu 2003 / 2004 nanti. Ruyup Rais kali ini.

 

REFORMASI 3X………………ALLAHU AKBAR 3X…………………

 

Reformis KeADILan Padang Serai,

 

Sham Abadi.