Make your own free website on Tripod.com

Bab   Empat:   Siapakah  Naimah  Binti  Abdul  Khalid  ?

(ms  41-42)

Siapa  Naimah?   Perempuan  ini  adalah  isteri  ketiga Tun Daim.  Kalau  Daim  berkuasa  sebagai  menteri  Kewangan  dengan  mengagihkan  wang  negara  kepada  keluarga   dan  kroni-kroni  yang  menjadi  nomineenya,  maka  Naimah  merupakan  perempuan  yang  paling  berkuasa  dalam  dunia  business  Malaysia.  Berikut  adalah  penglibatan  dua  laki  bini  itu  dalam  business  negara. 

MUHIBBAH  ENGINEERING  (M)  Bhd.

Akhbar The Edge  keluaran  23  April 2001  menyiarkan  satu  artikel  yang  mempersoalkan  MUHIBBAH  sering  diberi  anugerah  projek-projek  yang  mewah.  Akhbar  itu  mendedahkan  strong  connections  serta  kerjasama  antara  MUHIBBAH  dan  HCM  Engineering  Sdn. Bhd.  HCM  Engineering  juga  mempunyai  hubungan  yang  kuat  berkaitan  dengan  politik

Pada awal tahun  ini  MUHIBBAH  telah dianugerahkan  kontrak  berjumlah  RM422   juta  untuk  membina  sebuah  kem  tentera  bagi  pihak  Kementerian  Pertahanan.   Baru-baru  ini MUHIBBAH  juga   mendapat  satu  lagi  kontrak  bernilai  RM366  juta  untuk  membina  sebuah   Pusat  Tentera  Laut  di  Kota  Kinabalu, Sabah. 

Tahun  lalu,  MUHIBBAH  melalui   syarikat  joint  venturenya  (JV)  bernama  ROADCARE   (M)  Sdn  Bhd.  Telah  memperolehi  projek   penyelenggaraan   jalan  persekutuan  di  Kelantan,  Terengganu,  Pahang  dan  Selangor  dengan  kontrak  bernilai  RM850   juta  untuk  selama  15  tahun. Keuntungan  bersih  mereka  dalam  kontrak  ini  berjumlah  Rm297,750  juta. 

Pemegang-pemegang  saham  dalam  syarikat  MUHIBBAH  ialah  Mac  Ngan  Boon  dan  Naimah  Abd.  Khalid  sebagai  pemegang  saham  utamanya.

Bab Lima:  Siapakah  Josephine  Premla  Suvaretnam?

(ms  43 – 44)

Josephine  merupakan  ‘TOP  HONCO’  bagi  pihak  Naimah  bte.  Abd.  Khalid  dalam beberapa  kepentingan  yang  diperolehi  melalui  pengaruh  Tun  Daim  Zainuddin  sebagai  Menteri  Kewangan. 

Josephine  dan Naimah  jika  digabungkan  adalah  perempuan  yang  terpengaruh  dalam dunia  business  di  Malaysia.

Kalangan  ahli  perniagaan  mendapati  Josephine  adalah pengarah  dalam  beberapa  syarikat  di  mana  Naimah  mempunyai  kepentingan.  Sekiranya  beliau  bukan pengarah  dalam  syarikat  tertentu,  perempuan  ini  akan  mengarah  CEO  syarikat  berkenaan  untuk   menjaga  kepentingan-kepentingan  Naimah  dan  Daim.

Semua  orang  tahu  CEO  Alliance  Banking  Group  (dahulu  Multi-Purpose Bank)  ambil  arahan  daripada  Josephine.  Pendek  kata  dia  adalah  CEO  de  facto  yang  tidak  rasmi  bagi  Alliance  Banking  Group.  Akbar  Khan  adalah  CEO  de facto  yang  tidak  rasmi   semasa  di  bawah  nama  Multi-Purpose  Banking  Group.

Josephine  juga  mengarah  dan  mentadbir  pelbagai  pelaburan  luar  negara  bagi  pihak  Daim  terutama   bank-bank  kepunyaan  Daim  sendiri  di  luar  negara  seperti  di  Switzerland,  Poland,  Hungary,  Mauritius,  Namibia,  Mozambique,  Myanmar  dan  Cambodia.

Syarikat-syarikat  d  bawah  pentadbiran  Josephine telah  diberi   kontrak  berbilion  ringgit  yang  ditawarkan  oleh  Kementerian  Kewangan. Sekiranya  kita  membuat  satu  audit  keseluruhannya  di  bahagian  kontrak  Kementerian  Kewangan, kita  akan dapat  menghuraikan  dengan  teliti  kontrak-kontrak  itu. 

 

Bab  Enam:   SPK  - Syarikat  Permodalan  Kebangsaan  Bhd.

(ms 45-47)

Isteri  ketiga  Daim,  iaitu  Naimah  Binti  Abd.  Khalid  adalah  pemegang  saham  majoriti  dalam  SPK.

Kementerian  Kewangan  melalui  Daim  sebagai  menterinya  telah  memberikan  kontrak  kepada  SPK  sehingga  berjumlah  RM2.2  billion  sejak  beberapa  tahun  lalu.

Persoalannya  adakah  Daim  mengisytiharkan  kepentingan  dalam  membuat  keputusan  rasmi?

Kalau  sudah  diisytihar, tentu  orang  tertanya-tanya  mengapa  beri  kontrak kepada  syarikat  yang  isterinya  sebagai  pemegang  saham  utama? 

Kalau  Daim  tidak  isytihar  tentang  penganugerahan  projek  kepada  SPK,  mengapa  tindakan  undang-undang   tidak  boleh  diambil  terhadap  Daim? 

Kedua-dua  faktor  ini,  sama ada  isythiar  atau  tidak,  Daim  boleh  dikenakan  tindakan  berdasarkan  Akta  Kanun  Keseksaan  (pindaan)  1993  yang  membolehkan  hukuman  sebatan  mandatori  dan  penjara  ke  atas  penjenayah  kolar  putih.

Naimah  Abd. Khalid  juga boleh   dihukum  sebat  mandatori  dan penjara  kerana  bersubahat  dengan   suaminya  sebagai  Menteri  Kewangan  jika  sabit  kesalahannya.

 

KUALA  LUMPUR  CITY  CORPORATIONS  BHD.

KL  City  Corp.  adalah  dipunyai  oleh  Naimah  binti  Abde.  Khalid  melalui  beberapa  nomineenya  yang  terdiri  dari  adiknya  Khadijah  binti  Abd.  Khalid, Syed  Rozaidi  Wafa   bin  Syed  Hussein  Wafa,  Mohd. Nasir  bin  Ali,  Zabidah  bt.  Ismail,  Sheliza  Luis  bt.  Abdullah  dan  lain-lain. 

KL City  Corp.  adalah  dipunyai  oleh  City  Securities  Sdn  Bhd. Syarikat  Broker  Universal. 

Bab Tujuh:  Menyelamatkan  MAS  Demi  Poket  Sendiri

(ms 48-53)

Tun  Daim  beria-ia berkata “kita  mesti  selamatkan  MAS  demi  maruah  Malaysia.”  Tiba-tiba  yang  diselamatkan  oleh  Daim ialah  Tan  Sri  Tajuddin  Ramli  bukannya  MAS.

Tajuddin   mempunyai  29  peratus   pegangan  saham  dalam  MAS  menjadikan  ia  pemegang  individu  terbesar.

Daim  melalui  Kementerian  Kewangan  telah  menawarkan   RM8.00  bagi  satu  saham  untuk  membeli  ke  semua  29  peratus  saham  milik  Tajuddin  yang  bernilai  RM  1.8  billion.  Sedangkan  harga  pasaran  MAS  waktu  itu  ialah  Rm4.00  bagi  satu  saham. 

Bagi  Daim  inilah  kesempatan  yang  harus  diambil  kerana  beliau  sendiri  adalah  pemilik  sebenar  saham  individu  MAS.  Tajuddin  hanya  nomineenya  saja.

Kalau  Daim  kata  untuk  menyelamatkan  MAS  demi  maruah  Malaysia,  kenapa  tidak  masukkan  RM1.8 bilion  wang  tunai  ke  dalam  MAS  terus  dan  mengeluarkan  saham  baru  kepada  Kementerian  Kewangan,  memandangkan  MAS  sudah  over geared?  Barangkali  Daim  rasa  lebih  menguntungkan  masuk  poket  sendiri  dari  menjaga  maruah  Malaysia. 

Ini  bermakna  kerajaan  terpaksa  mengeluarkan  wang  begitu  banyak  untuk  menyelamatkan  Tajuddin  bukan  menyelamatkan  MAS. 

MAS  mengalami kegawatan  akibat sikap  boros  Tajuddin  sendiri  yang  menempah  25  pesawat  baru  yang   bernilai berpuluh  billion  ringgit.   Tajuddin  juga  menempah  sebuah  pesawat  mewah  tahun  lalu  hanya  untuk  disewa  khas  dengan  bayaran  RM32,300  setiap  satu  jam.   Boing  737-700  itu  hanya  menyediakan   16  tempat  duduk  saja  dengan  peralatan  yang  serba  canggih.  Bukankah  ini  satu    pembaziran? 

Bab  Lapan:   Bank Bumiputera  Menghilang  Lagi

(ms  54-58)

Bank Bumiputera, satu-satu  bank Melayu  yang  ditubuhkan  hasil  resolusi  Kongres Ekonomi  Bumiputera  yang  pertama  telah  lenyap  sekelip  mata  apabila  Tun Daim  Zainuddin  mengarahkan  penggabungan  antara  bank  Bumiputra  dengan  Bank  of  Commerce. Bank  of  Commerce  (BOC)  dimilikki  oleh  nominee  Daim  mempunyai  lebih  kurang  50  cawangan  dan  Bank  Bumiputra  ada  200  cawangan  menjadikan  ia  sebagai  bank  yang  kedua  terbesar  di  Malaysia  selepas  Maybank.

Melalui  nominee  Daim,  Bank Bumiputera  telah  diambil  alih  dengan   pembelian  saham  yang  paling  rendah  iaitu  62  sen  sesaham  sedangkan  harga  pasaran  ialah  RM3.00.

Nilai   pasaran  saham  sebenarnya  ditentukan  oleh  Daim. Kalau  pihaknya   hendak  menguasai  satu-satu  syarikat  dia  akan  beli  dengan  harga  paling  rendah  tetapi  mengaut  keuntungan  berlebihan  seperti  saham  MAS  yang  dibeli  oleh  Kementerian  Kewangan  dengan  harga  berlipat  ganda  dari  RM4.00  kepada  RM8.00,  keuntungan   berjumlah  RM1.8  billion. 

Bank   Bumiputera telah  dibeli  oleh  Daim  melalui  nominee   dengan  alasan   mahu  konsep  penggabungan  bank  dilaksanakan  maka  berlakulah  penggabungan  antara  Bank  of  Commerce (BOC)   dengan  bank  Bumiputra  (BBMB)    pada  18  September  1998  sedangkan  BBMB  tidak  -perlu  bergabung  kerana  kira-kira  untuk  ruginya  masih  memperlihatkan  BBMN  untuk  sebanyak   RM750 juta sedangkan  Bank  of  Commerce  (BOC)  rugi  sebanyak   RM317  juta. 

Penggabungan  ini  bukan  sahaja  merugikan  orang  Melayu  tetapi  melenyapkan  Bank  Bumiputera  sebagai  hak   anak  watan  di  tanah airnya. 

(gambar  Dato  Md.Nor  Yusuf  Pengarah  Urusan  Kumpulan  MAS  yang  baru  menggantikan  Tajuddin  Ramli)

 

Beliau  merupakan  kroni  dan  nominee  Daim  yang  bertanggungjawab   memberikan    pinjaman  “extremely  friendly  loan” sebanyak  RM 380  juta  kepada  Quantum  Aspects.Daim telah  beri  pomotions   kepada  Md.  Nor  Md.  Yusuf  dengan  meletakkannya  sebagai  CEO  MAS  menggantikan  Tajuddin.  Tidakkah  pinjaman  “Extremely  Friendly  Loan”  yang  diberi  kepada  Quantum  Aspects  telah  melanggar  semua  syarat-syarat  kredit..

Ms.  59-67:  Memorandum  Kesatuan  Pegawai-pegawai Bumiputera  Commerce  Bank Berhad.

 

BAB Sembilan:  MPHB:  Multi-Purpose   Holdings  Bhd.

(ms.  68-71)

Kalangan  ahli-ahli  korporat  mengetahui  bahawa  T.K. Lim  menyerahkan  pegangan  Multi-Purpose  kepada  Tun  Daim,  dengan  syarat  segala  kesalahan  yang  dilakukan  T.K.  Lim  dalam  kumpulan  MPHB  di  selesaikan  oleh  Daim. Bagi  T K  L:im  ini  tidak merugikannya  kerana  beliau  telahpun  mengeluarkan  sejumlah  wang yang  banyak  dari  MPHB.  Beliau  telah  menyerahkan  30  peratus  saham  ke  syarikat Quantum  Aspects  Sdn. Bhd  dengan  percuma. 

Dr. Chan Chin  Cheng adalah  nominee  utama  Daim  dalam  Quantum  Aspects  dengan  Akhbar  Khan  (Effective  Capital)  menonjolkan  diri  dalam  MPHB  sebagai ‘top honcho”. Untuk   menguruskan kumpulan  MPHB  bagi  pihak  Daim. 

Sekarang  barulah  semua  orang  faham  kenapa  Bank  Multi-Purpose  yang  begitu  lemah  diurus,  diberi status   anchor bank  (bank peneraju)  iaitu  daripada  cadangan  asas  6  anchor  bank.  Apabila  bank-bank  lain  yang  lebih  matang,  berwibawa  dan  berupaya  seperti  RHB,  Arab-Malaysian  dan  Hong Leong  terkeluar  pada  mulanya.

Terry  Tham  Ka  Hon,  kawan  rapat Tan  Sri  Wan  Azmi  hamzah  (satu-satunya  nominee  Daim  yang  kuat )  dengan  beberapa  rakan  kongsi  telah  mengambil  alih  Quantum  Aspects sekitar  RM 500  juta  dengan  kelulusan  (Extremely  Friendly  Loan)  dari  Bumiputra  Commerce  sebanyak  RM380  juta. 

Banyak  orang  tahu  bahawa  Akbar  Khan  telah  mengeluarkan  RM600  juta  dari  Magnum  Corp  atas  alasan  pinjaman  kepada  seorang  nominee.  Magnum  Corp  telah  melaporkan  bahawa  pinjaman  ini  tidak  dapat  dikutip  balik dan  sudahpun  dibatalkan  dalam  list  kutipan.  Dengan  RM 600  juta  ini   ditambah  dengan  RM500  juta  yang  dibayar  oleh  Terry  Tham  dan  pengarah-pengarah  untuk  Quantum Aspects,  Daim  membolot  RM1.1  bilion  dari  Multi-Purpose   mungkin  beberapa  juta  dibayar  sebagai  bayaran  servis  kepada  nominee-nominee  tertentu. 

Datuk  Dr.  Mohammad  Abdus  Salim Cassim  mempunyai  26.45  peratus  atau  295 juta saham  dalam Southern  Bank.Dr.Salim  juga   memberitahu  kroni-kroninya  bahawa  dia  tidak  suka  berhutang  dengan  bank.  Jika begitu,  macam  mana  dia  dapat  duit  untuk  membayar  295  juta  saham  sekaligus,  lebih  satu  billion  ringgit?  Durian  runtuh  kut...Saham  dia  sekarang  bernilai  lebih  kurang  RM450  juta. Sebenarnya  saham  itu  bukan  kepunyaan  dia,  dia  cuma  nominee  untuk  Daim.  Semuanya  ahli-ahli korporat  tahu.   Itulah  sebabnya  Southern  bank  yang  begitu  kecil  adalah  antara  1  anchor  bank  daripada  asas  6  anchor  bank..

BAB  Sepuluh:  RM4  Bilion  Kos  Membina  Sekolah 

Tun Daim  telah  menganugerahkan  RM4 Bilion  untuk  membina  sekolah-sekolah  di  Malaysia  kepada  empat  buah  syarikat  berikut:

 

1.     Kinta  Samudra  Sdn.  Bhd.

2.     Worldworth  Sdn. Bhd.

3.     Ambangan  Height   Sdn  Bhd.

4.     Umi-Ross  Project   Management Sdn.Bhd.

 

Keempat-empat  syarikat  tersebut  adalah  kepunyaan  Daim  melalui  nominee.

Datin  Umi  Kalsum bt.  Mohd. Noh  adalah  pemegang  saham  majoriti  yang  rasmi  dalam  Umi-Ross  Project  Management  Sdn. Bhd.  Syarikat  ini  telah diberi  kontrak  sebanyak  RM2 bilion  ringgit. 

Umi  Kalsum  adalah  bekas  pegawai  Kementerian  Kewangan. Persoalannya  pernahkah  beliau  berpengalaman  sebagai  seorang  kontraktor  sehingga  dapat  penganugerahan  berbilion-bilion ringgit?

Manakala  tiga  Syarikat  lagi juga  diberi  kontrak  RM2 billion  ringgit.

Bab Sebelas:   Sembilan  Nominee  Daim

(ms  75 –b 79)

Selain  dari  nama-nama yang  disebut,  berikut  adalah  nominee  Tun Daim  yang  mempunyai  kepentingan  dalam berbagai  syarikat. 

1.     ROBERT  TAN  HUA  CHOO

Memegang syarikat Spanco  Sdn  Bhd.  Bagi  pihak  Daim. Spanco  menjalankan  perniagaan  penswastaan,  pemilikan  dan   penyelenggaraan  kenderaan  kerajaan,  satu  operasi  yang  sungguh  beruntung sebab  Kementerian  Kewangan  dikenakan caj  berlebihan.  Pemegang  asal  KL City Corp  bagi pihak Daim  sehingga  nominee  Naimah  mengambilalih.

2.     DATUK  AMIN  SHAH

Memegang  penswastaan  Pelabuhan Lumut  dan  kontrak  pembinaan  kapal tentera laut  bernilai  RM6.0 bagi pihak  Daim. Juga sebagai  nominee di beberapa  syarikat  lain

3.     Tan  Sri  WAN  AZMI  WAN  HAMZAH

Memegang  banyak  kepentingan  bagi  pihak  Daim.  Yang  paling  baru  adalah  kepentingan  dalam  SPLASH -  penswastaan  air  di  Selangor. 

MOHD.  RAZALI  MOHAMAD  RAHMAN   &         HUSSAIN  BIN  CHIK  ABAS

Menguasai  bagi pihak  Daim,  Landmarks  Bhd. Peremba  Bhd.  Dan  Kumpulan  Syarikat  Saujana.

MOHD. AMIR  MOHD  SENAWI               MOHD.  ANNUAR  MOHD  SENAWI

Kedua-dua  mereka  adalah  anak  saudara  Daim  di  mana  mereka  memegang  kepentingan  yang  luas  bagi  pihak  Daim.Annuar  yang  menguasai  Idris Hydraulic  tengah  berusaha  untuk  bergabung  beberapa  syarikat  insuran  untuk  dibentuk  sebagai  satu  syarikat  insuran  gergasi.

 TAN  SRI  LIM  YAN  HAI

Memegang  saham bagi  pihak  Daim  dalam  Bolton  dan  Malaysian  Plantations  Bhd.  Di  mana  ianya  juga  menguasai  Alliance  Banking  Group.  Juga  merupakan  Pengerusi  Malaysian  Plantations  dan  Alliance  Banking Group.

7.       LIM  CHEE  WAH

Anak lelaki  Tan Sri  Lim  GohTong,  Tauke  Genting  Bhd. Juga  seorang  kenalan  business  yang  rapat  dan  seorang  nominee  Daim.  Terlibat  dalam  perolehan  beberapa kontrak dari  Kementerian  Kewangan  melalui  nominee  lain.  Juga  ditawarkan  projek   multi-billion  dalam  pembinaan  landasan  keretapi  tanpa  tawaran  terbuka.

 

BAB   Dua belas:   RM  Untuk  Selamatkan  RENONG

(ms  80-85)

Semua   orang tahu  Tun Daim  menguasai  RENONG BERHAD. Halim  Saad  cuma  nomineenya  sahaja. 

Oleh kerana  Kumpulan  Renong  sedang  menuju  ke  paras  bankrapsi, maka  Daim  terpaksa  cari   jalan  untuk  menyelamatkan  syarikat  gergasi  itu.

Kementerian  Kewangan  mencadangkan  untuk  mengambilalih  Putra  dan  LRT   dengan  harga  keseluruhannya  sebanyak  RM 6 bilion.  Putra  sebanyak  RM4.5bilion  manakala  LRT  RM1.5bilion. 

Untuk  menyelamatkan  Putra,  Daim  terpaksa melibatkan  LRT   untuk memberi  gambaran   yang  molek-molek  kononnya  terpaksa  menyelamatkan  pengangkutan  awam  di  Lembah  Kelang.

Nampak  sangat  ‘cover-up’ ini. Pelabur-pelabur dan agensi  kewangan  agak  terkejut  dengan   ‘rescue’  yang  di luar  jangkaan  ini.  Adalah  dalam  pengetahuan  ahli-ahli korporat  bahawa  Putra  dibangunkan  dengan  jumlah  RM3.5 bilion  maksima  dan  RM1.5 billion  telahpun  disedut  keluar.....

Kenapakah  menggunakan  dana  Pencen  Pegawai  Kerajaan,  KWSP  dan sistem  bank  untuk  menyelamat  Time Dotcom?  Institusi  ini  mengalami  kerugian  berjuta-juta  ringgit.  Senang  saja,  Kos  Infrastruktur Time Dotcom dinaikkan  berkali  ganda  untuk  disedut  keluar  juga...

Tak kasihan  ke  rakyat  jelata.  Duit  pencen  dan  KWSP  adalah  duit  titik  peluh  rakyat.  Kalau  orang  Cina  mereka  kata  “Blood  and  Sweat  Money”... Kalau  salah guna  parah  akibatnya.  Takut  disumpah  orang.

...bersambung:   Bab  Tigabelas:   Penguasaan Daim  dalam  Industri  Bank...

Jumlah pembaca:orang