Bab  13:   INDUSTRI  BANK  dan  KEPENTINGAN   DAIM? 

Kepentingan  semula  Tun  Daim  dan  rakan-rakannya  dalam  sektor  kewangan  bukanlah  sesuatu  yang  memeranjatkan kerana  sebelum  ini  beliau  pernah  menguasai  United  Malayan Banking  Corporation.

Penasihat  Ekonomi  Negara, Tun  Daim  Zainuddin  kembali  ke  arena  korporat  negara  khususnya  sektor  kewangan.  Bekas  Menteri  Kewangan  yang  berpengaruh  ini telah  menguasai  Hock  Hua  Bank (SABAH)  apabila  syarikatnya,  Langkah   Bahagia  Sdn.  Bhd.  Membeli  51  peratus  ekuiti  bank tersebut  pada 7  Mei  lalu. 

Langkah  Bahagia,  syarikat  pelaburan  yang  diterajui  oleh  proksi  Tun Daim,  Mohd.  Nasir  Ali  membeli  Hock  Hua  Bank  (Sabah)  dari  syarikat induknya,  Hock  Hua  Bank  Berhad.,  bank  yang  disenaraikan  di  Bursa Saham  Kuala  Lumpur (BSKL).

Syarikat  pelaburan   ini  akan  membayar  RM190  juta  kepada  jutawan  balak  Sabah,  Tan Sri  Ling  Beng  Siew  yang  menguasai  bank  itu. Langkah  bahagia  juga  abak  membuat  cadangan  untuk  membeli  keseluruhan modal  berbayar  Hock  Hua  Bank (Sabah). Nilai  keseluruhan bank  ini ialah  RM360 juta.

Selama  ini  Tun Daim  sering  berselindung  dalam pergerakan  korporat  walaupun  banyak kali  beliau  dikaitkan dengan  beberapa   urusniaga  di  BSKL.  Kali  ini  nampaknya  beliau  telah  memberi  restu  kepada  Mohd.  Nasir untuk  mendedahkan  penglibatannya  dalam  urusniaga  terbaru  ini  secara  terbuka.

Mohd. Nasir  yang  merupakan  pemegang  saham  terbesar  Langkah   Bahagia  dalam  sidang  akhbarnya  pada  7  Mei  lalu  menegaskan  bahawa  pegangannya  dalam  syarikat  pelaburan  itu  adalah  sebagai  wakil  Tun  Daim. 

“Saya  adalah  penama  kepada  sebahagian  daripada  saham  beliau  (Tun  Daim)  dalam  Langkah  bahagia," katanya.   Mohd. Nasir  bagaimanapun  tidak  memberitahu  berapa  jumlah  sebenar saham  Tun  Daim  dalam  Langkah  Bahagia. Pemegang  saham  lain  dalam  syarikat   pelaburan  itu  ialah  Lutfiah  Ismail  dan  Loh  Yeow  Boo.  Kedua-duanya  juga  merupakan  rakan  niaga  bekas  Menteri  Kewangan  itu.

Tun Daim  dan  rakan-rakannya  itu  telah  dikaitkan  dengan  pengambilalihan  Hock  Hua  bank  sejak  akhir  tahun  lalu  lagi  apabila  berita  mengenai  penggabungan  dan pengambilalihan  bank-bank  tempatan  heboh diperkatakan.

Kehadiran  semula  Tun Daim  ke  sektor  kewangan  ini   tidak  memeranjatkan  kerana  sebelum  ini  beliau  pernah  menguasai  United  Malayan  Banking  Corporation  (kini  dikenali  sebagai  Sime Bank)  pada  awal  tahun  1980-an  dulu.

Yang  memeranjatkan  ialah  tindakan  beliau  memilih  Hock Hua  Bank  (Sabah),  sebuah  bank  kecil  yang  tidak begitu dikenali. Ramai  menjangkakan  sebelum  ini  beliau  akan  mengambil  alih  bank  yang  lebih  besar,  iaitu  bank  Bumiputera  Malaysia  Berhad.

Beliau   menjual  United Malayan  Banking  Corporation  apabila  dilantik  sebagai  Menteri  Kewangan  bagi  mengelakkan  kontroversi. Tun  Daim  bagaimanapun  tidak  akan  terlibat  dalam  urusan  harian  Hock  Hua  Bank  (Sabah)  ini,  kehadiran  beliau  lebih  sebagai  pelabur. 

Ternyata  sekali  minat  beliau  terhadap  perniagaan  di  sektor  kewangan tidak pernah  luput.  Beliau  memilih  bank kecil  seperti  jalan  untuk  kembali  ke  sektor  kewangan  yang  menawarkan  potensi pertumbuhan  dan  keuntungan  yang  besar  ini. Nampaknya  beliau  memilih  jalan   panjang  untuk  kembali  menguasai  sektor  kewangan  negara. Tun  Daim  tidak  menunjukkan  sikap  tamaknya  kerana  jika  beliau  mahu  memilih  jalan  singkat,  tentunya  beliau  boleh  memilih  Bank  bumiputera  yang  terbuka  untuk  diswastakan  oleh  kerajaan.

Hock Hua  Bank  (Sabah)  menduduki  tempat  ke  23  daripada  24  buah  bank  tempatan  yang ada.  Ia  hanya  mempunyai  12 cawangan  di  seluruh  negara  dengan  8  daripadanya  terletak di  Sabah.

Langkah  Tun  Daim  dan  sekutu-sekutunya memilih  bank  kecil  ini  berbanding  bank-bank  lain  yang  bersaiz  sederhana  seperti  Southern Bank  dan  Oriental  Bank  atau Bank  Bumiputera  yang  sudah  mempunyai  rangkaian  cawangan  yang  besar  dilihat  sebagai  satu  langkah  berpandangan  jauh.

Mohd.  Nasir  dijangka  menukar  bank  ini  dari  sebuah  bank  kecil  yang  selama ini   diurus  dengan  baik  oleh  kumpulan  pengurusan  yang berhubung  rapat  antara  satu   sama  lain  menjadi  sebuah  bank  yang  besar  dan  agresif.

Hasrat  pemilik  baru  bank  ini  ialah  untuk  menaikkan  taraf  bank  ini  ke  taraf  satu.  Jumlah  dana  pemegang  saham  bank  ini  akan dinaikkan  kepada  RM1  bilion  daripada  RM 70 juta  sekarang  menjelang  tahun  2000.

Dengan Tun Daim  di  belakangnya  bank  kecil  ini wajar  diperhatikan   kemajuannya  dalam  tempoh  terdekat  ini.  Ia  dijangka  akan  melalui  satu  tempoh  pembesaran  yang  sangat  menarik kerana  Tun  Daim  terkenal  sebagai  seorang  yang  gemar  bergerak  pantas  dan  kurang  bercakap.  Tentunya  beliau   tidak  mahu  Hock  Hua  Bank  (Sabah)  terus  menduduki  tangga  ke-23  dari  senarai  bank-bank  tempatan. Cawangan  bank  ini  dijangka  akan  bertambah  sekali  ganda  dalam  masa  dua  tahun  ini  ke  seluruh  negara  dan  lebih  banyak  produk-produk  kewangan  baru  akan  diperkenalkan  untuk  meningkat   daya saingannya.

Bank  ini juga  dijangka  akan  mengembangkan  operasinya  ke  pasaran  serantau  bagi memenuhi  tuntutan  perniagaan  global.  Sebagaimana  kata  Mohd. Nasir   “kita  tidak  dapat  lari dari  menjadi  bank  serantau  atau  bank  global dalam  dunia  perniagaan  kewangan  yang  kompetitif  sekarang.”

Memandangkan  hubungan  baik  Tun Daim dengan  pucuk  pimpinan  negara  ini,  Hock  Hua  Bank  (Sabah)  dijangka   tidak akan  menghadapi  banyak  halangan untuk  mengembangkan   operasinya.  Pegawai dan  kakitangan  bank  ini  serta  para  pelanggannya  kini  boleh  mengharapkan  masa  depan  yang  cerah  dan  menarik. Bank-bank  lain  yang  sebelum  ini  menganggap  Hock  Hua  Bank  (Sabah)  sebagai  tidak  wujud  kini  perlu  memberi  perhatian  serius  kepada  bank  ini.

Penglibatan  Tun Daim  dalam  industri  bank  ini  dilihat  oleh  para  pemerhati  sebagai  satu  langkah  ke arah  agenda  yang   lebih  besar.  Kalau  sebelum  ini  beliau  dikaitkan  dengan  jatuh  bangun  Paremba  Sdn. Bhd.  dan   kumpulan  Renong,  kini  beliau  dianggap  cuba  membangunkan  empayar  kewangannya   pula.

Beliau  kini  mempunyai  dua   pilihan,  samada  mengapung  sendiri  bank  ini  atau  melakukannya  melalui  pintu  belakang  dengan  menyerapkan  bank  ini  ke  dalam  sebuah  syarikat  yang  sudah   tersenarai  di  BSKL.

Pemerhati  menjangkakan  langkah yang  mungkin  dipilih  ialah  dengan  memasukkan Hock  Hua  Bank  (Sabah)  ini  ke  dalam  UCM  Industrial  Berhad,  sebuah  syarikat  yang  disenaraikan  di  BSKL  apabila   tiba masanya.  UCM  juga dikaitkan  dengan  Tun Daim  walaupun  tiada pengakuan  terbuka  mengenainya. Mohd. Nasir dan  Lutfiah  Ismail  juga  merupakan  pengarah  UCM. 

UCM  yang kini  merupakan  pengeluar  alat  pendingin hawa juga  mempunyai  sebuah  firma  broker  saham, iaitu  KL City  Securities  Sdn  Bhd.  Mohd.  Nasir adalah  ketua  Pegawai  Eksekutif  firma broker itu  sekarang.

Jika  Hock  Hua   bank  (Sabah)  diserapkan  ke  dalam  UCM,  syarikat  pengeluar  alat  pendingin  hawa  ini  akan  bertukar  menjadi  sebuah  syarikat  berasaskan  aktiviti  kewangan  dari  sebuah  syarikat  pembuatan.  Dengan  mempunyai  sebuah  bank  dan sebuah  firma  broker  syarikat  ini  akan  dapat  membentuk  satu   asas  yang  kukuh  untuk terlibat lebih  jauh dalam  industri  kewangan.  Mungkin  selepas  itu sebuah  syarikat  insuran,  syarikat  kewangan  dalam bank  saudagar  akan  bernaung  di  bawahnya.

Para  pemerhati  juga  melihat  Tun Daim  sebagai  sedang mencuba  untuk  melahirkan  seorang  tokoh  kewangan  bumiputera   baru  sebagaimana  beliau  berjaya  mendidik  Tan  Sri  Halim Saad  menjadi  gergasi  dalam  sektor  infrastruktur  dan  kejuruteraan.

Tun Daim  dilihat  sebagai  sedang  mendidik  Mohd.   Nasir  untuk  tujuan  itu.  Oleh  itu  Hock  Hua  Bank   (Sabah)  yang  kecil  adalah  ujian  besar  bagi  Mohd. Nasir.  Jika  beliau  berjaya   melepasi  ujian  ini  dan  memenangi  keyakinan  Tun  Daim  beliau  akan  menjadi  seperti  Halim  Saad.   

Mampukah  Mohd.  Nasir melakukannya? Bukannya  mudah  untuk  memenuhi  impian  Tun  Daim  kerana  piawaian  yang  beliau  gunakan  sangat  tinggi.  Mohd.  Nasir  perlu  bekerja  keras  untuk  menyaingi  saingannya  dan  memenangi  keyakinan  mentornya. 

 

(Dipetik dari  majalah  MASSA keluaran  24  Mei  1997)


Empat  Belas:    Setiausaha  Politik  Daim  Yang  Besar  Kuasanya.

(ms  97- 100)

Pada umumnya  peranan  setiausaha  politik  menteri  adalah  menjaga  kawasan  pilihanraya  dan  memelihara  perhubungan  rakyat  dengan  menteri.   Tetapi  setiausaha  politik  Tun Daim Zainuddin  bernama  Abdul  Mutalib Alias  mempunyai  kuasa  penuh  di  Kementerian  Kewangan  seolah-olah  kuasa  menteri.  Beliau  telah   menolak  permohonan   kerja  untuk  projek  menaikkan  taraf  jalan  persekutuan  di  Pahang  tanpa  diberi  arahan  Menterinya  dan  merujuk   kementerian  tertentu  untuk  maklumat  kepastian  dan  kesahihan  projek.

Nampak nya bukan  saja  Daim  boleh  ‘ove rule’ kabinet  dan  membelakangkan  segala  peraturan  dan  kriteria  dalam  meluluskan  projek  tetapi  setiausaha  politiknya  pun   2x5.

Bila  kita  fikir  dua  kali  barulah  kita  sedar  bahawa  kenapa  Daim  ambil orang-orang  bebal  macam  Mutalib.  Kalau  ambil  orang  cerdik  tentu dia  akan  mengetahui  selok-belok  Daim  dalam  mengabui  mata  rakyat. 

Sebenarnya  projek  yang  dikatakan   tidak  terdapat  dalam  RM7  terdapat  dalam  RM6  kemudian  dilanjutkan  ke RM7  dan sekarang  dilanjutkan pula  ke  RM8.

Lazimnya  Setiausaha  politik  atau  apa  juga  setiausaha  termasuk  setiausaha  Parlimen  mesti  ambil  arahan  dari  menteri  terlebih  dahulu,  barulah  surat  yang  dijawab  akan  berbunyi  “saya  diarahkan  oleh  Menteri...” Si  bahlol  Mutalib  hanya  mengatakan  surat  yang  dirujuk  kepada  menteri  Kewangan.....”  Bermakna  beliau  mengarahkan  diri  sendiri  menolak  permohonan  rakyat  tanpa  merujuk  kepada  Menteri  dan  jabatan  lain  seperti  Unit  Perancang  Ekonomi dan JKR  bagi  mengesahkan  projek  tersebut   ujud  atau  sebaliknya.


Bab  Limabelas:  Projek  Garam  Bankrapkan  Daim  

Tun Daim  Zainuddin  merupakan  peguam  yang  “tidak  laku” bila  beliau  membuka  syarikat  guamannya  setelah  meninggalkan  jawatan  majistret  dalam  awal  tahun  tujuhpuluhan.  

Beliau  meninggalkan  syarikat  guamannya  dan  menceburkan  diri  dalam  perniagaan  garam.  Dari syarikat  peguam  bertukar  berniaga   garam  adalah  bidang  yang  amat  berbeza  antara bumi  dengan  langit.  Ini  berpunca  dari   pandangan  pelanggan  guamannya,  Low  Kok  Boo  (mendiang)  yang  mengatakan  berniaga  garam  boleh  cepat  kaya  daripada  guaman.

Menurut  Low  dari  segi “Fung  Shui”  perniagaan  yang s esuai  untuk  Daim  ialah  menceburi  dalam  perniagaan  ada  hubung kait dengan  air. Nasihat  Low  itu  diberi kepada Daim selepas beliau  menemui ‘Fung  Shui  Master’. Low memberi  pendapatnya bahawa  perniagaan Garam  adalah  baik  untuk  Daim  kerana  semua  orang   makan  garam.  Ianya  juga  adalah  merupakan  barangan  perlu. 

Daim  yang bercita-cita besar untuk  jadi orang  kaya  percaya  dan begitu yakin  dengan  nasihat  Low.  Beliau  berbincang  dengan beberapa orang  rakan  dalam  syarikat  guamannya.  Untuk tujuan  itu  beliau  mesti  buat  kajian  dan  melihat  bagaimana  orang  membuat  garam. Setelah  semua  persetujuan  dicapai  antara  rakan-rakan  kongsinya  maka Daim berlepas  ke  Taiwan, Thailand  dan  Jepun  untuk  mempelajari  secara  lebih  dekat dengan   pihak-pihak  kilang  garam  di  negara  tersebut bagaimana  cara-cara  pengeluarannya,  kedudukan  tanah  dan  tempat  yang  sesuai  untuk  mendiri  kilang.

Daim  dapati  ketiga-tiga  negara  yang  dikunjunginya  itu   amat  menarik  perhatiannya  di man  orang  Thailand  memproses  garam  dengan  menakung  air laut  ke  dalam petak-petak  untuk  beberapa hari sebelum  ianya  bertukar  menjadi  garam.  Sementara  di  Taiwan  prosesnya tidak  jauh  beza  seperti yang  dilakukan  oleh  orang-orang Thailand.  Tetapi  di  Jepun  caranya agak  berlainan  kerana  prosesnya  sedikit  rumit  kerana  mereka  terpaksa  mengguna  mesin  mengepam  dan  mengeringkan  air  laut.

Kajian  mendalam  diteruskan  dengan mengambil  kira   tentang  jumlah  garam  yang  diimpot  negara dari  luar,  harga  import  dan  harga  runcit. Semuanya ditelitinya  betul-betul  kerana  tidak  mahu  ada  silapnya. 

Apabila  Daim  memohon  untuk  mendapatkan  lesen  kilang  garam  daripada    pihak  MIDA  (Malaysian  Industrial  Development Authority) permohonannya  ditolak  kerana   diberitahu  sudah  ada  permohonan  daripada  syarikat  lain  dan  tidak  mahu  memberikan  lesen  kepada  syarikat   Daim.

Oleh  kerana  perasaannya  ketika itu  begitu  membara  untuk  berjaya  dalam  perniagaan  maka  beliau  berjaya  menemui  Menteri  Kewangan, iaitu  Tun  Tan  Siew  Sin  (mendiang). Dalam pertemuan  itu  Tun Tan  meminta  seorang  pegawai  Melayu  turut  sama hadir dalam pertemuan  itu.

Setelah  mendengar  penjelasan  Daim  dengan penuh  teliti  maka Tan  Siew   Sin  menasihati  Daim   bahawa  dalam  dunia  perniagaan  kita mesti bersedia  dan  sanggup  bersaing.  Menurut  Tan  Siew  Sin  kerajaan  tidak  boleh  menolong  mana-mana  pihak  kerana  ini  adalah  pasaran bebas. Mendengar  penjelasan  dan  pandangan  Tan Siew  Sin, Daim  terus juga   ‘argue’ dengan  pendapat-pendapatnya yang belum  begitu  arif  dalam dunia  perniagaan  sebenarnya.

Akhirnya  Tan  dengan  senyum  melihat  wajah  Daim  dan  berkata: “Don’t  fight  with  the  big  boys.  You  will lose. Go  for  small things. Learn  as  you  go  along. I  am  sorry  I  can’t  help  you.”

Untuk  meneruskan juga  hasratnya,  Daim bertemu  orang  kedua  iaitu  Robert  Kuok. Kuok  memberi masa  hanya  setengah  jam  untuk  Daim. Dalam  pertemuan  itu  Robert  Kuok  juga  mendengar   segala  percakapan  Daim  dengan teliti  kemudian  memberi nasihat  kepadanya.”:Don’t  go  and take  on  the  big  boys. You  are  not  ready.  Buat cara  kecil-kecil  dahulu. Gain  experience  and  go from  there.”  Mendengar   percakapan  Kuok  terasa  benar  frustnya  Daim. 

Oleh  kerana  orang  kedua  yang  ditemui  juga  mengecewakan  beliau  maka  Daim  menemui  Tan  Sri  Senu  Abdul Rahman (Allahyarham)  supaya  dapat  membantunya  menemui  Tan Sri  Khir  Johari  yang  ketika  itu  menjadi  Menteri  Perdagangan.

Daim menyerahkan  urusan  untuk  mendapat  kelulusan  lesen kepada  Senu. Senu  agak  begitu  perihatin  terhadap   nasib  Daim  dan  sedia  membantunya  kerana  Daim  adalah  kenalan lamanya.  Daim  juga  menawarkan  jawatan  Pengerusi  kepada  Senu untuk  kilang  garam  itu.

Bagaimanapun,  dalam  pertemuan  itu Tan   Sri Khir  Johari  juga  agak  kelihatan  negatif  kerana  sudah  tahu  bahawa  lesen  perniagaan  yang  dipohon  itu  telah  diberi kepada  syarikat bukan  bumiputera   dan  seorang  usahawan  yang  berjaya.  Namun  Daim  tidak putus  asa  dan  menyerahkan  soal mendapat  lesen  bulat-bulat  kepada Senu.

Dengan  pertolongan  Senu  yang ketika  itu menjadi  Setiausaha  Agung  UMNO  berjaya  memperolehi lesen  tersebut dan  dalam  jangka  masa  yang agak  cepat. Urusan  lain  juga  dilakukan  agak  lebih  mudah  dan  cepat.  Tanah  juga  berjaya  diperolehi daripada  Kerajaan  Selangor . Hanya  Daim  memerlukan  modal  tambahan  yang  memeningkan  kepala  Daim.

Daim akhirnya  berjaya  meyakinkan  PERNAS,  dan  Raja  Perlis  (Almarhum) menjadi pemegang  saham  dan  Daim  sendiri  melaburkan  wangnya  sendiri  sebanyak RM100,000. Wang  yang  dilaburkan  itu  ialah  daripada  isteri  pertamanya,  Puan  Noraini Rafei  yang  banyak   membantu  Daim.

Dengan segala  perancangan  rapi  dan  tersusun dengan  tiga  orang  pakar  dari  luar  negara  di  bawahnya  untuk  membantu  pengendalian  kilang  garam  itu, Daim  dan  rakan-rakan kongsi  niaga  memulakan  perusahaannya  dengan  rasa begitu  bangga  dan  amat  seronok.   Apa tidaknya,  kerana segala  cita-cita  dan  usaha  serta  hajatnya  tercapai  dengan  kelulusan  sebidang  tanah  seluas  600  ekar  menjalankan  perusahaan  kilang garam.  Lesen  dan  modal   cukup  untuk  perniagaan  garam. 

Perniagaan  Daim  untuk   berjaya  mesti  berkaitan  dengan   air  seperti mana  diberitahu  Low  menurut  “Fung Shui”  rupa-rupanya  menjadi  pemusnah kepada  Daim.   Ketika kilang  perusahaan  garam  rancak  dengan  proses  air  laut  untuk  dijadikan  garam  tiba-tiba  Allah terbalikkan  ramalan  Fung Shui  yang  dipercayai  Daim. Air  yang  dikatakan  baik  untuknya  menghancurkan  perniagaannya. Hujan  yang  turun   tidak  teramal oleh  peramal  kaji  cuaca.  Hujan yang  turun  adalah luar  dari  kuasa    manusia.  Kelam-kabut  Daim,  dan  ada  yang  memberi  nasihat  kepadanya  supaya  minta  bomoh  hujan  ikhtiar  supaya  hujan  berhenti.  Dalam keadaan  panik  dan  tak  tentu  hala itu.  Daim  meminta  pengurusnya  menghubungi  bomoh  hujan  tetapi,  ikhtiar  bomoh  itu  hanya  dapat  menahan  sekadar  untuk  satu  ketika  pendek  sahaja  iaitu  kira-kira  satu hari  dan  selepas  itu  hujan  turun  lagi  dan  terus  banjir besar. 

Daim terus  berikhtiar  dan  meminta  pihak  Kementerian  Perdagangan  memberhentikan  pengimpotan  garam  tanpa  lesen  dan permohonannya  dilulus  dengan  50%  kuota  import  sementara  50%  lagi diberikan kepada  pengimport  lain  yang  telah  sedia ada.  Perniagaan  Garam yang  dirintis  oleh  Daim  terpaksa  memikirkan cara  untuk  membayar  hutang  pinjaman  dan  Daim   sendiri sudah  terasa bahang  siksa  kegagalan  dan  menanggung  hutang.  Beliau  jatuh  bangkrap.

Oleh  kerana  Daim  adalah  orang  yang  sentiasa  membantu  syarikat  Low  Kiok  Boo  menyelesaikan kes-kes  yang  dibawa  ke  mahkamah  kerana  tindakan  undang-undang  yang  diambil  daripada pihak  kerajaan  terhadap  syarikatnya  di  atas  kesalahan  mengelak  daripada  cukai  kastam  maka, beliau  mengajak  Daim sama-sama  mencebur diri  dalam  hartanah  bersama  dengan rakan  kongsinya  Datuk Tamby  Chik. 

Low dan Tamby  Chik  sememangnya  sudah kaya  dan banyak  pengalaman dan  berjaya  dalam  projek-projek  perumahan mereka  dalam  Syarikat  Sim Nam  Housing Development  Co. Ltd.  Kedua-dua   ahli  perniagaan  dan  jutawan  hartanah  ini  banyak membangunkan    projek-projek  perumahan  di Melaka,  Seremban  dan  Kuala  Lumpur.  Kesemua  projek projek perumahan  yang  dilaksanakan  sejak  awal  tahun  60’an berjaya.  Bagi Daim  tiada  tapak   tangan  nyiru  ditadahkannya, bila  mereka  mempelawanya  kerana  Daim hanya  ada  sehelai   sepinggang  sahaja.

... bersambung:  Bab   Enam belas:  Asnida  Daim  .........

Jumlah pembaca:orang