TUN DAIM PENYANGAK WANG NEGARA

Bahagian   Periskop

Sebagaimana  yang  kita  terangkan,  walaupun  tajuk buku  ialah  mengutuk  Tun  Daim, tujuan  Khalid Jafri sebenarnya ialah  mencemuh  orang-orang yang  dimusuhinya  seperti  Zainuddin Maidin, sedangkan  dia  sedar  ZAM  ialah  kaki ampu  Mahathir  yang  paling  besar. Khalid  juga  mengambil kesempatan  menyampaikan  amanat khas Mahathir  dengan  mencaci  beberapa orang tokoh  PAS.  Kita  akan  siarkan  bahagian  periskop  ini  tanpa sebarang  suntingan  untuk  menunjukkan  betapa besarnya  peranan  si  bedebah  ini  merosakkan  pemikiran  orang  Melayu  khasnya  dan  rakyat  Malaysia  amnya. Beberapa tajuk  ‘periskop’  itu kita ubah  suai  untuk  menyerlahkan  maksud  sebenar  penulisan Khalid.

Tupaimas.


Periskop  1:   (ms 227-237)

DALIL KENAPA  ZAM  TIDAK  LAYAK  MENJADI  SENATOR

(Orang Yang  Tidak  Berjasa kepada UMNO  Mendapat  Tempat  Dalam  Kerajaan)

Menteri Pendidikan Musa Mohamad dan Setiausaha  Parlimen  Kementerian Penerangan  Zainuddin  Maidin  (ZAM)  telah menimbulkan   pertanyaan di  kalangan  pendokong-pendokong  UMNO  atas perlantikan mereka  dalam kerajaan.

Mereka   berpendapat  Musa dan Zam tidak ada  jasa  langsung dalam  parti  UMNO  bagi  membolehkan  mereka  dilantik  dalam  kerajaan.

“Walaupun  perlantikan itu  atas  kuasa  Perdana Menteri, namun  kami  tidak  senang  hati sedangkan  ramai  lagi orang-orang yang  berjasa  pada UMNO   boleh  dilantik,” kata mereka. 

Kecuali  Musa, Zam langsung  tidak ada  kriteria  akademik  untuk  ditonjolkan.  Beliau  hanya  lulus  darjah  enam  sekolah Melayu.  Tanggungjawab  yang  diberi  dalam  Kementerian  Penerangan  ialah  mengawasi  media asing  sedangkan  beliau  sendiri    bercakap  bahasa Inggeris  pelat  Kedah. Tentu  sukar  nak beri  ‘press  conference’  dalam  bahasa Inggeris  terutama  di  depan  wartawan  asing.  Dalam  percakapan  Melayu  pun  Zam masih menyebut  bluebukan  beliau,  Shengapor  bukan  Singapore.

Sorry  Zam, hang  dok  di Utusan,  depa tak  peduli,  hang  baguh  tak baguh  janji  Utusan keluak.  Hang main  pasai  isu  bahasa  hang  kena  tendang.  Cuma  bila hang  tak keja,  hang  tak  jual  rojak  pakai  kain  plekat  depan  panggung  Royal, Alor Stak, kerana  hang  dah  banyak  duit  royalti  tulis  buku  pasal  Dr.  Mahathir.  Tapi  hang  bikin  buku  Awang  Selamat   tak  patut kebas  royalti  kerana  tulis  Awang Selamat  sebahagian  dari  kerja  hang  yang  dibayar  gaji  oleh  Utusan.  Hang  pun  ikut  Daim  jadi korup.

Utusan Publication  &  Distributors adalah  penerbit  buku  Awang Selamat. Hang jadi pengerusinya, hang sendiri  arahkan  terbit  dan hang   sendiri  luluskan  pembayaran  royalti.  Begitu  juga  dengan  buku  “Mahathir  Di Sebalik  Tabir”.  Utusan  hantar  hang  ke London  selama  dua  tahun  buat  research  nak  tulis  buku  sejarah hubungan  Britain-Malaysia. Hang kebas gaji  dan  segala  perbelanjaan  selama  dua  tahun,  tapi  buku  yang  hendak tulis  tak  pernah  terbit. Sebaliknya hang   nak  bodek  Dr. Mahathir  hang balik  dari  London  hang  tulus  pasal  dia.  Sepatutnya  hang  tidak boleh  ambil  royalti  atas buku  Dr. Mahathir  itu  kerana diganti  dengan  buku  yang  tak  mampu  hang  tulis  hubungan   Britain-Malaysia  (terlampau tinggi  akademiknya kot).  Setelah  Utusan  keluarkan  wang yang banyak  membelanjakan  hang di  Lonong.

Bodek  punya  bodek,  hang  dapat  Timbalan  Pengerusi  Eksekutif  Utusan. Tapi  bukan  Dr. Mahathir  yang lantik  hang, hang  bodek  Daim  kerana Daim  pegang  Media  gantikan  tempat Anwar  Ibrahim.

Hang  jadi Timbalan  Pengerusi  Eksekutif  pun,  hang  duduk  buta.   Utusan nak  lingkupkah,  wang Utusan  diselewengkan  hang jadi  tunggul  saja.

Selama  lima  tahun,  Azizi  Meor  Ngah jadi  Pengarah Eksekutif  Utusan  hampir-hampir memusnahkan syarikat kepunyaan  UMNO  itu.  Azizi  yang hanya   berkelulusan  Planting  Management  Diploma  pernah  menjadi  Manager  Estate  Kumpulan  Guthrie  kemudian  masuk  Utusan  sebagai  CEO.

Azizi  membelanjakan peruntukan  RM20  juta   dari  Utusan  kononnya   mahu  terokai  bidang-bidang  baru  bagi memajukan  Utusan.  Ini  termasuk  melabur  dalam beberapa  buah  syarikat  di samping  menubuhkan  banyak  anak syarikat.  Akhirnya,  satu  sen pun  tidak  menguntungkan.

Dari banyak  maklumat yang  menggambarkan  betapa  bijaknya  Azizi apabila  beliau   membeli  Syarikat  Forum  Exposition  Sdn. Bhd. (FE)  berharga  RM8.00 sesaham dengan penguasaan 70%  bernilai  RM4.00  sedangkan  syarikat   ini  cuma  ada  aset  kerusi  dan  meja  sahaja. Syarikat  yang  hendak bankrap itu  telah  diselamatkan  oleh Utusan  dan Utusanlah  membayar    gaji  pekerja-pekerja  FE termasuk  CEO  Jessi  Leong. Setelah diambil alih  oleh  Utusan, FE  terus   mengalami  kerugian  dan  pengurusan  baru  (apabila  Azizi  keluar  dari  Utusan)  telah  membeli  baki  30%  saham   yang  dipegang   oleh  Jessie  Leong  dengan  harga  RM1.00 sesaham  semata-mata  untuk  menendang  Jessie keluar.

Seperkara yang  amat ketara  sekali  apabila  Azizi   membeli  mesin  cetak  Web  Heidelberg  dengan harga  RM 18 juta  sedangkan  dengan  modal  yang  sama  dibeli  oleh  Ultimate  Print  Sdn.  Bhd  cuma  RM 12  juta  sahaja. Enam  juta  ringgit  masuk  poket  Azizi.

Agak-agak sudah  cukup  selesa,  sebelum  meninggalkan  Utusan,  Azizi pun  buat  rancangan  baru  dengan  menjual  sebuah  anak  syarikat  Utusan On  Line  kepada Asia  On  Line sebanyak   49 peratus  dengan  harga RM12  juta.

Alih-alih  sahaja  Aziz   menjadi  CEO  Asia  On  Line  bila  beliau  berhenti  dari  Utusan.

Yang  amat  ketara sekali, bila  Azizi berhenti  dari  Utusan  beliau  telah  membeli  Mercedes  SLK  280    dengan harga  RM700,000   dan membeli  rumah  di   Bukit  Damansara.

Sekarang ini  Azizi  menjadi  Pengerusi  FAMA.  Apa  pula  rancangan  baru  yang boleh  melibatkan  peruntukan  kewangan FAMA.

Tempat  Azizi di  Utusan  telah  diambil alih   oleh   Mohd.  Nasir  Ali,  Pengarah  KL  City  Corp.  yang merupakan  nominee  Naimah,  isteri  ketiga  Daim. 

Bagaimana pula  kedudukan  Pengerusi  Eksekutif  Utusan  Tan  Sri  Kamarul  Ariffin?  Tutup  mata  pekakkan  telinga ke?  Jagalah  harta  benda  UMNO tu  sikit,  jangan  sampai  beli coli  ‘triumph’  di  London  pun  masuk  dalam  bil  Utusan. Sudahlah  segala  tambang , penginapan  percutian  keluar   negeri  dibayar  oleh  Utusan,  datang pejabat  pun malas  hanya  3  hari  seminggu. Tidak risaukah  Tan  Sri, ‘turnover’  Utusan  tahun  lalu  sebanyak   RM317  juta  tapi  keuntungannya   cuma   RM2  juta. Itupun  Utusan   terpaksa jual  bangunannya  sendiri  yang  sudah  siap  di  Wangsa  maju berharga  RM59  juta. Kalau  tidak  Utusan  rugi  RM 57  juta.  

Kerana  isteri  Mat  Salleh, Tan  Sri  ambil  dua  pakar   orang  putih  untuk  jadi  Pengarah  Pemasaran  dan  Pengarah  Teknikal  di  Utusan Printcorp dengan  bayaran  gaji  RM40,000  sebulan  setiap seorang tidak termasuk apartment,  kereta  pejabat  dan  elaun  arak (keraian). Fungsi  Pengarah  Pemasaran  itu  ialah  mencari  job  cetak  dari  luar  negeri, tapi  habuk  pun  tarak. Begitu  juga  Pengarah  Teknikal  yang  kepakarannya lebih  rendah  dari  juruteknik  anak  tempatan  sendiri,  bila  mesin  rosak  si  Mat  juga  yang  uruskan.

Bagaimana pula hutang   baru  yang  Utusan  pinjam  dari bank  sebanyak  RM100  juta. Pinjaman  dicadangkan nak  buat bangunan  baru  untuk  menempatkan  semua  kakitangan  di Bangi  tetapi  duit tersebut  telah  digunakan  untuk  urusan  lain.

Kasihan semua  kakitangan  Jabatan-Jabatan  Pengarang, kilang pentadbiran, iklan,  pengedaran  bertungkus-lumus  bekerja  siang  malam  untuk  menaikkan  penjualan  Utusan,  sehingga  Rosminah  terpaksa  beli coli  di  pasar  malam. Khalid  Mohamad   tak  larat  lagi  nak  cukur  janggut,  kerana  memikirkan apa  pula berita  untuk  besok.  Munir  dah  habis  ikhtiar  kerana tak  ada  hantu  lagi  nak  buat  cerita  dalam  Mastika. Sekarang  ni banyak   buku dari  hantu.

Jadi  Utusan  kena cari  Pengurusan  yang  cekap, dinamik  yang  boleh  membuat perancangan  yang  boleh  memberi  kemajuan  dan  menjamin  masa  depan  kakitangan,  bukan  nak  godek  wang  Utusan  masuk  poket  sendiri.  NUJ  Utusan   patut  buat  laporan  polis  supaya  penyiasatan  dapat  dilakukan  demi  menjaga  periuk  nasi  mereka  juga.  Nanti  orang  panggil  NUJ,  Nominee  Union  Journalist.

Jumlah pembaca:orang