SAPP Calon BN Di Likas
 
 

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) sekali lagi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan ndangan Negeri (DUN) kawasan Likas 21 Julai ini.


Setiausaha Agung BN Tan Sri Mohamed Rahmat berkata pemilihan itu sebagai memenuhi kuota yang diberikan BN kepada parti komponennya itu.

 

Beliau berkata terserah kepada kebijaksanaan SAPP untuk menentukan calonnya sebelum cadangan nama diserahkan kepada pengerusi BN negeri dan dirundingkan dengan BN pusat.

--BERNAMA