Tiga Pihak Ambil Kertas Pencalonan P/Raya Kecil Likas
 
 

KOTA KINABALU, 7 Julai (Bernama) -- Sekurang-kurangnya tiga pihak telah mengambil kertas pencalonan bagi menamakan calon masing-masing pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Likas yang dijadualkan 21 Julai ini.


Menurut sumber antara yang mengambil borang pencalonan itu ialah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah manakala satu lagi ialah Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

 

Bernama difahamkan pihak ketiga ialah orang perseorangan dan tidak mewakili mana-mana pertubuhan politik.

--BERNAMA