Sedutan  Ucapan  Raja Penyangak  di Konvensyen BN 2001

“:   ........14 parti lebih  mudah  diurus  daripada  2  buah parti.  Parti  yang  kecil  bila  sertai  koalision  selalu  ugut  kalau mereka tarik  diri  kerajaan  koalisi  akan  jatuh.  Koalisi  2 parti  tidak  selamat  kerana selalu  terancam. Tuntutan  yang  bukan-bukan dan  tarik  diri. Apabila mereka tarik diri koalisi  goyang   dan  jatuh.   Sebaliknya  14  buah parti B   menang lebih   dua  pertiga   kerusi.....  tidak mudah  diugut  oleh  mana-mana parti  komponen,  kerajaan  tidak  akan  jatuh  kerana  mempunyai  cukup  kerusi   untuk  terus  memerintah  Kerjasama  antara parti lebih  mudah.

UMNO    adalah parti terbesar, tetapi kalau  UMNO  tinggalkan  BN sukar dirikan  kerajaan. Sebab  itu  UMNO  letak  kurang calonnya   daripada  kerusi  yang  diperluaskan, kerana masih perlukan kerjasama dari  parti  komponen  yang lain.

Ramai  tetamu  asing yang  kagum dengan  ciptaan  ini  dan  mereka kerap bertanya  apakah kejayaan  kita  dalam BN  ini. Saya  jelaskan pada  parti  lain  di luar  negara, dan  mereka  cuba  satu  ciptaan  Malaysia  yang  sepatutnya di ‘register’. Bukan  sahaja  orang  asing   yang  perihatin.  Parti pembangkang pun cuba, peluk  untuk  menjadi kawan  walaupun  musuh ketat.  Mereka mahu  menjadi  kawan  untuk kalahkan  BN. Sebab  itu  kita  dapati sekarang ini  satu  barisan tiruan, bukan BA tetapi  tiruan.  Barang yang  ditiru tak pernah  berkualiti  yang  baik. Yang ‘genuine’  ialah  Barisan Nasional. Barisan tiruan tidak dapat kerjasama kerana tidak ada  kerjasama, masing-masing   tipu  yang lain. Contohnya  PAS  kata akan  dirikan  negara  Islam  dalam  bahasa  Jawi  ataupun  Melayu, Tetapi,  dalam bahasa  Inggeris, Hadi  akui  tak mungkin mereka  dirikan  negara  Islam  ala  Iran ataupun  Taleban. Jelas  sekali  dia  cuba menipu pengikut  yang  terdiri  orang   Melayu  dan rakan  daripada  DAP  dan lain.

Mereka  tidak mungkin kerjasama  secara  ikhlas seperti  parti  komponen BN.  Kita tidak mencuba  tipu  sesiapa.  Kita  tumpukan kepada kenyataan.  UMNO  pegang kuasa  besar  kerana penduduk  di sini  adalah  Melayu  yang  besar.  Kaum  lain yang kecil  masih  ada  perwakilan di  Dewan  Negara. Rintihan  semua  parti  kita dengar dan  layan  sedaya upaya. Sebab itu  negara  terus aman  dan dibangunkan  Kalau bukan pakatan yang  dicipta oleh Tunku.....  kalau tidak kerana parti  campuran,  negara  tidak  aman dan maju seperti sekarang.

Tuan dan Puan,

Saya telah  sebutkan   tentang keinginan  parti  lawan.  Barisan tiruan ingin kununnya  cipta   parti semua kaum, cuba menipu  tetapi  ada  orang  yang sanggup  ditipu.  Terdapat  DAP  dan PAS  dan  Keadilan  yang  diperalatkan.  Saya sedih..........dunia  fikir  Keadilan akan  gantikan  UMNO. This  is a  dream..... Apa yang berlaku  PAS  dan  DAP gunakan  Keadilan  untuk  parti mereka. Lihat PAS  sudah berjaya......... bila Keadilan akan sedar.  Mungkin  mereka  tidak akan  sedar.  Adalah lebih  baik  mereka  sertai  PAS terus.  Hari ini kita lihat  27 kerusi Parlimen dimenangi PAS.    Keadilan dapat 5  kawasan. Tetapi   undi  penyokong  Keadilan  yang diberi kepada  PAS.   PAS  yang akan mengkudakan  Keadilan  ini.

DAP  telah diperalatkan oleh  PAS  yang amat  bijak.  Mereka  dapat  kudakan  Lim Kit Siang.  Walaupun  peluk  daripada depan, mereka  tunggang dari  belakang. DAP  dan  LKS  tidak sedar.  Masyarakat  Cina   menolak  mereka.  Secara langsung  tidak pernah dalam  sejarah pemimpin besar  mereka  kalah. Karpal dan LKS kalah, Ketua Pembangkang Dewan  Rakyat tidak lagi LK Siang,  tidak ada  DAP  di  dewan. Pemimpin Pembangkang ialah  Fadzil Nor. Saya percaya  riwayat  hidup  DAP  sudah tamat.  Good  Bye.......DAP......!!!.

Selagi  DAP  rela  diperkudakan  PAS  selama itulah  mereka  akan  gagal. PAS  ingin sokongan  kaum  Cina  sebab itu  PAS  melayan  apa    juga  tuntutan  kaum  Cina  walaupun  menjejaskan  PAS.  Ketika  PAS  mendirikan  Islam  ia  juga  bersetuju  tidak  menjadi  agama  yang  tinggal. Kalau agama  Islam PA mempunyai  berbagai agama sebagai  rasminya  bagaimanakah  Pas  ingin  agama  Islam. Tidak  beritahu kepada  pengikut  orang  Melayu.  Pengikut  PAS  percaya  pemimpin  mereka  hanya  jalankan  strategi  tipu helah,  bukan ikhlas  dengan DAP. Mereka juga akan ditipu.   Jelas, barisan tiruan  tidak nampak  kerjasama  yang erat  antara komponen  mereka.  Parti  Sosialis yang  tidak ada  pengikut hanya pemimpin ....sudah pun  sertai  barisan tiruan.

Saya  yakin BN  akan berkata  Goodbye  kepada  Barisan  Tiruan. Itu  adalah  daripada  segi politik pembangkang.  Tetapi  kita  harus  ingat bahawa  masyarakat  yang ada tidak sama  dengan pejuang  kemerdekaan. Kita  sudah  merdeka 43  tahun dan dalam  masa  ini ramai  yang  lahir  membesar  dan  memainkan peranan  mereka.  Generasi yang baru tidak tahu susah. Mereka celik mata  mereka  lihat  pencakar  dan  lihat  doktor  pakar  Malaysia.  Mereka  mudah dapat  pelajaran  dan biasiswa  serta  kemudahan lihat  dunia yang berbeza  dengan dunia  semasa capai  kemerdekaan.  Mereka anggap semua ini  perkara  biasa, tanpa diusahakan. Mereka  tidak  mengiktiraf   peranan  BN  kerana  semua ini  adalah  mampu  dilakukan  apa  juga  kerajaan  yang  ada.  Minat  mereka   menyokong  BN  dan  menerima prinsip  ala  BN sudah  berkurangan  kerana  tidak percaya   kerjasama  antara  kaum  kerana pentingkan kaum  masing-masing.  Berasing  di  sekolah dan  universiti  dan  selepas  mula  bekerja. Mereka percaya  dunia mereka  terjamin  aman  dan  makmur  dan  mereka tetap  mendapat  pekerjaan  yang  membayar  gaji lumayan.  Justeru  tidak perlu  politik  BN  kerana lebih  utamakan perjuangan yang bermacam  asasnya  sehingga tidak  ada  persefahaman antara  kaum.  Inilah  keadaan  masyarakat  yang ada.

 Untuk  menangani   masalah  BN  perlu  bentuk  pendekatan  yang  baru.  Kita tidak boleh ada  di keadaan  yang  ada  di mana perhubungan hanya ketika  ada  acara tertentu  dan BN mesti   bersama sepanjang masa  disemua peringkat pusat,  negeri dan  kawasan  pilihanraya  dan cawangan. Kerjasama erat  perlu dijalin  antara  semua  anggota  dan  melakukan  mesyuarat  bersama dan bukan  tumpu kepada  parti individu.  Mesti  tekankan kepada  perwakilan  tertentu  dan  ambil kira kaum lain.  Wakil rakyat  daripada BN  walau  parti  tertentu dan  kaum  tertentu  perlu  beri perhatian  kepada  kaum  lain  di kawan  dan  parti  yang  lain  yang terdapat  di  kawasan  mereka.

Sekarang   banyak  tidak senang hati kerana  wakil  rakyat  tumpu kepada kaumnya sahaja  tanpa  dengar  rintihan  kaum lain, tanpa sertai  mesyuarat  sebagai tetamu  parti komponen.  Ini  tidak sihat  di  masyarakat kerana   perhubungan  mesti  dikukuh dan  diperkuatkan sepanjang masa. Tidak perlu  utamakan  sangat  tentang kaum  kita. Tumpukan  kepada  Bangsa Malaysia  kerana  BN  adalah parti  Bangsa  Malaysia.

Di Sabah, UMNO   terima ahli   daripada  Kadazan  dan Cina  Sabah.  Begitu  juga dengan parti lain di Sabah yang terbuka inilah satu  perkembangan  yang perlu diberi  perhatian   oleh  parti  BN  lain. Saya yakin lama kelamaan  BN  akan  menjadi  satu parti  dan  bukan  satu parti campuran. Ini  akan  mengambil masa  kerana  tidak mudah  hapuskan  curiga kita kerana  kita  mahu  naikkan  ekonomi semua  kaum  supaya  taraf  dengan  semua kaum.  Kecurigaan  ini  antara  kaum  dapat  dikurangkan  sehingga  fakta  kaum  itu  menjadi mudah.  Permulaannya  ialah  Perikatan.........BN....  sekarang    BN rapatkan  diri  supaya  lebih dekat  dan lebih  kerap bertemu dan cuba selesaikan secara bersama.  Wakil  BN  mesti  beri  tumpuan  kepada  semua kaum.  Adakan mesyuarat kerap dan bukan  setahun  sekali. Di  negeri,    mesyuarat  tidak  kurang  2 kali setahun kalau bukan  4  kali  setahun. Kerjasama mesti  ikhlas  dan  jujur, bukan  olok-olok dan  bukan  sandiwara.  Kita buat ini pun  BT akan tiru  kita.  Secara  yang untuk mengabui  rakyat.

Dalam  BN kerjasama cukup  erat  dan saya  percaya kerjasama  ini  akan buat  BN menjadi kukuh dan kuat  untuk  menangani sentimen  rakyat  yang berubah.

Kita tidak boleh harap  mereka berterima kasih  kepada  BN dan tidak  boleh berkata:  ‘Kamu sepatutnya berterima kasih kepada BN” kerana  mereka diajar jangan  berterima  kasih” pendekatan  mesti  ambil kira  realiti kerana masyarakat  lebih  buas dan  ganas. Bahkan  ada yang sanggup yang menjadi penyokong dan tali barut bangsa asing. Apabila ada masalah  mereka cari sokongan asing  kerana tidak ada  patriotisme kerana mahu kuasa Inilah  ‘environment’ yang kita bergerak  yang   ‘hostile’ yang bermusuh dengan  kita. Kita tidak boleh  berharap dengan kejayaan  dulu  untuk  meyakinkan  mereka  untuk meneruskan  pemerintahan.  Kita mesti rancang  pendekatan  yang lebih baik untuk menarik  sebahagian  generasi yang baru untuk  terus  menyokong  kita. Kalau dibuat  bersungguh-sungguh  rakyat  akan sokong kita.  Inilah pendekatan yang mesti kita  ambil. MT  BN akan buat  garisan panduan supaya  semua pemimpin BN  memahami peranan merka.  Saya yakin dapat  teruskan perjuangan  kerana kita  tahu pembangunan  belum capai  tahap yang dirancang. Kita  cipta wawasan 2020  -  ada  19 tahun daripada sekarang  boleh dicapai. 

Parti yang boleh capai Wawasan  2020 ialah  BN  sahaja.  Oleh  itu saya ingin  menyeru kepada  semua  pemimpin  BN bermula daripada  sekarang rapatkan diri  dan  tentukan  bahawa  BN lebih berfungsi  sebagai sebuah parti.  Kita tidak  boleh  harap sentimen ‘Berhutang budi” dan  buktikan kepada masyarakat  untuk  capai  matlamat  sebuah  negara  maju yang  terus diperintah  oleh  BN

Itu  sahaja yang dapat saya sampaikan. Saya ingin peringati  perjuangan kita  dulu. Apa yang  kita  warisi  daripada  British, apa yang kita jayakan  dalam masa 43  tahun. Kita  ada 19 tahun lagi  untuk  dunia  akui  Malaysia setaraf  sebagai  negara  maju.

(Kesihan,  tergagap...gagap dan  tersedak-sedak kerana  dalam hatinya  dia  sedar  itulah  ucapan  terakhirnya  untuk konvensyen itu,....)

Jumlah pembaca:orang