Periskop 2: MB   Selangor  Macam  Kaduk  Naik  Junjung?

ms.  239-240 

Tidak  sampai  setahun  jagong  jadi  Menteri  Besar Selangor, Datuk  Seri  Dr.Mohamed  Khir Toyo  dikatakan  sudah  naik  tocang,  macam kadok  naik  junjung.

“Kalau  tak percaya  telefonlah  buat  temujanji  sudah  pasti  jawapannya  mengecewakan,” kata   kawan  yang  membawa  seorang  pelabur  dari Peranchis  kerana  hendak  menanam  modal  di Selangor.  Beliau  telah  cuba  beberapa  kali  tak  dapat.

Penulis  pun  menelefon  kepada  setiausaha  MB  Selangor   bernama  Selamat Dollah.  Selepas   memperkenalkan  diri  beliau  bertanaya  kasar,  “apa  hal  nak  jumpa  MB.”  Saya  jawab, biarlah   saya bincang  dengan  MB. Selamat pun  terus  meletakkan  telefon,  sehingga lebih  sebulan  saya  tunggu  tidak  ada  jawapan.  Bila  telefon  beberapa  kali  tidak  diangkat.

Barulah  saya  faham.  Bukan MB  yang  sombong, pegawi-pegawainya  yang berlagak lebih  daripada  MB  kerana  itu  kita  lihat  ramai  pemimpin  tidak  popular  kerana  si  bahalul  sebenarnya  macam  kadok  naik junjung.  Tapi  macam  mana  nak  jumpa  MB  kalau tidak  hubungi  balacinya?  Kawan  saya  beritahu  pelabur  dari  Paris  itu  telah  ditawarkan  oleh  Kerajaan  Singapura  membuka  kilang  buat  peluru  dengan  modal  lebih  1  bilion  ringgit.

Menteri Besar  itu  dan  rombongannya  telah  pergi  ke  Jerman  mencari  pelaburan  dalam  produk  herba  dan  farmasi.  Bukankah  ini  satu  pembaziran  wang  rakyat?  Beberapa  banyak  nilai  pelaburan  yang  boleh dibawa  balik  di  bidang  ini?  Saya  sedang  siapkan  buku  pembabitan  korapsi  dalam  Negeri  Selangor  melibatkan  ramai  pegawai-pegawai  kerajaan  dan  anggota  exconya.

..bersambung...Periskop  3:  Pokaii  Mak  Shahnon  Ahmad.....

Jumlah pembaca:orang